.
Ada terbaca satu artikel di FMTtentang rumah flat 5 tingkat tanpa lif masih lagi relevant pada masa kini, jika sesuai lokasi dan harganya.
Ada satu artikel sebelum itu yang menyatakan flat 5 tingkat tanpa lif amat tidak sesuai untuk OKU dan warga tua kerana terpaksa gunakan tangga. Tapi flat dengan lif rata2 lebih mahal dan yuran selenggara bulanan juga tinggi. Kutipan yuran yang sedikit tidak dapat menampung kos selenggaraan lif.
Aku nak syorkan sesuatu berkenaan flat 5 tingkat tanpa lif. Apa kata kalau bina flat seperti...
Binakan satu bangunan Car Park bertingkat di sebelah flat itu dan sambungkan kedua2 bangunan dengan jambatan. Ia dapat selesaikan masalah tangga dan lif. Ia juga dapat selesaikan masalah tempak letak kereta
Atau...
Bina flat itu di lereng bukit dan jadikan pada bukit itu laluan masuk ke setiap tingkat. Banyak kawasan kaki bukit dibina kondo atau apartment yang mewah2. Apa salahnya kalau berikan kepada pembina flat kos rendah pula.
.
9 comments:
sekali lagi, isu utama yang terkait adalah kos.
A. ya, kita semua setuju yang parkir bertingkat adalah penyelesaian untuk masalah kekurangan ruang. tapi sebenarnya tak semua pemaju rela hati (bermurah) untuk buat binaan tambahan terutama untuk rumah kos rendah/sederhana bertingkat ni. berbeza dengan kondominium sebab kos tu boleh diserap dengan harga rumah. siap boleh buat point penarik dalam jualan lagi (beli 1 unit rumah, percuma 2 lot parkir kononnya...) jadi cukuplah sekadar nisbah 1:1.5 untuk unit kediaman vs parkir. lagipun, planner/PBT takde halangan pun.
B. cadangan yang baik jugak tu, boleh tambah elemen estetika dengan natural sekeliling lagi tapi agak berisiko sebab faham2 la macamana orang kita ni buat kerja. lebih2 lagi untuk rumah kategori kelas bawahan. sedangkan material untuk dinding pun boleh kawtim curi2, inikan pulak untuk kerja berkaitan lereng bukit ni. benda ni kita akan dapat tengok selepas siap semua.
ini pendapat je, apa pun kalau kita semua dapat ketepikan sedikit soal keuntungan berbanding keselesaan kelas bawahan, semuanya jadi tak mustahil.
SM.
Ya setuju. Kos.
A. Klu open outdoor parking, tanah luas terpaksa diguna. Klu kos tanah mahal, rasanya efektif juga parking bertingkat sebab guna tanah sikit..dan byk unit boleh dibina.
B. Tanah lereng kenalah kerajaan kurniakan, jgn asyik jual kat pemaju je tanah premium tu. Dari segi kualiti, payah nk komen. Depa pandai cari lobang ...hahaha
A. make sense.
B. Tanah lereng ni mahal bos, untung nipis kalau buat flat. develop kat sini bukan setakat boleh jual view yang cantik, tapi jugak jual status. takkan la nak jual pada orang kelas bawahan. hehehe...
SM
Betul jugak tu...cukai pintu pun mahal...haha
salam..harga rumah skrg ni semua cekik darah punye..
nak2 cam dok Putrajaya ni..mmg berapi2..huhu.. maintenance pun sama.. -_-'
Julie.
Memang pun!
aku pernah duduk flat lima tingkat tanpa lif..kurus jap aku rasa tapi minta ampun wehh..time p oasar, nak angkut barang naik tu, bercinta!
LW.
Skrg org suka bersenam..kira komplimenting la flat tanpa lif tu..haha
tak kuasa aku, baik la aku g brisk walk kat tasik sambil jamu mata ahahaha
Post a Comment