Saturday, March 14, 2009

Jalan2: Dari mana peribahasa itu bermula???

Lumut - Gambar hiasan.


i

Dulu, setiap petak sawah akan ada kolam kecil atau sesetengah kata kubang kecil. Kolam tu tak dalam. Separas pinggang. Gunanya, bila sawah kering, ikan akan berkumpul di dalam kolam itu. Ia sebagai 'sanctuary' mereka.

Semasa pokok padi belum tinggi, ikan banyak berkumpul di dalam kolam itu semasa panas terik sebab air sawah yang cetek itu akan menjadi terlalu panas bagi ikan-ikan. Jadi, ikan akan berenang menuju ke kolam yang airnya lebih dalam dan sejuk, terutamanya anak-anak ikan. Mereka berkumpul di situ.

Selalunya, kami akan guna sebidang kain kelambu lusuh atau kain langsir sebagai 'tangguk'. Zaman dulu, banyak kain langsir jenis yang jarang-jarang. Bukan macam sekarang, tebal semacam. Ia memerlukan dua orang untuk memegang empat penjuru kain itu, seorang lagi tukang bawa baldi.

Kami akan depakan tangan kami dan rentangkannya selebar mungkin. Kami akan berdiri di tepi kolam itu. Sebelum itu, kami kocak tanah liat di dalam air perlahan-lahan supaya air keruh itu masuk ke dalam kolam. Ikan tak nampak kami kalau air keruh. Kalau ikan nampak kami, ia akan lari keluar dari kolam menuju ke sawah.

Bila air dalam kolam menjadi keruh, kami pun hampiri kolam itu berhati-hati dan kami terjun ke dalamnya, serentak dengan itu sebelah tangan kami dijunamkan ke dasar kolam, manakala yang sebelah lagi kami angkat setinggi mungkin supaya sentiasa di atas permukaan air. Kami bergerak dengan cepat hingga ke tebing, kemudian kami angkat tangan yang kami junamkan tadi.


Walla! ... Anak-anak sepat dan puyu pun terperangkap dalam 'tangguk' kami. Itulah rezeki kami dengan cara 'menangguk di air keruh'. Maka, pakar-pakar bahasa pun menggunakan ia sebagai peribahasa, sampai sekarang.

Anak-anak ikan sepat itu kami goreng garing-garing, sebagai lauk. Nak siang anak sepat bukan susah. Anak-anak sepat tu baru sebesar kuku. Tak payah kikis sisiknya. Kami picit je perutnya maka keluarlah segala usus dan isi perutnya. Kalau dapat yang besar sikit, baru kami guna pisau. Tapi, jarang dapat yang besar. Ia lebih tangkas dari kami dan selalu terlepas. Kecuali kalau air benar-benar keruh, barulah strategi 'menangguk di air keruh' benar-benar menjadi.

Kalau 'menangguk di air jernih'? Dapat lumut je la. Jangan harap nak dapat ikan!

ii

Sungai Lampam ialah sebatang sungai yang mengalir di tengah-tengah hutan di sempadan C.Balai dan Chikus. Dulunya sungai itu lebar dan dalam. Sekarang ini dah tohor dan sempit. Tikus pun boleh lompat ke tebing seberang sana.

Bila tiba musim padi masak, air sawah akan dikeringkan. Termasuklah sungai itu, ia akan surut. Airnya yang separas dada menjadi separas lutut. Sungai Lampam itu terkenal dengan udangnya. Dan untuk menangkapnya, ada cara yang murah dan berkesan.

Kami selalunya berkumpulan. Maklumlah, di dalam hutan. Kaki-kaki dan betis-betis mulus kami kerap ditusuk duri-duri rotan yang reput dek terendam di dalam sungai. Keladi-keladi Mahang pula akan menyebabkan kulit-kulit kami terasa amat gatal.

Sekali lagi, teknik 'air keruh' diaplikasikan. Mula-mula, kami akan cari lubuk (bahagian sungai yang dasarnya lebih dalam daripada yang lain). Kami benamkan tangan-tangan kami ke dalam selut atau tanah liat. Kemudian, kami pusar-pusarkan tangan kami secara beramai-ramai, kami tendang-tendang selut dan air sungai supaya benar-benar keruh. Ya, benar-benar keruh dan kami kocakkan air sungai itu kuat-kuat. Lebih kurang 10 minit, kami pun berhenti.

Kami akan berdiri diam-diam. Kami lihat di sepanjang tebing, di gigi air yang amat keruh itu. Akan terlihat sesungut-sesungut warna merah dan hitam di gigi air. Itu sesungut udang! Kami akan tangkap udang-udang itu dari belakang (sebab udang melentik secara undur). Kami tangkap udang macam kami tangkap katak minyak!

Udang-udang itu timbul ke gigi air kerana 'mabuk'. Ya, itu juga strategi 'menangkap di air keruh'.

