Tuesday, September 30, 2008

Jalan2: Jihad

Be optimistic, happy, and calm
Show no fear or anxiety
Smile at the face of God
And your reward will be eternity

Holy warriors
Your patience will be justified
Everything is for Him
You must not comfort the animal before you kill it
Strike as champions at the heart of the non-believers
Strike above the neck and at all extremities
For it is a point of no return for Almighty God

God will give victory to his faithful servants
When you reach ground zero you will have killed the enemy
The great Satan!

.

Saturday, September 27, 2008

Jalan2: Selamat Hari Raya 2008

Lagu raya dari Semenanjung Sinai:

"Dam-Dam..kBaam..Bomm... bunyi bom,
Kanak-kanak berlari berduyun-duyun,
Dam-Dam-Dum bom pun berdentum,
Raya di khemah lagi ini tahun..."

Lagu raya di kampung aku:

"Dam-Dam-Dum..Paaanngg..."
*tak habis nyanyi*
"Waaaaa.......!!!"
"Haaaa..kan Mama dah kate tadi! Isshh...degil!"
---------------

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF MANA YANG SALAH DAN SILAP.
-Nizam.Ariff

.

Friday, September 26, 2008

Jalan2: Tenggelam adalah fitrah

Alat komunikasi selitan pinggang aku bergetar dan bernyanyi [aku ingat bunyi perut aku]. Lagu klasik metal belum tukar lagi. Aku cadang nak kasi dia bernyanyi All Nightmare Long pulak la.

Tapi, itu bukan isunya. Isunya datang dari seorang kawan sekerja dari kompeni T-Rex:

In : Boss, bila cek-cek talian hayat company gua buleh siap?
Out: Termaktub dalam persetujuan lu-gua... 3 hari dari semalam.

In : Boss, kasi cepat sikit buleh? Vendors gua dah menyalak...
Out: Company lu tepi bukit, menyalak pun ada apa hal...

In : Kami dah nak karam ni...karam bang! Habis la tenggelam...
Out: Eh, company lu bukan ke kapal selam? Tenggelam adalah fitrah...

In : #%@&*!@#
Out: Hahahaha.... eh, lu dah bayar fitrah ke? Jangan mintak diskaun lak...


.

Thursday, September 25, 2008

SusTra: Anak Kecil Main Api...

Mungkin sudah masanya, kita patut nyanyikan lagu Warisan ini:

[
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Janganlah Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
]

------------------
Kenapa entah.
Bila aku bangun untuk mandi pagi tadi, aku bersiul dan bernyanyi lagu itu.

Dan bila aku keluar dari bilik air, aku nyanyikan serangkap untuk Mama.
Aku tanya Mama, pernah dengar tak?

"Rasa-rasanya pernah"
Aku mencemik. Bukan anak MARA sejati kalau begitu.
--------------------
Mereka-mereka yang berkenaan pasti kenal dan tahu.
Lagu ini wajib dinyanyikan selepas Negaraku pada setiap perhimpunan mingguan di MRSM.

Dan pada malam-malam tertentu, pada seminar-seminar tertentu, lagu ini akan dinyanyikan dalam suasana malap dan gelap.

Dan aku akan terdengar esak tangis sebahagian mereka selepas itu....

Aku rasa, ianya masih releven.
Kita perlu nyanyikan lagu itu. Kepada Anwar, kepada Abdullah, kepada Najib, kepada Muhyiddin. kepada semua ...

Aku amat pasti. Ianya masih releven...

.

Wednesday, September 24, 2008

SkeTsa: Lompat! Ah Pek, lompatttt!

Man RELA berjalan ke hulu dan hilir longkang konkrit selebar dua depa itu.

Sesekala, matanya melingas ke kiri dan kanan, kalau-kalau nampak kelibat kerbau 16 Sept [Kampung Seberang yang naik minyak] yang tak [jadi] disembelih minggu lepas. Man RELA sesekala membetulkan kayu cota pada pinggangnya. Senapang patah dua larasnya telah diambil oleh Tok Penghulu selepas peralihan portfolio [juga] pada minggu lepas. Kini, Man RELA hanya berjaga-jaga dengan [hanya] sebatang cota pendek.

Di seberang sana longkang selebar dua depa itu [yakni, daerah Kampung Seberang], Mat Kacang dan Wak Kamal, penghuni Kampung Seberang juga sedang berkawal untuk keselamatan kampungnya [tapi] sedang duduk-duduk di bawah teduhan pohon pisang sambil mengipas bara api yang memanggang dua ekor ayam gemuk dan keledek.

