.
Sepetang di Pantai Remis, Jeram. Walau pun pantainya berlumpur, masih ada beting berpasir yang cantik.
Lebih menyeronokkan aku bila berjalan di betingnya, bunyi berderap...rangup seperti mengunyah keropok. Ini menyebabkan kaki mahu terus menapak dan memijak.
Kemudian, aku sedar. Bunyi rangup itu terjadi dek cengkerang yang terdampar, berjuta banyaknya, kecil dan besar.
Aku diamkan diri sejenak.
Betapa keseronokkan tadi adalah hasil dari berjuta kematian.
Maafi aku, kerang-kerangan...
.
No comments:
Post a Comment