.
Mintalah...
Jangan selimuti aku dengan gebar engkar, angkuh.
Di hari yang nyaman damai ini, aku tak mahu berkuap menahan panas di bawah gebar.
Kau biarkanlah aku telanjang, biarkan semirbit angin sejuk menyegar kulit.
Di hari yang sudah condong ke barat, aku mahu berbaring dengan selesa dan aman sambil memandang senja berlabuh, menggulung layar meganya.
Aku harap pada malam nanti berbulan dan berbintang, bolehlah aku bercerita dan mendengar berita dari mereka.
.
No comments:
Post a Comment