Saturday, February 17, 2018

Kecut kaki di Ulu Yam

.

Nak bercuti di PD tapi hotel dah penuh. Nak lepak2 di Kuala Selangor-Sabak Bernam, pun chalet dah penuh. Inilah berlaku kalau konon2 nak jalan n terjah dikala CNY. Lainlah kalau nak tidur di masjid atau berkhemah.

Oklah. Tak dapat dengar ombak, kami cari air jeram. Hasratnya nak berendam sambil memancing anak Tengas. Malam kelmarin, kami pilih Ulu Yam. Kebetulan... ada insiden orang lemas pula. Tak apa, kami pergi juga...pilih tempat lain. Sungai tu panjang.


Ke situ kena lalu jambatan tinggi itu. Walau pun tinggi tiangnya, aku tak berasa tinggi pun sebab pucuk pokok masih melampai melebihi jalan.

Kami memandu berpandukan GPS. Ada satu ketika, GPS tak dikesan. Maka kami guna cara tradisi...tengok papantanda tepi jalan dan lihat kereta yang berhenti. Apabila terjumpa, kami terjah masuk. Di pondok pengawal, aku tanya 'ini resort persendirian atau kawasan awam?' Yang ini kawasan awam tapi kena bayar untuk masuk.





Dikira hulu juga kami ni. Berbanding mereka yang di bawah sana.


Ada anak pokok yang bergelut untuk tumbuh di atas batu besar. Hmm...sesuatu yang boleh dijadikan buah untuk difikirkan.

Kami di situ tak lama sangat. Jam 3pm, kami bertolak pulang kerana angin dah kuat dan hujan mula merintik. Tak mahu diterjah 'kepala air' ... takut jadi insiden baharu pula nanti.


.

2 comments:

Hans Hanis said...

perghhhh
geramnya tengok air tu

Nizam.Ariff said...

Hans.
Segar...tapi hati2 dgn awan hitam di hulu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com