Tuesday, April 14, 2009

Mao marah pun susah ooo...

Pagi tadi, aku ingat aku sorang je la yang terhimpit dek besi-besi waja yang gemerincing bingit dan berbau hangit. Asap-asap putih dan hitam mendesak-desak masuk ke lubang hidung, amat menyesakkan. Habis bau wangi BOSS disentap aromanya oleh asap diesel bas-bas kilang. Aku rasa, menghisap rokok jauh lebih selamat daripada menyedut asap-asap semua ni.


Apakan daya, kita kena banyak bersabar, kita pergi mencari rezeki. Aku tepuk-tepuk kuda api aku yang tersengguk-sengguk dan terbatuk-batuk. Aku pun. Lumrah orang seperti kita, hidupnya terhimpit dengan kemajuan. Hanyut dan rebah. Kita pengikut, kita duduk di belakang.

Bukan. Kita duduk di bawah. Hierarki paling bawah setiap pagi. Minah kilang yang dari Indon dan Nepal lebih bernasib baik kerana pergi dan pulangnya dijemput dan dihantar, dalam bas berhawa dingin, yang panas asapnya disemburkan kepada aku dan kuda api aku. Aku pasrah.


Sambil menunggu mata-mata jin bertukar warna, aku melihat kiri dan kanan aku. Aku terhimpit lagi. Tapi, dalam aku membuai perasaan, aku terlihat seekor kuda lagi di sebelah kiri aku. Kuda padi..!!!

Ya. Kuda Padi walau tak tinggi, walau tak sepantas mana, ianya amat mesra alam. Dan penunggangnya perlu bersenam bersama-sama kudanya. Lebih sihat. Aku hargai pemillik Kuda Padi itu yang berserban putih. Allo Bai!








.

7 comments:

SHIMI said...

apa mau marah bro
bangla dengan nepal dah naik kepala

AlamNasyrah said...

Setiap hari saya balik keje, bila sampai simpang nak belok masuk ke taman perumahan saya...saya akan nmpk seorg bro dgn baju kemeja dan seluar slacknya. Pastu dgn beg galas di belakang dan topi keledar di atas kepala sedang bawak Kuda Padinya menuju balik ke rumah. Walaupun tak berapa nak macho, tapi saya cukup respek dgn org yg begitu nature.

Saya terfikir jugak, sure rumah and ofis bro tu jarak sejengkal je. Haha..

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Aku tak marah dgn nepal dan bangla, aku geram kat bas-bas kilang....

AlamNasyrah,
Kita kena respek orang yang naik kuda padi walaupun kadang-kala boleh mengundang bahaya. Rumah aku jaraknya sejengkal lebih sikit, tapi risikonya tetap sama...

kakpah said...

aku dah lama tak naik kuda padi. agaknya akan semput kalau dicuba-cuba.

tasikmerah said...

aku kuda blom bela lagi. ingat nk kena bela juga le sekor. senang nk bergerak.


:)

xiiinam said...

Bro...
Bila-bila kita buat Le Tour de Chenderong Balai nak?

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Akak dah biasa kejor budak-budak keliling stadium, badan akak mesti fit punya, kan?


TM,
Aku pun belum ada kuda padi. Kuda aku sekarang kuda api, masih minum petrol. Aku cadang nak bela sekor juga la. Tapi... nanti dia orang konfius aku ni bangla...

CkLah,
Jom!

Cikgu tunggang, aku bonceng kat belakang. Aku tukang sorak kasi semangat, amacam? hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com