Sunday, February 10, 2019

Nak awet muda? Masuklah ke salah satu alam ghaib

.

Shhhhh..... Jangan bising-bising.
Mari aku perikan cerita ini.
Jadi, dengarkan baik-baik.

Tapi sebelum itu, cuba lihat beberapa rujukan ini:

"Orang beriman yang miskin akan masuk surga sebelum orang-orang kaya yaitu lebih dulu setengah hari yang sama dengan 500 tahun.” (HR. Ibnu Majah no. 4122 dan Tirmidzi no. 2353. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)

"Sesungguhnya sehari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.” (QS. Al Hajj: 47).


"Dalam sehari yang kadarnya limapuluh ribu tahun” (QS. Al Ma’arij: 4). Ayat ini menunjukkan pengkhususan dari maksud umum yang sebelumnya disebutkan atau dipahami bahwa waktu tersebut begitu lama bagi orang-orang kafir. Itulah kesulitan yang dihadapi orang-orang kafir

Baca Selengkapnya : https://rumaysho.com/10564-1-hari-akhirat-1000-tahun-di-dunia.html


Tafsirannya berkisar tentang satu prinsip yakni masa itu relatif. Bukan setakat secara fiziknya relatif (Al Hajj:47), ia juga dirasai secara emosi (Al Ma'arij:4).

Itu intipati yang aku nak ketengahkan.

Berkenaan relatif secara fizik, perbezaan masa seperti yang diberitahu itu juga sebenarnya berlaku pada alam-alam yang berlainan. Boleh dikatakan antara Alam Jabarut dan Mulk.

Itu intipati kedua yang aku nak cakap yakni detik masa berlainan di setiap alam.

Kita tak boleh nak bayangkan penantian ruh-ruh di alam kubur menunggu alam akhirat kalau diukur dengan masa alam dunia. Penantian mereka mungkin bukan dirasa terlalu lama pun. Lihatlah apa kata ruh-ruh apabila dibangkitkan di akhirat.

Ini pula intipati ketiga yang aku nak cakap, iaitu alam dunia ini detik masa berlalu terpantas diantara alam-alam lain.

Kerana itulah kita ini diberikan peringatan tentang masa (Al 'Asr) sehingga Allah bersumpah dengan masa. Kerana itulah juga bila Nabi SAW mengisyaratkan 2 jari tentang kedatangan kiamat seolah-olah sudah hampir sedangkan seribu tahun berlalu.

Jadi, mahu merasa awet muda?

Janganlah berharap sangat. Mungkin ada yang terbaca kisah orang disorok bunian sehingga seminggu dirasakan cuma sehari. Tapi itu tak mengambil kira detik jam biologi... Kerana kita manusia, jasad kita dibina dengan ciri-ciri alam dunia.

Lainlah ruh kita...kerana usia ruh kita sudah lama. Sejak ditiupkan ke dalam jasad, ruh kekal sehingga akhirat sana. Jadi, tak payahlah nak awet muda.

.

2 comments:

LydSunshine said...

Mcm movie interstellar. Ada tengok tak?

Nizam.Ariff said...

LydS.
Adaaaa...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com