Thursday, September 1, 2016

Sekuntum mawar merah

.

Satu kembara mencari sekuntum bunga hidup, membawanya ke lembah gersang ini.

Entah apa yang melontarnya ke mari. Setitis air yang menghidupkan sudah lama tidak menitis dari langit. Mana mungkin tanah itu mampu menumbuhkan.

Tapi segala petunjuk mengarahkannya ke situ...mencari bunga hidup. Di dalam puing-puing debu tandus? Ahh....gilalah dia.


Setelah labuh malam, dalam gelap itu, dia berfikir...

"Aku yang ke sini. Aku ini hidup. Hanya aku. Jadi....???"

Dalam samar itu, dia lihat segugus cahaya merah dari dalam dada. Degup jantungnya menumbuhkan segala yang dia mahu. Segala yang terlintas dalam fikiran. Akhirnya dia tahu....




.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com