Saturday, April 4, 2009

Mari kita main masak-masak...

Jangan ingat senang nak masak lauk tu. Resepinya memang mudah tapi idea pembikinan resepi tu menjalani 'brainstorming' yang lama dan rumit! Kata orang, bukan puncak gunung itu yang penting, tapi perjalanan ke puncaknya, itu yang lebih penting.

Semuanya bermula apabila wujud beberapa masalah:
1. Asyik ikan goreng kosong je! kata Paku Payung.
2. Sabarla yang, pinggan mangkuk tak basuh lagi. kata Mama.

3. Kicap mana? Aku nak kicap buatan Zamani Hj Tamin. kata aku.

Wujud konflik sejagad. Aku perlu selesaikan konflik meja makan ni.


Menggunakan TRIZ, aku senaraikan prinsip-prinsip yang boleh dipakai. Mula-mula, kena setkan 'ideal goal'. Objektif yang prinsipal. Aku bermain-main dengan ayat kat atas:
> Ikan goreng yang tak kosong dan berkuah kicap dan tak perlu gunakan mangkuk!

Itu yang ideal. Menghampirinya pun kira ok. Takpe, kita buat ayat lagi:
> 'Ikan goreng' SHOULD 'ada kicap Zamani Hj. Tamin' BUT SHOULD NOT ' kena basuh mangkuk'.


Hah, konflik kat atas tu dah dapat didefinisikan. Seterusnya, aku buat analisa mengenai keadaan sekarang:
> Paku Payung tak suka ikan goreng kosong. Dia suka kalau dimasak towchoo, kari atau gulai lemak. Hmm... dia suka yang berkuah.
> Mama tak suka basuh pinggan mangkuk banyak-banyak. Letih berdiri, nanti nak 'perform' lagi ahaks!...

> Kicap! tak ada kompromi lagi... mesti ada kicap dan mesti pedas!


Kemudian, barulah kena korek prinsip-prinsip TRIZ untuk selesaikan konflik. Bila dah korek dalam-dalam, maka aku senaraikan prinsip-prinsip yang ada kena-mengena:
> Nesting, Intergration, Transform, Use Mediator, Rushing Through.


Penyelesaian pertama:



Ikan tu dipotong 'fillet' tapi tak sampai buang tulang. Lepas tu goreng gareng-gareng. Semasa menunggu ikan gareng, hiris bawang besar+cili besar+cili padi+tomato kecil. Gaulkan hirisan-hirisan tadi di dalam mangkuk guna tangan, tonggang kicap Tamin setengah botol, air asam dan sedikit gula. Bila ikan dah gareng, gaulkan sekali didalam mangkuk panas-panas. Walla..siap!

Untuk masalah Mama, takpe. Sayang punya pasal, kontrak masak lauk tu dah termasuk basuh mangkuk sekali.


Penyelesaian jangkamasa panjang:

Laen kali kalau masak, biarkan lauk dan sayur di dalam kuali kat dapur. Bila nak makan, buat stail 'buffet'. Ambil pinggan, bubuh nasik dan cedok lauk + sayur. Tak payah basuh banyak pinggan-mangkuk lagi....

Jom. Berani berubah?????




.

10 comments:

AZANI said...

Bernas!Mantap!Ampuh!Bakat MacGyver dalam diri anakmu asalnya adalah dari kamu,

addyaholix said...

kamu pandai masak bang?
kalau pon masin, mama tetap puji kan. haha!

bon nuit bang!

kakpah said...

kau pakai je la mangkuk kertas, pinggan kertas alah bagai. janji selesai guna, buang. tak yah susah-susah basuh. Kalau tak pun, kau orang bertiga makan je dalam kuali tu. letak periuk nasi atas meja, letak kuali atas meja. masuk nasik dalam kuali tu, bantai makan ngap..ngap.
kok tak pun, dalam kuali tu buat tiga bahagian.satu tuk kau, satu tuk paku payung, satu tuk mama. kau nak pedas, kau tenyeh cili api banyak-banyak kat bahagian kau tu. Paku payung nak kuah lebih, curah je air.
.
.
cehh!.. dasar pemalas. banyak la kau punya teori.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Hahaha...perli kut?

Addy,
Kalau dia ikhlas, dia komen.... selalunya memang dia komen, terlebih masin. Anyway, oleh kerana rumah aku sendiri, aku boleh eksperimen segala jenis masakan. Mak tak marah kalau hangus pun... hahaha

Kakpah,
Hmm... betul gak tu. Lain kali nak makan atas talam je la... macam nasi 'ambeng'. Semua curahkan kat atas tu, anyway, dalam perut akan bercampur jugak kan?... hehehe

addyaholix said...

nanti jemput aku pergi rumah. masak untuk aku bang. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
No problem, tapi nak ke kamu makan ikan goreng bercampur sambal kicap Tamin ? Tu je yang aku eksperimenkan buat masa ni.... hahaha

tasikmerah said...

main gaul2 je..? tukang masak pemalas kamu ni bang! ha ha. tapi tomato kecik tu mmg superb ok.

aku masak kari kambing. malam kami tak bulih tidur. panas.

ha ha.


.

Nizam.Ariff said...

Kari kambing memang le panas!

Kalau panas, abih kena le berkemban je. Kalau dah malam-malam berkemban, abih 'kene' le...err... ngko sambung sendiri le Tasek... hahahaha.

ashley said...

Aku ingat ko nak masak SIPUT sedut gulai TEMPOYAk..
ha ha ha..sekadar masak kicap jer??

ek alahaiiii...

aku makan kat kedai jer le ye Nizam.
Tak jadi nak pergi Shah Alam.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Resepi bukan penting, yang penting idea dan cara untuk menghasilkan resepi tu. Ini baru permulaan, nanti akan keluar le resepi yang pelik-pelik.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com