Sesekala, Mat Kacang sengaja mengibas asap ke arah Man RELA [agar] hidung Man RELA tercium bau manis keledek dan ayam golek gemuknya.

"Mari le ke sini, kita makan ayam sama-sama" Mat Kacang.

Man RELA jeling [dan serba salah] tapi tetap teruskan kawalan kampungnya.

"Wak Kamal pun macam tu minggu lepas, tapi dia dah LOMPAT ke sini. Hah, sekarang kami boleh makan sama-sama ayam golek gemuk ni"

"Tak boleh! kampung kita [dalam] bahaya. Ada kerbau naik minyak"

"Tak adanya. Tok Penghulu kamu yang naikkan minyak kerbau tu"

Wak Kamal diam [sambil] matanya hanya terkebil-kebil memerhatikan bara yang mulai terpadam. Mat Kacang cekau peha ayam golek gemuk tu.. Dipatahkan [dan] dicabut dari sendi lesung. Kemudian, dia mengunjukkan ke arah Man RELA.

"Nah! Ambik [rasa] la sepeha. Tapi, kamu kena la LOMPAT ke seberang sini. Takkan aku nak hantar peha ayam golek gemuk ke sana" Mat Kacang.
"Cepat la LOMPAT ke sini, dah sejuk peha ayam tu" Wak Kamal.

"Tak boleh! Aku tengah bertugas. Itu rasuah namanya"

Tapi, Man RELA serba salah. Dia akui, berdecap air liurnya.

"Apa pulak rasuah? Ini sedekah namanya. Takkan nak tolak sedekah?"

.

Tuesday, September 23, 2008

Jalan2: Yeaa...We Rock, Bro!

Pagi-pagi lagi. Orang lain sibuk. Bercerita pasal kerja yang semalam.
Tentang barang. Tentang pelan tindakan. Tentang sasaran. Tentang pasaran.

Aku. Pagi-pagi lagi. Dah pasang 'Death Magnetic'. Pada cuping telinga.
Di kanan dan di kiri. Dan mata yang kuyu. Kini dah segar. Dan sakit tengkuk.
Menjadi lebih buruk. Kerana terangguk-angguk.

Rock Bro!

-----------------

Semalam. Kawan aku. Ada hantar sesuatu:

Inbox:
PER: METALLICA's New Album "DEATH MAGNETIC" Out In Stores
Nizam, sudah dgr ke blom? Beli cd dapat T-shirt while stock last!

-Zul-AlWafi-

Outbox:
Aku tak nak beli. T-shirt tak muat punya.
Aku dah dengar satu v.clip yang perang-perang tu kat U.tube...

OK gak. Tapi.
Aku tunggu MP4 dari kau..ahaks...

Inbox:
MP4 ngak ada lagi, tp album dier ade dalam kete…
-Zul-AlWafi-

--------------------------------

Kemudian. Aku Rip dia ganas-ganas. Lalu, pagi-pagi lagi. Hari ini.
Aku dah pasang 'Death Magnetic'. Pada cuping telinga.
Di kanan dan di kiri.
Dan kepala sedikit terangguk-angguk.

[Akak kerani jeling aku dari sebelah. Aku agak, dia meluat kat aku.
Aku tak dengar. Sebab aku dah pasang 'Death Magnetic'.
Pada cuping telinga aku.]

.

Monday, September 22, 2008

Jalan2: Hari Raya tahun ni hambar

Aku tak tau. Apa pasal suasana Hari Raya tahun ni tak 'mashuk'?

Aku cuba cari jawapan kat merata-rata. Kat Pasar Ahad di Stadium Shah Alam. Kat Puchong. Kat Kelang. Kat Taman Alam Megah. Kat Mydeen USJ. Kat Giant Stadium Shah Alam. Tak ada. Tak jumpa.

Merata-rata aku pegi cari jawapan.
Mungkin pasal tiada dentuman meriam buluh? Meriam Tanah?
Mungkin pasal kurang letupan mercun?
Mungkin pasal kurangnya jerit riang kanak-kanak?

Petang semalam. Lepas berbuka. Aku duduk senyap-senyap di tepi radio.

Kedengaran satu lagu raya. Aku cam lagu tu. Lagu 'evergreen'.
Kemudian, baru aku perasan, kenapa Raya kali ni tak 'mashuk'.
Bapak aku dah tak ada.
Dia dah tak ada nak sambut sama-sama pada tahun ni.
Selalunya, dia akan bagi sehelai kain pelikat baru sehari sebelum Hari Raya.
Dan aku pakai kain tu untuk sembahyang sunat Raya.

