Kisah bermula apabila Ariff beritahu dia telah cuci kipas siling kerana berbunyi bising. Syukurlah, nak. Terima kasih kerana menolong. Tetapi, kenapa kipas berbunyi bising bila kotor?
Kipas siling berbunyi bising sebab 2 perkara:
- Wujudnya 'void' atau ruang bertekanan rendah diantara bilah kipas dan siling apabila kipas berpusing dengan laju;
- Aliran udara yang 'turbulent' di sekitar bilah kipas, terutamanya di hujung bilah kipas.
Berlawanan dengan aliran 'turbulent' ialah aliran 'laminar' yang lebih terurus tanpa kacau bilau. Aliran 'laminar' lebih senyap dan efisien. Tetapi, kenapa aliran boleh 'turbulent'?
Gambar hiasan. Sumber: homemakerchic.com |
Ada banyak sebab kenapa aliran boleh bertukar kepada 'turbulent', terutamanya bila kipas berpusing laju. Biasanya disebabkan rekabentuk bilah kipas. Antara sebab yang lain ialah dah banyak habuk melekat pada bilah kipas. Bila habuk dah banyak melekat, aliran udara sudah tak efisien lagi. Belahan udara pun tak 'tajam'. Akibatnya, jumlah udara yang sepatutnya banyak ditalakan ke bawah telah menjadi kacau bilau. Aliran 'turbulent' biasanya memberikan lebih banyak rintangan udara dan boleh menghasilkan 'void'.
Selain daripada bunyi bising, bilah kipas yang kotor juga akan menyebabkan aliran angin yang kurang. Akibatnya, kita akan lajukan kipas dan bil elektrik juga akan menjadi lebih tinggi. Kipas yang berhabuk adalah kipas yang tidak efisien dan menggunakan tenaga elektrik lebih tinggi. Jadi, rajin-rajinlah cuci kipas.
.
5 comments:
Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)
Nor,
Hi...gementar pulak rasanya...
memang selalu terlepas pandang bab cuci kipas ni..maybe sebab leceh skit nak kena naik tangga/kerusi ... dah settle kipas nak kena settlekan habuk yang jatuh kat lantai plak...ermm
Ewan,
sakit tengkuk nak cucinya... hahaha
Cara menbersih bilah kipas. Gunakan sarung bantal yang sudah tidak digunakan dan basahkannya dengan air. Selepas itu perah dan masukkan ke dalam bilah kipas. Seterusnya menarik keluar sarung bantal dengan menekan bahagian atas dan bawah bilah kipas untuk menanģgalkan habuk.
Dengan menggunakan cara ini habuk tidak jatuh ke lantai.
Post a Comment