Monday, December 24, 2018

Ep. 9 Kembara di 2 Tanah Haram

.
Ramai orang kata Madinah adalah tempat popular untuk membeli-belah dikalangan pengunjung. Seharusnya begitu kerana Madinah sudah terkenal dengan pusat perniagaan sejak zaman dulu lagi.

Mungkin jemaah Asia Tenggara yang suka membeli-belah agaknya, sehingga rata-rata peniaga mampu bertutur Bahasa Indonesia atau Bahasa Melayu. Tapi, jangan lupa pertemuan dengan Nabi SAW.

Mengunjungi Rasulullah 

Walau pun makam Nabi SAW sentiasa dikawal polis, jemaah boleh mengunjungi baginda bila2 masa, 24/7, untuk mengucap salam dan rindu. Juga kepada Sy Abu Bakar dan Sy Umar.


Bulatan emas di kiri: Nabi SAW, di tengah: Sy Abu Bakar, di kanan: Sy Umar

Oleh kerana kami berkunjung bukan diwaktu puncak, kami bertanya beberapa soalan kepada polis yang bertugas. Bila polis itu tahu kami dari Malaysia, dia terus menjadi mesra.

Menurutnya, ada 4 lubang kubur di dalam rumah Nabi SAW itu.

  • Jasad Nabi SAW, dibaringkan di atas bahu kanan menghadap qiblat
  • Jasad Sy Abu Bakar, dibaringkan di atas bahu kanan di belakang Nabi SAW, kepalanya separas dengan bahu Nabi SAW
  • Jasad Sy Umar, dibaringkan di atas bahu kanan di belakang Sy Abu Bakar, kepalanya separas dengan bahu Sy Abu Bakar
  • Lubang ke-4 dikosongkan hingga sekarang. Menurutnya, lubang itu untuk Imam Al-Mahdi nanti. 

Ditanya mana perginya Sy Uthman dan Sydt Aishah? Katanya, ruang bilik Nabi SAW tak cukup untuk mereka dan telah dikuburkan di makam Baqe', bersebelahan dengan Masjid Nabawi itu.


Sambung...

.

No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com