.
Bila dah dekat Hari Raya, ramai juga kelam kabut sebab persiapan untuk hari raya.
Dan ramai juga yang ambil kesempatan terhadap ayam, lembu, kambing, ikan kembung, ikan pari, udang kolam dan sotong. Mereka 'melelong' untuk mendapat harga yang lebih, sayugia pada mereka yang berduit dan 'alah, raya setahun sekali apa salahnya' akan terus 'membida' pada harga yang tinggi daripada biasa.
Bagi manusia bawahan dan biasa-biasa seperti aku, terkilan juga kerana tak mampu nak turut serta dalam acara 'lelong' itu.
Sabtu lepas, aku lihat-lihat di pasar basah. Aku tengok harga ikan, udang, sotong. Aku dapat rasakan kocek lebih berat dengan syilling. Aku rasa macam nak boikot.
Lalu aku beli ikan selar kuning dengan harga RM11/kg (rasanya 6-7 tahun dulu harganya dalam RM4.50/kg). Digoreng garing-garing untuk berbuka, dilawankan dengan sayur pucuk ubi masak lemak. Anak dan isteri makan dengan semangat. Syukur...
Aku makan ala kadar kerana terkenangkan aktiviti / hobi alu. Bagi yang kaki pancing, ikan selar kuning adalah bertaraf umpan saja.
.
3 comments:
Kan.. jarang sgt dh beli ikan. Byk beli ayam. Itu yg mampu.
Tp kalau terlangsung ke PD carilah ikan talang basah. Baru rm5/kg.
harga barang sekarang mmg tinggi....kdg kdg tgk harga, xjd beli pown ada...
Cinta.
Tak tahu yg basah. Yg kering biasa la mkn.
HJ
Betul tuuuu....
Post a Comment