Tuesday, October 6, 2020

The Kunings and the Hijaus

Satu:

Kalau kena dengan marketing dan gayanya, air biasa-biasa pun boleh dijual lebih mahal daripada minyak tanah. Kemunculan kiosk dan kedai minuman segera sudah seperti kulat pada batang getah mati selepas hujan. Aku biasa panggil kulat teritip. Ada nama khas lain yang aku tak biasa panggil. Kalau balik ke kampung, aku biasa jumpa kulat ini dijual di tepi jalan di sekitar pekan Sungkai. Dibasuh bersih dan dimasak gulai lemak pedas. Masih ada bau kayu getah reput. Kalau tak biasa makan, tak tertelan.

Dua:

Kisah skuad Hijau-Kuning, Gergasi Merah dan pelbagai warna lagi, sudah kurang mencuri tumpuan massa. Sejak bangku stadium dikosongkan, liputan hanya daripada siar langsung. Bila banyak cerita politik, ekonomi dan kesihatan di media massa, cerita skuad-skuad berwarna ini kurang ditilik.

Tiga:

Selagi vaksin tidak ada dan tidak diedarkan untuk diberikan kepada manusia sejagat, mahkluk halus jenis Corona ini akan sentiasa menjadi hantu seram yang dikhuatiri. Zaman moden sekarang ini, orang Melayu sudah tak hirau pasal Penanggal, Pocong, Hantu Raya, Anak Kerak, Langsuir, Puntianak, Pelesit, Hantu Galah. Orang Melayu hanya risau dengan makhluk halus jenis Corona ini. Orang Melayu sudah tak heran pasal Santau Angin. Mereka lebih hiraukan Santau Corona ini.

 


.

1 comment:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com