Monday, March 30, 2009

Kita hidup di rimba ini, perlu tabah dan berani...

Aku pernah masukkan ini dalam sini satu masa dulu. Tapi, melihat situasi sekarang ni masih suam dengan cerita-cerita begini, aku tampilkan semula untuk tatapan...



Kata Asip


Alir sejuk alur dingin, kabus selimutnya
Malam dan siang cuma warna selapis beza
Pada lantai hutan, daunan reput dan ular sawa
Kata Asip, inilah nyawanya.


Layangan helang di atas sana, mencuri pandang
Di celah rimbunan hijau tua dan enau
Dendang reriang gamit resah dan harapan
Anak bininya perlu makan.


Jauh di dalam sana, hitam lantainya
Bertarung dengan penghuni rimba, berlumba
Antara aku dan mereka siapa ketua, katanya
Kalau tak makan aku, aku makan mereka.


Asip anak rimba, begitu juga nenek moyangnya
Pada Cengal ada sejarah keluarganya
Pada Meranti tempat berduka
Pada Leban tempat bergembira


Kata Asip, ini rumahnya, dunianya
Biar pun aku lawan dengan semua
Namun bermusuh tiada, semuanya serupa
Cuma yang menang akan terus bernyawa.



Nizam.Ariff
[4/3/2002]






.

10 comments:

hegira said...

siapa asip?

SHIMI said...

brgitu juga rasmi dunia. berlumba untuk mendapatkan sesuatu.
Menang jadi ketua kalah jadi hamba

Nizam.Ariff said...

Alina,
Asip= wakil kpd kita-kita yang hidup di hutan bandaraya, yang sama gelap, yang sama hitamnya macam belantara...

Shimi,
Resam di rimba dunia, macam tu la...

padelkopak said...

aku kurang mengerti isi makna puisi ini. kerna aku sebenarnya jahil dalam bidang sastera ini. namun begitu, bait-baitnya disusun rapi. menarik sekali. serius.

Water Lily said...

Begitulah resam dunia tak kira rimba belantara atau rimba batu-bata.

Best puisi ni. Selalunya orang yang menulis puisi tentu pernah menulisnya sebelum dia berblog.

Macam akak,dulu2 tulis kat diari aja.

Nizam.Ariff said...

Padel,
Terima kasih. Aku pun bukan org sastera. Aku orang enjin. Saja cuba-cuba luah perasaan... mungkin akibat sentuhan jiwang slowrock zaman Battle of the Bands .. hahaha.

Waterlily,
Sama la kita kak. Aku pun dulu tulis kat mana-mana kertas yang aku jumpa, janji luah habis. Lepas tu buang. Kalau masa datang giler tu kat kelas, aku conteng buku nota kat muka surat akhir. Lepas tu hilang, buang. Tahun 1993, baru aku sedar betapa ruginya. Sejak itu, aku kumpul dalam buku.
Kemudian, ada sorang abang tu kata, setiap tulisan tu kalau diberikan tarikhnya, akan lebih bermakna, ada value. Jadi, aku pun letak tarikh mula tahun 1998. Betul katanya, bila sampai satu putaran masa, benda-benda yang kita tulis dulu akan jadi balik, menjadi releven semula...
Aku harap, Waterlily akan terus menulis, jangan berhenti. Kalau bukan untuk diri sendiri, mungkin untuk orang lain...(ini didedikasikan untuk entry kakak yg itu tu)

tasikmerah said...

aku ada percubaan nk menulis puisi diblog tapi aku syak budak2 ni akan gelak. haih~


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ala... bukan ke ngko dah tulis puisi tiga titik ' ...' dulu tu?
Punya la banyak org terjemah maksud yang dalam, aku pun naik jeles...

tasikmerah said...

hahahahahaha... itu puisi memain. kau tgk le... mcm shilake bebudak tu mengomen. ha ha.


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Shilake? Hahahahaha.....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com