.
Seminggu dua ni, aku perasan satu benda kat badan aku.
Dulu, masa aku sekolah-sekolah dulu, aku gemar berjalan ikut garisan. Maksud aku, bila berjalan, aku akan ikut garisan kat jalan raya atau apa-apa yang terhasil dari satu garis. Aku akan susun kedua-dua belah tapak kaki atas garisan itu. Ala-ala 'catwalk' gitu. Kepit habis...!
Jadi, bila dah remaja-dewasa macam ni, bila aku berjalan, kaki aku tak lah terlalu bersepah sana-sini. Bukan tak bersepah, cuma kurang bersepah.
Tapi.... Aku perasan sesuatu pada tangan-tangan aku ketika ia berayun, ketika aku berjalan. Tangan sebelah kanan aku kurang berayun daripada sebelah kiri!
Pada sesetengah orang benda-benda ni cuma remeh-temeh, tetapi bukan aku. Kalau secara fizikalnya, tangan akan berayun bila kita berjalan. Ia untuk mengimbangi kaki-kaki yang melangkah. Kalau secara fiziknya pula, hayunan tangan kanan adalah untuk mengimbangi momen yang terhasil dari hayunan kaki kiri dan begitu juga sebaliknya. Kalau tidak, batang tubuh kita akan terhuyung-hayang semasa berjalan.
Dan, kalau semuanya seimbang, badan kurang huyung-hayangnya dan hayunan tangan kanan akan sama tempo dan sesarannya dengan tangan kiri. Jadi, kalau tangan kanan aku kurang berayun daripada tangan kiri, maknanya ada sesuatu yang ganggu keseimbangan tu!
Adakah kaki-kaki aku dah tak sama panjang? Adakah aku dah tempang?
Atau tangan aku panjang sebelah? Tangan aku berat sebelah?
Semuanya mempengaruhi sesaran hayunan.
Adakah tulang belakang aku dah tak tegak? Otot pinggang dah cedera?
Segala-galanya mungkin.
Dan kamu semua patut perhatikan tanda-tanda ini.
Hmm...
Ooo... patut la.....
.
12 comments:
hmmm..
kamu ni apesal pulak..
dok buat cakap simbolik lagi ke atau cakap direct.
kalau kat alam akhirat orang laki jalan senget tu, aku boleh agak la sebab apa.
kat alam dunia..teman ni idak le gheti nak teka teka..
wasslam
Ashley,
Tak simbolik. Ini betul-betul. Bukan jalan senget-senget. Ni tangan hayun tak sama. Yang sebelah kiri hayun macam kawad, yang sebelah kanan hayun macam tak cukup tenaga je... haih.
something wrong with your brain bro?
otak sebelah kiri?
buat la pemeriksaan ngan doktor1
Ashley,
Takut...
Takut mengetahui kenyataan.
Takut menghadapi kenyataan.
Takut mengalami kenyataan.
Senang citer... akuyangakut lah... hehehe.
Tu sebab Tuhan hijabkan sesuatu dari kita agaknya. Kalau segalanya tersingkap, pecah gunung!
'Bidadari syurga jelmaan Dunia....
Akan ku jaga, seluruh jiwaku,
biarlah karam berdua, namun Kau tak kulepas, dari genggamanku...
isk..isk...
'Biarku lamar sahih diriMu, menjadi Ratu, beradu dalam pelukanku...'... isk...isk...
atau mungkin ada pemberat lain yg dah tak seimbang. hehehehe....
err.. tak de mende lah! hehehehe...
.
kenapa ni bang?
ishh... risau pulak aku haih~
.
TM,
Tatau la.
Ye la, setiap yang bermula akan berakhir...
hehehe kaki tgn pun leh bcelaru..igt minda je..ahaks
Princess,
Kalau jiwa, namanya jiwa kacau...hahaha
complicatednya kamu bang.
aku sakit otak.
dan aku cuba bayang kamu jalan kepit-kepit. maksud aku tak bersepah. kurang bersepah sebenarnya.
aku bayang kamu jalan kepit-kepit. haha!
Addy,
Auwww! Hahaha...
Post a Comment