Bapak aku dah tak ada.
Aku pun lupa nak beli kain pelikat baru.
Aku malas nak pakai kain pelikat.
Pakai baju Melayu dan seluar 'slack' je la....


.

Friday, September 19, 2008

Jalan2: Bazaar Ramadhan hantu cekik

Semalam.
Kami tak masak apa-apa untuk berbuka.
Sebabnya.
Semalam.
Ada pasar malam di jalan bawah bukit tu.

Aku pecut kuda api aku.
Paku Payung telefon. Dia nak minum air yang lain.
Aku tanya balik, air lain yang macam mana?
Dia diam sekejap. Dia fikir sekejap.

'Air Oren'
'Air Oren Mama boleh buat kat rumah'

'Air sirap bandung'
'Mama boleh buat jugak kat rumah'

'Air Soya'
'Air Soya ada dalam peti sejuk'

'Errr....air ape-ape je lah yang ada kat sana' katanya.

Aku tau, bukan sebab jenis air yang dia minat, tapi janji air yang bukan di rumah. Emmm..kecik-kecik lagi dah pandai memilih nak itu, nak ini.

'Ok lah, kita beli air cendul' aku cadangkan.
------------------------------------------

Aku pun pegi mencelah-celah di lorong penuh asap tu. Beg galas aku sandang kat belakang, macam pengebom berani mati layaknya.

Seperti biasa. Aku usha dulu. First round tak beli apa-apa. Jalan terus je sambil jeling-jeling mana yang berkenan dan tangkap dalam batu jemala patik (otak) je.

Bila dah sampai hujung tanjung, aku pun 'U' turn. Hah, inilah la masanya untuk bertindak.

Aku menyusup di celah-celah makcik-makcik dan kakak-kakak. Tangkap itu, tangkap ni. Jari-jari tangan kiri aku dah naik hitam. Darah tak jalan. Beg-beg plastik mula tergantung satu-satu.

Bila sampai kat garisan mula, tangan kiri aku mula kebas. Kocek baju aku pula kembung dek duit seringgit dan siling. Aku susun semua plastik-plastik dalam karung pelana kuda api aku.

Kemudian, baru aku susun balik duit-duit dalam kocek baju, masukkan dalam uncang kulit aku. Aku kira-kira balik. Macam ada yang tak kena je. Aku congak-congak balik....

Mak ooiii!!!!....
Ape ke jadahnya ni?Dia orang ni jual makanan atau jual dadah?

Berniaga sebulan, tapi nak untung setahun! Mana boleh macam tu!

.

Thursday, September 18, 2008

SketSa: Tragedi 17 September

Makcik Wok lekas-lekas berlari masuk. Terkejut sangat. Bila Kulop Ludin berlari-lari sekeliling kampung sambil berteriak " Habis la...habis la....mati la kita semua !"

Di warung kopi simpang tiga, Usop tersentak, tak jadi teguk kopi. Wak Seman pun sama. Tok Penghulu juga sama. Man RELA pun sama. Kak Piah kelam kabut keluar dari dapur kedai.

"Kenapa ni? Kenapa ni?" Tok Penghulu melambai pada Kulop Ludin.
Kaki Kulop Luding membrek dan buat pusingan 'U', menuju ke warung kopi simpang tiga, termengah-mengah.

"Tok..Tok...Habis ...kita kali ni...." nafas Kulop Ludin tersekat-sekat.
"Apa yang habisnya?"
"Kerbau... yang Mail Kampung ... Seberang tambat kelmarin... untuk buat jamuan besar-besaran ...sempena menyambut ketibaan...16 September..."

"Kenapa dengan kerbau tu?"
"Dah TERLEPAS! kerbau tu tak jadi disembelih 16 September.. kerbau tu mengamuk...dah masuk kampung kita, Tok!"
"Apa???!!!"

Cepat-cepat Tok Penghulu tarik Kulop Ludin masuk ke dalam warung kopi simpang tiga. Cepat-cepat Tok Penghulu hampiri Man RELA.

"Man, aku rasa, kita kena tukar portfolio. Aku rasa, kampung kita dalam bahaya"
"Tukar portfolio amendenya, Tok?"
"Bagi aku senapang RELA kau tu, kau pulak uruskan orang kampung, jangan bagi mereka keluar rumah. Ini kes serius ni..."

"Mana boleh tukar portfolio sukahati Tok je. Orang kampung kena tau"
"Ah...hal emergency. Hal keselamatan. Kerbau dah mengamuk. Kena tukar portfolio. Bak sini senapang RELA kau tu cepat!"

