Tuesday, February 24, 2009

Jalan2: Kalau naik 4 nombor tu, aku kaya....

Aku tenung nombor empat angka aku baik-baik. Aku salah pilih atau pun memang nombor aku susah naik? Huh! Bila nak naik ni? Aku dah tak sabar nak jadi kaya. Sesekala aku gelengkan kepala, sesekala aku mendengus tak sabar. Orang di sekeliling aku pandang aku satu macam. Ya, aku tahu, mereka juga ada nombor dan masing-masing mengharapkan nombor mereka naik. Semua mahu jadi kaya. Dah ramai pun jadi kaya.


Kebanyakkannya mereka itu Melayu. Ya, aku harap mereka itu Melayu Islam. Mereka juga seperti aku, tak sabar menjadi kaya. Masing-masing memegang tiket yang bernombor. Nombor empat angka. Semua kata nombor masing-masing bertuah. 'Nombor gua banyak ong...' Ceh! Aku pun boleh kata nombor aku ada ong. Aku pegang tiket aku hati-hati. Aku tak mahu terlepas ke tangan orang lain. Bukan senang nak jadi kaya.


Aku bosan. Nombor aku tak naik-naik. Aku lemparkan pandangan aku ke kaunter. Aku tengok deretan bontot-bontot dara dan teruna dan janda dan duda, tertonggek-tonggek bila berurusan dengan orang-orang yang di sebalik kaunter tu. Macam-macam saiz, maksud aku saiz seluar. Aku tersenyum sendiri dengan free show tu.


Aku juga lihat beberapa orang yang sudah berurusan, ada yang tersenyum kaya, ada juga bermuka kelat sambil mencongak-congak jumlah duit yang dah langsai tiap kali ke sini.






*Ding!*


"Satu Empat Lapan Lima ... kaunter lima"

Aku tengok balik tiket aku, nombor aku 1516. Ahhhhh... lambat lagi ni.
Tak sabar aku nak rembat duit rebet kerajaan. Orang lain dah lama kaya.


....


Hari ini, dan hari-hari dalam bulan-bulan seterusnya, aku akan berasa kaya sebanyak ratus-ratus juga la... berasa kaya, itu yang penting.

Dan untuk yang lebih penting lagi, aku dah bebas dari satu kunci HUTANG dari beberapa lagi hutang para kapitalis! Sekurang-kurangnya aku dah menjauhi satu kunci riba dari beberapa kunci lagi. Hari ini, kereta aku itu sah menjadi milik aku. Boleh diperlakukan sesuka hati aku...hahaha

Dan hari ini lebih istimewa bila mana buat pertama kali dalam sejarah hidup aku yang penuh dengan income tax, pelbagai bil dan insurance; aku mendapat untung apabila membayar roadtax + insurance. Tolak insurance dan roadtax, masih dapat untung ratus-ratus jugak...



.

9 comments:

MeSober said...

Bestla camtu. Saya ni baru gaya nak bayar kete tahun ni.

kakpah said...

dah rasa kaya. tak nak tambah lagi satu? Err.. jangan nak mengada. Maksud aku tambah lagi satu kereta..

addyaholix said...

ceh mati-mati aku ingat kau tikam nombor bang. nasib kau baik bang, sebab aku belum maki. haha!

dah kaya bang? takde plan tambah cawangan ke? haha!

ashley said...

Sememangnya orang yang diiktiraf KAYA ialah orang yang TAK DAK HUTANG. Siapa yang masih berhutang, maka KAYA juga..KAYA HUTANG!

Nizam.Ariff said...

MeSober,
Tak pe, bayar sikit-sikit lama-lama habis la ...duit kamu ..hahaha.

Kakpah,
'Rasa' kaya ratus-ratus je, nak cawangan kena banyak modal nak mengurat lagi. Lain la kalau ada makcik-makcik ber anak dara yg sudi rekomen dalam blog ni. Eh, akak pun ada....? heheheh

Addy,
Masa untuk bersenggang buat sementara. Bak orang pegi menebas lalang, walau lalang habis ditebas, calar-calar kat betis masih gatal lagi... elok tunggu habis gatal tu dulu. Aku memang teringin nak tambah ... trust fund. Hahaha

Ashley,
Aku paling malas nak uruskan ialah hutang. Kalau nak tahu sama ada we are still in control over our incomes, aku syorkan teori aku ni:
Kumpul semua surat dan bil untuk bulan Feb09 ni, lepas tu segregate ikut kategori ni:
Bil, Sewa Beli, Gadaijanji, penyata akaun, penyata insurance+trust fund dan surat cinta. Kalau surat cinta dan segala yang tak berkenaan dgn duit keluar adalah majority, kita selamat...

tasikmerah said...

kerani pejabat pos kt ayer keroh sini pesen terhegeh2. letih...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Sabarrrrrr... nombor kau akan naik juga akhirnya... hahaha

hegira said...

sy suka nombor 4!

Nizam.Ariff said...

Alina,
Kenapa, Alina? Kenapa nombor 4. Adakah...? Jangaaaaannnn..... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com