Friday, January 30, 2009

Jalan2: Semangat Palestin

Aku lapar. Aku penuhi tuntutan nafsu sebelum berangkat ke masjid. Bukan apa, aku tak nak asyik terfikirkan ikan bakar dan air asam masa khutbah nanti.


Suapan kali ke-3, h/phone bergegar. Aku terima sms dari M.Alwie @ Naga Cheng si Pembuli Budak Junior itu.


+: '1 death is a tragedy, million death is statistic'. So, how to save Palestine...boikot? demo? bakar bendera?


Aku tengah syok suap nasi, dia tanya masalah bertaraf antarabangsa pulak. Hilang stim. Dengan niat malas nak layan sangat, aku pun balas balik...

-: Bagi je apa yg Israel nak, abis cerita. Apa guna lawan, dah termaktub macam tu. Tanda akhir zaman. Pasti berlaku. Kalau tak jadi, sama ada hadis-hadis berkenaan tu tarafnya lemah atau manusia boleh tentukan course of the doomsday. Tapi, aku yakin mesti jadi punya.

[italic words - ayat sebenar pendek je tapi aku tak tulis di sini sebab sensitif, takut disalah anggap oleh JAKIM. Tapi, maksudnya adalah sama].



Agak lama juga dia tak balas. Akhirnya, h/phone aku bergegar sekali lagi ketika makanan aku masih bersisa.


+: Kau antara org yg akan aku lantik jd PA aku bila aku jd PM.

Aku senyum. Dan aku balas balik.


-: Bila tu?


Senyap. Tak berbalas....




.

3 comments:

kakpah said...

yahudi ni ibarat setan. setan akan buat apa saja untuk musnahkan umat manusia, mengheret manusia semua masuk neraka macam dia. yahudi ni camtu gak lah. dia memang bangsa yang dilaknat. sebab tu dia pikir alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke ketiak.
err.. kawan kau tu bercita-cita nak jadi pm ke berangan je. kalau berangan, masukkan akak dalam kabinet boleh.. hehe..

tasikmerah said...

kau patut jd PM!

kejap. kau ingat presiden turki tu ada agenda lain ke tidak? :)


.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Jgn sampai kita menentang Israel atas api amarah. itu pun setan suka kita buat. bila hati dikuasai amarah, setan akan ketawa. bila setan dah masuk jarum, bunuh anak semut pun silap-silap dianggap jihad. semuanya halal asal maksud tercapai. cuba tanya org-org kat sana tu, betul ke dia org fisabillah atau sebab bengang. kita patut ingat ttg kisah S. Ali.

Kak boleh jadi menteri kerja raya...hahaha..

TM,
Yang aku pasti, utk tingkatkan populariti dia kat kpg dia, sebab dia dpt tentangan dari golongan sekular. Tapi, kalau aku duduk kat sebelah Perez malam tu, aku terus cekik je...dia mesti tak leh cakap.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com