Cepat-cepat Man RELA serahkan senapang patah dua laras kepada Tok Penghulu. Dia serahkan juga empat butir peluru penabur jenis M. Kemudian, Tok Penghulu berdiri atas kerusi sambil memegang pembesar suara masjid.

"Orang kampung semua. Dengar sini. Saya, Tok Penghulu, dengan ini menukar portfolio dengan Man RELA. Kini, senapang patah dua laras ada dalam tangan saya."

"Tapi Tok, Tok bukan ke rabun-rabun ayam? Macam mana Tok nak tembak?" Kak Piah.

Tok Penghulu mengangkat senapang patah itu tinggi-tinggi, sambil mengetap bibir.

"Dengan ini, kamu semua di halang keluar rumah. Apabila difikirkan perlu dan wajar, saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senapang patah dua laras untuk MENEMBAK apa-apa sahaja yang bergerak!"

Man RELA kecut perut. Kak Piah melopong. Kulop Ludin tersentak. Perlahan-lahan Kulop Ludin undur ke dapur, kemudian berlari tunggang-langgang merempuh pintu dapur sambil menjerit-jerit histeria.

" Lari...lari semua...Tok Penghulu dah dapat senapang...dia dah dapat senapang...mati kita...mati le kita semua......"




[Terdengar jeritan-jeritan histeria penduduk kampung, bersulam dengan pekikan maut Kulop Ludin]

Tuesday, September 16, 2008

SkeTsa: Cerita Orang Kampung

Makcik Wok membedak pipi kanan dan kiri. Putih melepak. Terselindung garis-garis tua. Dilondehkan kain batik dua-tiga kali, dan dua tiga kali juga dia ikat semula. Betulkan bucu. Dicapainya capal getah dan bendera kecil. Dia meluru ke muka pintu dan....

"Horeyyyyy!!!! Selamat datang. Selamat datang. Kami sokong anda!"

Dua tiga orang yang berarak tersentak. Fikiran penuh dengan tanda soal.

"Inilah BARISAN kita, yang gagah berjuang, siap sedia berjuang...."

Makcik Wok menyanyi sambil mengibar-ngibarkan bendera kecil. Cepat-cepat Minah Jeran melompat ke kaki tangga rumah Makcik Wok.

"Apa kena kau ni Wok? Buat tebiat?"
"Eh, hari ni bukan ke 16 September?"
"Iye"

"Abih tu, aku raikan orang yang berarak tu le..."
"Bukan! Dia orang usung keranda Hj Seman"

"Kenapa dengan Hj Seman?"
"Sakit jantung...kat Taiwan..."

.

Saturday, September 6, 2008

Jalan2: Apa cita-cita aku ha?

Dulu, masa kecik, setiap awal tahun cikgu kelas akan tanya kami, apa cita-cita kami bila dah besar nanti. Rata-rata kami jawab:
1. Posmen
2. Polis
3. Peon

Masa tu, mana ada pendedahan sangat. Kami cuma fikir apa yang ada di sekeliling je.

............................

Pagi tu, pukul 10.

Inbox: Wooiit , Bro. Aku dah nominate nama hang kat 'Talent Pool'.
Outbox: Laaa...apa pasal la hang nominate nama aku. Aku tak mau semua tu.
Inbox: Sampai bila hang nak cam tu ja?
Outbox: Aku tak nak sibuk-sibuk pasal duniawi ni. Aku kerja ikhlassss..
Inbox: Banyak la hang punya ikhlas. Aku dah 'fight' dengan big boss untuk hang.

Aku diam. Tak balas. Malas.

Inbox: Hang isi form ni, send balik kat aku. Sblm pukul 12.

Aku bukak attachment. Aku baca. Aku isi maklumat diri. Lepas tu aku stop. Soalan pertama aku dah stucked.

- Your career objectives? : .................................

Patutlah selama ni aku selalu tertinggal kat belakang. Cuma tau buat kerja je. Kerja-kerja-kerja. Tak pernah fikir pasal masa depan karier aku pun. Aku congak-congak. Aku ketuk kepala dua tiga kali. Objectives tak juga muncul-muncul. Aku tengok soalan no.2.

- Job position you would like to achieve in 3 years: .................

Aku picit dahi lagi. Takkan aku nak jadi GM pulak. Jadi GM, nanti sibuk semacam...sibuk dengan urusan dunia. Semua tu duniawi.

