Tuesday, January 20, 2009

Jalan2: Homework oh homework

Rujuk: Science Activity Book Year 3.


Worksheet 5: Look at these 2 animals [gambar: Zebra & Tiger].
b. Write 2 features in which they are different.

Dia tulis dalam buku kerja tu: 1. whiskers 2. Claws.
Aku cakap kat dia, kenapa tak tulis satu jantan, satu betina? Itu pun kira lain juga.

"Macam mana nak tau mana yang jantan, mana yang betina?"
Aku ketawa mengekek. Rimau tu jantan sebab ada misai...hahaha.


Worksheet 6: Animals with the same features.

1. More than four legs.
Dia tulis 'spider' sebab ada lapan kaki. Lepas tu dia tulis 'centipede'. Lepas tu dia termenung agak panjang. Dia tanya aku, apa lagi yang lebih lapan kaki. Secara spontan aku jawab 'crab'.

"Eh! crab bukan ke ada dua kaki? Dua lagi dia punya claws"
Hissh! Cepat cepat aku tukar siaran Spongebob Squarepants.


2. Horns.
Dia tulis 'goat'. Lepas tu dia tulis 'antelope'. Aku ajukan kepadanya 'cow'. Dia tanya balik, lembu ada tanduk ke? Sebab dia selalu jumpa anak lembu yang main tepi jalan raya sekitar Melaka tak ada tanduk. Ok lah, kalau tak nak, aku suruh cari yang lain. Kemudian dia sedikit teragak-agak nak cakap.

"Errr.... 'unicorn'?"

Mama dia ketawa...hahaha.



.

6 comments:

addyaholix said...

anak kau ke? haha bijak bijak.

ermm kalau harimau betina takde misai ke? haha!

tasikmerah said...

ultraman pun ada tanduk tau. kehkehkeh...

Nizam.Ariff said...

Addy,
Betul jugak tu...hahaha

TM,
Betul jugak tu, kamu lagi kreatif....Hahaha

hegira said...

haha.

kalau dengan anakanak kecil selalu buat aku ketawa dengan lincah dan cakap mereka seperti orang dewasa.

bijak. bijak. macam iklan, orkid lah!!

Princess Liyana said...

hahaha..dasyat2..mana dia tgk unicorn ek?ekeke..

Nizam.Ariff said...

Alina,
Itu sebabnya orang kata 'Buah hati pengarang jantung'...kadang-kadang, kita pun lebih manja dari bebudak...hahaha

Princess,
Dalam mimpi kut ...hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com