Kadang-kadang, kalau malas nak 'menari' dalam selut sampai 10 minit yang memang memenatkan, kami akan cari akar Pokok Tuba. Pokok Tuba ialah sejenis pokok renek yang akarnya menjalar. Kami ambil seberkas akar ini dan kami ketuk biar pecah dan hancur sedikit. Kemudian, kami kocakkan akar tuba di dalam air di hulu lubuk.

Kami tunggu beberapa ketika dan ... wallaa! bukan setakat udang, ikan-ikan pun timbul dan berenang tak keruan. Tapi, racun akar tuba tidak membuatkan mereka itu semua mati. Pening-pening je.

Itu strategi 'beri madu dibalas tuba'. Pakar bahasa pun jadikan ia satu peribahasa juga...

Kalau dah terlalu malas, kami curahkan je racun cap tengkorak. Gerenti semua benda yang hidup di dalam air tu, termasuk ular dan belut, mampos! Kalau guna racun cap tengkorak, kami tak makan hasil tangkapan itu. Kami jual...! Walau pun kami anak kampung, kami semua cerdik! Kami tak makan makanan yang tercemar dengan racun... hahaha



.

14 comments:

ibundo said...

yey, aku pun first gak.

engkau tak tengok MU lawan Liverpool ke. Dah 1-1 dah.

Menangguk air keroh dalam sawah tu nostalgik la. betis kau tak kena makan lintah ke. Akak dulu kalau kena gigit lintah, akak kaut je dengan tangan, pastu campakkan balk dlam sawah. Sekarang? tengok lintah pun dah geli geleman.

Cari ikan dalam sungai pun kenangan akak jugak. Kalau masa orang lepaskan air empangan, ikan-ikan mabuk. satu kampung akan turun ke sungai menunggu ikan hilir. semua ikan, besar dan kecil mabuk-mabuk. Masa tu dapat ikan lampam, sebarau... wehh..makan seminggu pun tak habis.

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
kalau banyak buleh buat pekasam. atau ikan kering. sedap kak... skrg ni ikan seluang bnyk la...

hegira said...

wah. saya banyak blaja peribahasa dari encek nizam.

Yunus Badawi said...

Salam kenal. Lawatan pertama tak bolehlah jadi yg first. Biar otai macam kakpah komen dulu ecece.
Saya tak suka menangguk di air keruh kerana ikannya kecik2. Lebih baik memasang lukah di pergentingan. hehehe

ibundo said...

yb pun dah tersesat ke sini? wakaka..

Pyanhabib said...

kenangan mengusik jiwa, fuh!

ASH said...

Nizam,
Pyanhabib pun komen..MANTOP tu!

Tang dok meracun dan menjual hasil tu..kalau lah ada yang ceret beret dan muntah hijau lepas makan ikan korang tu, memanglah satu PENGANIYAAN!!

ish ish ish..budak ni!

addyaholix said...

aku orang kampung. kampung aku ada sawah. kampung aku ada laut. tahu kuala muda? yang kena tsunami dulu tu. itu kampung aku. tapi aku budak kampung yang tak tahu apa-apa. jenis ikan pon aku tak pernah tahu. yang aku tahu cuma makan je bang. haha!

tasekM said...

anak2 kampung mmg cerdik2. ha ha.

kesian anak2 kita. mereka anak bandar. cerdik lain macam sikit. ha ha.

bang, walau pun kamu tak makan ikan yang dituba tu, di lain masa, kamu tetap tercirit juga akibat makan benda lain. kan?

itulah karma. ha ha.


.

Nizam.Ariff said...

Alina,
Mari kita belajar sama-sama...hehe

YB,
Salam & selamat datang.
Pasang lukah tu bahaya, nanti jumpa Jin makan ikan. Walau bleh jadi macam Badang, muntah dia boleh buat sakit perut 7 keturunan... hahaha

Kakpah,
Ok le tu...lagi ramai lagi ok.

Pyanhabib,
Bang, memang terkenang sangat, memang jiwa dah terusik, tapi nak buat macam mana, semua tu dah tak ada lagi.... ikan dah pupus dek racun..

Ashley,
Masa tu, bila jual dapat duit buat main tikam-tikam nombor dapat mainan. Kalau tak pun, buat tambang bas ke T.Intan, lepas u makan Mee Rebus Pak Din kat gerai MARA, fuh! bak kata bro Pyanhabib.

Addy,
Eh, camne pulak tak kenal ikan ni? Rugi la... Kampung dah Ok kan?

TM,
Eh, macam mana kamu tau ni? Skrg ni pun perut aku rasa tak sedap... karma... kamakamakamalia...

Yana Ismail said...

hahaha..sape nk mkn yg cmpur racun ;P

Nizam.Ariff said...

Princess,
Alaaa...bukan org perasan pun, ikan kat pasar semua dah mati...hehehe

Anonymous said...

