.
Ada seekor rama-rama cantik telah mati. Lalu aku letakkan di tapak tangan.
Burung merpati terbang seribu,
Hinggap seekor di tengah laman,
Hendak mati di hujung kuku,
Hendak berkubur di tapak tangan.
Sampai sekarang aku tak dapat tangkap maksud sebenar. Apa yang boleh aku tanggap ialah:
Mati itu datang bila2 masa sahaja dan dikuburkan dimana ketika itu berada.
Atau, mahu mati ketika bertarung dan jika mati, mahu dikuburkan dengan penuh hormat kepahlawanan.
Atau, oleh kerana konteks pantun ini pantun berkasih-kasihan, mati dan dikuburkan itu hendaklah berdekatan dengan si kekasih. Maksudnya, tak mahu berjauhan.
Mana satu yang betul?
Atau ada maksud yang lain?
.
9 comments:
aku lebih menyokong telahan yang nombor tiga.
aku mungkin seorang yang ringkas pemikiran.
jadi antara kuku dan tapak tangan ni tak jauh.
lagu tu digurindamkan sebelum si suami merantau jauh beribu batu.
jadi mereka mohon lah, kalau dalam long distance relationship;
kalau ada permasalahan atau kekacauan atau kemalangan atau kematian, mereka akan berada bersama - sama.
Ciki.
Aku rasa pun macam yang kau rasa gak tu... Mungkin itulah maksud sebenarnya kut.
kalau kita genggam tangan kita, hujung kuku dan tapak bertemu kan?
Kay.
Err.. Maksudnya, kat mana mati disitu dikuburkan?
Jasa Pembuatan Kardus Custom Di Jakarta
Jasa Pembuatan Kardus Custom Di Jakarta
Jasa Pembuatan Kardus Custom Di Jakarta
sanggup ko panggil aku ciki.
heh heh heh.
comel jugak.
Heheh...
maksudnya... kalau boleh ketika nak mati, dia nak berada dekat dgn orang tersayang. Dan setelah meninggal, orang tersayang tu sendiri kuburkan dia dan sentiasa mendoakan dia.
Kot..hihihi
SvS.
Rasanya begitulah...
Post a Comment