Outbox: Aku dah isi particulars. Soalan-soalan tu hang jawab sendiri la....

.

Wednesday, September 3, 2008

Jalan2: Juadah berbuka puasa

Paku Payung kata, dia tak suka buah Kurma.
Aku kata, sunnah berbuka dimulai dengan buah Kurma.
Paku Payung kata, dia tak suka lapisan luar yang keras tu, boleh tersangkut di tekak.

Tapi, dia nak makan semua. Dia nak rasa semua, dari kuih sampai ke nasi. Itu belum air sirap bandung + soda sebagai ramuan ajaib dua gelas.
Aku tanya balik kepada Paku Payung, tak risau ke semua tu tersangkut kat tekak?

Dia jeling je....

.............

Semalam, aku nak berbuka dengan Spaghetti. Mama kata, dia dah buat rendang hijau melaka, seperti yang aku nak sehari sebelum tu. Tapi aku kata, kali ni aku teringin nak makan Spaghetti.

Mama kata, nanti dulu. Kena ukur perut dulu sebab Mama dah masak nasi sampai untuk bersahur. Aku kata OK. Takut membazir.

Lepas makan Kurma 2 biji + Cucur Udang 2 ketul + Air 2 gelas, aku sendawa dua kali. Lepas makan nasi sepinggan, Mama tanya balik, nak Spaghetti lagi tak?

Aku buat-buat tak dengar. Mama tersenyum menyindir...

.

Tuesday, September 2, 2008

Jalan2: Maka Enggang pun berkata...

Lewat tengah hari, aku pun dapat penjelasan dari akak Xyz melalui email:

Pak Abu jual sop.
Kalau nak pedas campur lah cili padi
Price tu dari Yusof
Tah mana dia dapat…tapi tu ler yg dia bagi….


......

Lepas tu, si Yusof pulak jawab:

Dua tiga kucing berdehem
Mana nak sama si kucing belang
GX, WRM41, WRM44 dan SRM,
Ini saje saving yang aku bilang


.......

Aku balas kat dia orang berdua, lepas tu c.c. kat boss:

Kucing yang tidur, rimau yang ngingau
Dah ada data ni, kami tak la risau.

Bunga Cina Tua, sorok bawah papan,
Kak Lina kita, tolong rekod dan simpan.


.........

Tak lama lepas tu, boss call handphone aku, mesej dia ringkas je:

Dah la tu! Dua dua kucing dan rimau jangan nak tidur lagi...

.

Jalan2: Enggang oh Enggang...

Aku belek-belek figures dari cost reduction program pada laporan.

Tapi, aku musykil. Ada yang tak kena. Aku push satu e-mail:
........

Dear xyz,

aku tengok dalam weekly report tu dan aku campur balik mana-mana yang dah implemented, tak cukup pun nilai tu.

Soalannya:
Kalau bukan dari langit, dari mana turunnya Enggang?
Kalau bukan dari report tu, dari mana datangnya itu wang?

Pantun dah dijual….

.......

Aku pun tunggu...untuk orang beli.
.

Monday, September 1, 2008

Jalan2: Rumah siap, pahat berbunyi.

Atau lebih tepat, hammer-drill masih berbunyi.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA.

Dan aku sambut kali ini di rumah baru.
Pagi ni, jiran kat bawah panggil kontraktor tebuk ntah apa ntah. Paku Payung terjerit-jerit .." DIAMLAH!!!"

...

Semalam. Kami pergi Nilai 3.
Robeh setengah tiga ratus. Kami beli lukisan/gambar untuk dinding rumah kami. Mama cari subjek bunga. Mamat Indon yg jaga kedai tu tanya aku, apa motif lukisan yg aku berkenan? Aku cakap ..."abstrak, yg payah dimengertikan".

Mamat Indon tu keluarkan 5 keping lukisan ikut saiz dan budget aku. Dia tunjukan satu-satu. Aku tak puas hati. Lima kali aku suruh ulang..." macam mana, bang? mana satu?".

Aku suruh dia aturkan sebaris lima keping lukisan tu. Aku belek-belek. Aku masih senyap. Mama dah naik bosan. Akhirnya, mamat Indon tu berbisik..." abang ambik yang tepi sekali tu, cantik sikit..." anehnya, tanpa kata apa, aku terus setuju...

...

Dari malam sampai ke pagi ni, setiap kali aku lalu, aku pasti toleh ke lukisan abstrak tu. Tapi, sampai sekarang aku masih tak faham apa-apa pun. Fuiyoo... memang ia sukar dimengertikan.


.
.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com