Friday, February 1, 2019

Kepiting

.

Suatu masa dahulu, sewaktu aku anak-anak lagi.
Ayah ada ceritakan satu fenomena alam,
bagi menjawab satu soalan daripada seorang kanak-kanak.
Berkenaan pasang surut air laut:
dari mana datangnya bila pasang, kemana perginya bila surut

Mudah jawapan Bapak: Kepiting

Gara-gara Kepiting raksasalah air laut ada pasang, ada surut.
Bila Kepiting turunkan badannya, air laut melimpah ke pantai
Bila kepiting naikkan badannya, air laut menyusut ke tengah.

Kenapa Kepiting?
Kerana aku anak sawah
Kepiting adalah sebahagian dari kehidupan kami
Lebih mudah untuk aku fahami.

.

7 comments:

Etuza said...

Asalam..datang dari blog teman Ewanthologi..

Nizam.Ariff said...

Etuza.
Ya cikgu. Slmt dtg.

Anonymous said...

mcm mana rupa kepiting tu?

aieh, curious nya.

Nizam.Ariff said...

Mastura
Mcm kumbang yg leper dan berbau busuk...

Anonymous said...

ooo. ok, aku tau yang mana...

aswadz said...

kepiting tu ketam ke?

Nizam.Ariff said...

Aswadz.
Kumbang busuk kat pokok padi. Sesetengah panggil Kepinding.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com