Friday, March 13, 2009

FiQir: Ada sesuatu dibalik pokok pisang itu...

Pagi-pagi lagi, hari ini, aku dan akak tu bercerita tentang pokok pisang. Pisang awak dan pisang abu. Aku kata, kalau aku yang cakap pisang awak macam ada yang tak kena, tapi kalau akak tu yang cakap pisang awak, itu baru tepat. Akak tu buat muka menyampah.

Aku kagum dengan pokok pisang. Ada iktibar yang perlu kita ambil darinya.

Pokok pisang boleh dijadikan satu contoh keazaman yang amat tinggi. Walaupun pokoknya ringkas tiada dahan, tiada daun-daunan rimbun dan buah-buah yang bermusim-musim, ia menyimpan satu tekad yang teguh.

Selagi tujuan hidupnya tidak tercapai, pokok pisang tidak pernah mengalah. Tidak pernah tunduk walau dicaci hina, walau diseksa berkali-kali namun azamnya untuk mencapai tujuan hidup tidak pernah diabaikan.


Sesetengah ahli agama menggunakan perumpamaan pokok pisang ini dalam meletakkan keazaman pada anak muridnya. Pokok pisang adalah satu contoh yang baik. Cuba fikirkan:
Tujuan hidup pokok pisang adalah untuk berbuah dan ia hanya perlu berbuah sekali sahaja dalam seluruh hidupnya. Selagi ia tidak mengeluarkan buah, ia terlalu liat untuk mati.

Hatta di tebang berkali-kali,
Hatta di belah dua,
Kadangkala, walau dibongkar hingga ke akar

Umbutnya tetap tumbuh untuk membentuk batang baru. Akarnya akan mengeluarkan tunas yang baru, sehinggalah ia berjaya berbunga dan berbuah. Namun setelah berbuah, ia akan mati, akan kering tanpa perlu dilakukan apa-apa. Tanpa perlu diracun atau ditebang. Dan perjuangan seterusnya diberi kepada anak-anaknya.

Dan yang pelik, pisang berbuah bukan bertujuan mengeluarkan biji benih. Benih pisang bukan dari buahnya. Pisang membiak melalui anak pangkal, melalui akar.

Jadi, apa tujuan pisang itu berbuah?

Kerana ingin sedekahkan buahnya kepada sesiapa yang sudi menjamah. Dan ia lakukannya tanpa rasa putus asa untuk terus hidup.



Mulai sekarang, lihatlah pokok pisang dari satu sudut yang lain. Dari sudut tingginya keazaman yang ada padanya. Bukan sekadar buahnya yang lazat.


.

5 comments:

tasikmerah said...

ya. ya. hari jumaat mmg ramai yg minat post n3 pasal pisang.

kau patut post n3 pasal kuih pau lah! baru betul!

hahaha...


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Weei.. aku tengah bagi motivasi ni...mana ada cerita lucah-lucah ni. Haha

kakpah said...

betullah cakap tasik merah tu. hari jumaat ramai orang sedekah pisang kat masjid, apa..

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Dulukan sedekah pisang di rumah, pastu ke masjid... hahaha

ashley said...

EK ELEH....
ye lah tu!

Anak engko berapa orang NIZAM?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com