Sunday, April 12, 2009

Aku dah bunuh orang

Aku bermimpi semalam. Mimpi yang menyusahkan hati.

Image: bdnewslive.com


Aku, entah macam mana, ikut seorang lelaki dan seorang perempuan masuk ke dalam kereta separa mewah. Dia orang bawk aku ke sebuah rumah banglo yang kosong, kelihatan seperti penghuninya tiada di rumah.

Kami bertiga masuk ke dalam rumah itu setelah mengumpil pintunya, pintu dapur. Baru aku faham, dia orang nak curi barang-garang dalam rumah tu. Aku mula rasa tak sedap hati. Aku kata kat dia orang, ini kerja gila, kerja salah dan aku tak nak masuk campur. Dia orang ugut, aku dah terlibat bila aku dah setuju masuk kereta ikut dia orang, tak ada jalan keluar, kena teruskan. Eh, bila masa pulak aku setuju ikut dia orang ni?



Aku tengok dia orang selongkar ruang tamu, bilik tidur. Tugas aku cuma perhatikan kalau-kalau tuan rumah balik. Dalam 10 minit kemudian, aku terdengar bunyi enjin kereta. Sah! Tuan rumah dah balik. Bukan, anak tuan rumah yang balik. Dua lelaki remaja keluar dari kereta dan membuka kunci grill pintu.

Aku beri isyarat yang tuan rumah dah balik. Dia orang berdua turun ke bawah dan sembunyi di balik pintu. Kemudian, aku nampak kedua-duanya mengeluarkan sepucuk pistol. Aku dah galabah.

Bila dua remaja itu masuk, terus kena acu pistol. Pencuri yang lelaki itu campakkan pistolnya kepada aku, dia suruh aku acu pada salah seorang remaja tu, manakala yang perempuan mengacukan pistol pada seorang lagi remaja. Entah macam mana, anak tuan rumah tu cuba buat hero. Pencuri perempuan tu terus tembak, tepat kat kepala. Yang sorang lagi remaja tu tengok tepat pada aku. Perempuan tu desak aku tembak remaja itu sebab dia dah saksi.

Aku teragak-agak, perlu ke aku bunuh budak ni? Oleh kerana desakkan bertalu-talu, aku terus tarik picu dan 'BAM!!' remaja itu pun turut tergolek macam abangnya. Darah mengalir.



Kemudian, baru muncul perasaan takut, kalut. Para pencuri itu terus memaksa aku tarik salah satu mayat, ikut mereka, untuk dihumban ke dalam lubang pembentungan. Aku bagi isyarat supaya mereka tarik dulu dan aku ikut dari belakang. Perasaan aku tak keruan.

Baru terlintas pelbagai soalan, siapa tuan rumah tu? remaja tu anaknya? Siapa namanya? Masih belajar atau dah bekerja? Apa perasaan orang tuanya bila tahu anaknya kena bunuh? Dan aku sendiri tak pasti macam mana aku boleh terlibat sama. Dalam masa aku tertanya-tanya itulah dua buah kereta polis meluru masuk ke halaman rumah!

Serta-merta, baru aku teringat yang aku dah bunuh orang. Masa berjalan perlahan dan aku sempat bayangkan mahkamah dan tali gantung, sebelum aku perasan yang pistol masih berada dalam genggaman aku. Dua orang polis merempuh masuk dan terus mengacukan pistol ke arah aku.

Aku cuba lemparkan pistol aku jauh-jauh tapi sebelum sempat pistol yang aku lempar tu jatuh ke lantai, sebutir peluru telah keluar dari muncung pistol polis tu dan bergerak perlahan-lahan menuju ke dada aku. Segala-galanya amat perlahan sehinggakan aku sempat menoleh dan melihat peluru itu datang dan singgah ke dada aku. Aku terasa seperti kena tumbuk dan aku terdorong ke belakang, hilang imbangan.

Aku terjatuh, tapi semasa aku jatuh ke lantai, aku terbayangkan anak isteri aku. Aku terbayangkan saudara-saudara aku. Aku terbayangkan berita di dada akhbar esok hari.

Bila kepala aku cecah ke lantai, aku dapat rasakan dada aku berat. Sukar nak bernafas. Seperti ada seekor gajah menghempap dada. Aku cuba tarik nafas tapi tak dapat. Dan setiap kali aku cuba, terasa perit dan pedih menjalar hingga ke pangkal leher. Kemudian ke bahu, kemudian ke tangan. Muka aku terasa panas, disimbah darah aku sendiri.