[color=red]The Most Affordable XRUMER/BACKLINK SERVICE Online!
The EFFORTLESS and POWERFUL WAY TO BUILD MASSIVE # OF BACKLINKS
[color=black]
200,000 BLASTS of your URLs+ Anchor Tex, message, pictures (can be spinned) etc
$10 USD (shared with other clients like a carpool), or
$25/200k for exclusive!(you control EVERYTHING)
$50 Exclusive @ 500,000 blasts.
(Complete reports will be given to clients)

[IMG]http://img697.imageshack.us/img697/1540/arrowdownh.gif[/IMG]
For orders, questions or concerns? Email: [u]formless.void47 at gmail.com [/u]
Note:
1. For STRICT Whitehat sites, it is advised to create buffers to pass on linkjuice. i.e. social bookmarks, cloaked pages etc.
You can blast the site directly, but it entails risk.
Using buffers are 100% safe, speaking from experience.
2. Xrumer is a very technical tool. Just describe to me what sorts of effects you want and well make it happen!
If you want to buy Xrumer?
>>>>> http://cloakedlink.com/chzgykebsd <<<<<<

[color=black]
-------
CLIENT 2 SAMPLE SPACE FILLED WITH URLs,Pics and Keywords
seo articles india virginia seo company seo strategies seo leeds buy d link dir charlotte seo florida seo baltimore seo internet seo experience best seo scotland seo company bangalore Xrumer Software buy a link how to seo seo reseller program seo management services Buy Link Building alexa seo trellian seo xrumer 50a seo tips buy link ads seo newbury quality seo services seo ranking search engine optimization software buy cuban link seo certification seo roi chicago seo seo midlands seo tracking software seo kolkata new york seo company top seo tips seo traffic spider Xrumer 3 Gold buy permanent links seo perth buy link exchange seo script seo solihull seo procedure boston seo seo birmingham seo west midlands search engine optimization consulting xrumer 5 seo optimazation

-----
CLIENT 3 SAMPLE SPACE
[url=http://provenheightincrease.co.cc/ebook/increase-height-growth]increase height growth[/url] http://provenheightincrease.co.cc/ebook/increase-height-growth

[url=http://herpeset.co.cc/cheap/Real-Cure-For-Herpes-Cure-Genital-Herpes-Information-On-Genital-Herpes.html]real cure for herpes cure genital herpes information on genital herpes[/url]

http://electroniccigs2.easyjournal.com/entry.aspx?eid=4325931 Buy Rembrandts Blend reviews Buy Splice Platinum reviews Buy OPN O.P.N.

http://www.mixx.com/stories/9835835/your_going_to_prison_you_re_going_to_prison_you_are_going_to_prison_to_get_paroled_tip_going_to_jail


-----
CLIENT 4 SAMPLE SPACE
[url=http://provenheightincrease.co.cc/ebook/grow-taller-faster]grow taller faster[/url] http://provenheightincrease.co.cc/ebook/grow-taller-faster

[url=http://growyourdick.co.cc/penile/safe-male-enhancement]safe male enhancement[/url] http://growyourdick.co.cc/penile/safe-male-enhancement

http://weedvaporizer-volcanovaporizer.info/medical/hookah-herbal.html

http://buycheapplasmatv.info/cgi-bin/index.pl?=sampo-plasma-tv [url=http://buycheapplasmatv.info/cgi-bin/index.pl?=sampo-plasma-tv]sampo plasma tv[/url]

which is best information teeth whitening manchester procedure Warwick teeth whiteniung [url=http://teethwhiteningstripsreviews.info/xr/utah-teeth-whitening]which is best information teeth whitening manchester procedure Warwick teeth whiteniung[/url]

-----
CLIENT 5 SAMPLE SPACE
[url=http://cheapxrumerservice.co.cc]Cheap Xrumer Service[/url]
[url=http://cheapxrumerservice.co.cc]Cheapest Xrumer Service[/url]
[url=http://cheapxrumerservice.co.cc]Best Xrumer Service[/url]
--------
http://buypleodinosaur2.sosblog.com/The-first-blog-b1/RSS-b1-rss2-posts.htm

http://cheaphdtvplasma.co.cc/television/uhf-hdtv-antenna [url=http://cheaphdtvplasma.co.cc/television/uhf-hdtv-antenna]uhf hdtv antenna[/url]

Anonymous said...

[url=http://kfarbair.com][img]http://www.kfarbair.com/_images/logo.png[/img][/url]

מלון [url=http://www.kfarbair.com]כפר בעיר[/url] - אינטימיות, [url=http://kfarbair.com/services.html]שקט[/url] . אנחנו מספקים שירותי אירוח מיוחדים גם ישנו במקום שירות חדרים המכיל [url=http://www.kfarbair.com/eng/index.html]ארוחות רומנטיות[/url] במחירים מפתיעים אשר מוגשות ישירות לחדרכם.

לפרטים נוספים אנא גשו לאתרנו - [url=http://kfarbair.com]כפר בעיר[/url] [url=http://www.kfarbair.com/contact.html][img]http://www.kfarbair.com/_images/apixel.gif[/img][/url]

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com