Nafas aku masih tersekat. Kepala aku pening. Kaki aku longlai, lemah. Tangan aku pun sama, tak bermaya. Aku tak dengar apa-apa, terasa dunia ini amat sunyi. Teramat sunyi. Sebelum aku tutup mata aku, aku teringatkan Azilah dan Sirul Azhar, ya, aku tak tipu. Aku teringatkan mereka.


Aku terjaga dari tidur dan aku masih teringatkan mereka berdua. Jam pada handphone menunjukan pukul 5.38am. Dada aku berombak-ombak menarik nafas. Aku rasa, aku telah menahan nafas beberapa lama. Aku mengah sekejap. Aku bangun untuk minum segelas air di dapur.

Aku membunuh orang dan aku pula kena bunuh. Aku hargai saat-saat aku rebah itu, bukan senang nak rasa macam mana kena tembak kat dada.




.

11 comments:

aza ni said...

begitu menangkap kalbu, sehingga terlepas pandang ayat pertama.Boleh di bukukan dalam cerpen.Setiap susunan ayat membentuk satu fatamorgana di minda saya, seolah saya yang membunuh dan dibunuh.

SHIMI said...

dalam mimpi tak pe beb..

jangan betul2 dah la...
tapi apa makna yang tersirat disebaliknya

ASH said...

Hmmmmm hmmmmmm hmmmmmm
sebab susah gak nak nafsir mimpi yang penuh aksi ni..
keh keh keh..

ibundo said...

urutan cerita dalam mimpi kau cantik la. macam bukan mimpi je. mimpi akak selalunya lintang pukang. selalu cerita lain pulak yang interfrem.
.
.
kau tido tak basuh kaki. tak gosok gigi. tak amek air semayang. tak baca doa. sebab tu mimpi kau merapek meraban he..he..
ataupun mungkin sebelum tido kau memikirkan sesuatu atau seseorang yang kau tak suka terus terbawak-bawak dalam tido.
cewahhh.....

Nizam.Ariff said...

Azani,
AKu masih terasa bersalah sampai sekarang ni. Aku masih tertanya-tanya kenapa aku bunuh budak tu.

Shimi,
Dalam mimpi pun kira real pe... kita bukan tau yang kita tengah bermimpi. Everything was so real...

Ashley,
Kalau kat dalam '1001 tafsir mimpi' mimpi membunuh salah satu makhluk berjiwa alamatnya akan makan harta benda yang haram! Kalau mimpi kena tikam/bunuh sehingga mengeluarkan darah alamatnya akan terang hati. Musykil la, kalau dah terang hati, takkan aku makan harat haram?

Kakpah,
Memang. Kalau aku baca ayat kursyi sebelum tidur aku takkan akan bermimpi. Bila tak ada mimpi, terasa tidur aku kejap sangat, macam pejam celik je. Tak puas.
Bila ada mimpi baru best sikit, kadang-kadang mimpi yang seram-seram.

tasekM said...

mimpi itu sekadar mengingatkan bahawa apa yg kita lakukan terhadap org lain, kita akan menerima yg serupa juga.

sekian tilikan dr bomoh apam balik pintu 10 batu 2 setengah teluk ensen.

muahahahahaha....

kamu banyak sgt tgk tv tu bang.... :) tak ada mende tuuu...


.

Insyirah said...

dah mcm action movie. plot citer terlalu detail dan tersusun. sgt mustahil utk dipercayai. muahehehe..

addyaholix said...

kamu menyesal?
kamu insaf bang?
ada kamu buat laporan pada inspektor mazlan?
kalau belum, sila jalankan tanggunjawab pada negara.
jernihkan yang sedia keruh bang.

dan oh ya, lepas bangun minum air tu kamu sambung tidur atau terus subuh?

haha!

Nizam.Ariff said...

TM,
Mungkin kot, teringat cerita Azilah+Sirul...

AlamNasyrah,
percayalahhhh... bak kata Siti Nurhaliza. Sampai sekarang, aku masih terbayangkan penutup besi pembentungan tandas. Yang peliknya, penutup besi tu bulat bukan 4 segi yang selalu ada kat rumah. Dan yang lebih pelik, pembentung tu ada kat lantai 'porch', bukannya kat sebelah belakang dapur rumah...
Aku sepatutnya humban mayat tu dalam lubang najis tu...

Addy,
Aku bangun minum tu pun macam ngigau je... hahaha. Tapi, azan subuh mesti bangun sebab corong nye mengadap rumah aku. Surau pun sepelaung je...kawasan perumahan aku masih baru. Tak ramai lagi jemaah.

nurulz junior said...

saya pun pernah mimpi ditikam tp bukan sekali..
berturut2 la gk...
mimpi 2 buatkn sy tkut nk tdo...
pape pun kt doala pd Allah supaya djauhkan segala kesulitan

Nizam.Ariff said...

Nurulz,
Thanks........

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com