.
Tak sangka. Sungguh!
Sungguh cantik rupanya. Sungguh tenang melihat cahaya matahari pagi-pagi begini dari dalam bilik tidur, pada pagi Isnin.
Baru aku perasan, cahayanya berjaya masuk melalui kaca jendela dan menyimbahi lantai bilik tidur aku, pada pagi Isnin.
Baru aku tahu bahawa setiap hari bukan hanya bermula di pejabat, tetapi juga bermula di rumah, di bilik tidur aku, pada pagi Isnin.
Melihat burung-burung terbang dari jendela, menuju ke pokok Sena, berkicau riang pagi-pagi begini, pada pagi Isnin.
Eh! Paku Payung bermain dengan Jagad, pada pagi Isnin. Tak sekolah le tu...
Dan aku terus menaip di blog sini, hanya nak bagi tahu kepada semua yang betapa indahnya cahaya mentari pagi, kalau di lihat dari dalam rumah bersama-sama kicau burung di pokok Sena, pada pagi ISNIN...
Hanya pada pagi ISNIN.
.
11 comments:
selangor cuti ke hr ni? :)
.
TM,
Selangor tak cuti. Aku yang cuti...
Jom lah monteng beramai-ramai
sama lah
aku pung cuti (katogeri saja-saja)
hari aku amik alih tugas drebar van sekolah anak aku..
kau ponteng kerja.
aku ponteng cuti.
haha!
dari sisi aku, baik isnin, baik selasa, baik rabu, baik khamis, baik jumaat, baik sabtu, baik ahad. selalu saja indah.
cuma semalam asyik hujan. dua tiga kali aku lari keluar angkat baju takut basah.
Nizam.Ariff
Kau cuti hari Senin je, aku dah cuti dari hari Senin 9 February,2009.Sampai naik muak dan lemak.
Shimi,
Itu tak masuk kira sebab kena keluar dari bilik tidur. Tengok cahaya matahari dari luar tak aci... kecuali kalau sekolah anak kamu tu sessi petang, yang tu kira la..
Addy,
Kamu tu rasa indah-indah belaka sebab sekeliling kamu semuanya indah. Ada bunga-bungaan ke? hehehe... Pasal baju kau tu, biar la hujan tolong bilaskan baju kamu, dia pun nak menunjukkan yang dia masih berguna dan memberi keriangan kat kau, macam zaman kanak-kanak dulu, main hujan. Kita dah besar dan kita tak sepatutnya tak suka kat hujan, dia mesti sedih...
Azani,
Tu sebabnya, yang indah cuma pada pagi Isnin. Kalau tiap-tiap pagi, lain pulak perasaannya...ingat, hanya pada pagi Isnin. Dan bang, walau dah duduk kat rumah lama, mesti kamu rasa pagi Isnin tu special, tak macam pagi-pagi lainnya.. ye la, sebelum ni kan ke dah keje lama...
Nizam,
Akak hari isnin biasa biasa jer..
Ponteng atau tidak, mungkin agak sama!
Suami akak akan lebih CERIA bila pagi JUMAAT..
ye la...
selalunya ada sujud TILAWAH waktu solat Subuh.....kan kan kan??
............
Ashley,
Hish... akak ni. Baru hari ISnin. Jauh sungguh pandangan akak. Atau itukah namanya forward planning? Atau keazaman untuk memberikan yang terbaik pada penghulu segala hari...? Aku kerap jugak sujud sahwi... hahaha... takpe-takpe, yg penting ada keazaman untuk menjadi lebih baik...
apalah ertinya memonteng bg yg bekerja sendiri.. hehehe...
kerja duit masuk. ponteng sendiri mau hingat le... hehehe..
.
Errr...selama ni ko tak pernah bkak tingkap pepagi ke bro...he..he..he..
Aku tetap gi sekolah jugak hari ni, meskipun doktor bagi mc.....boleh biul aku dok rumah sensorang..boleh mati tertekan aku kalau sehari tak bercakap dengan memurid aku...he..he..
TM,
Nasib baik aku cuti gaji jalan...
Atau ko jeles kat aku? hehehe.. tak pe, esok aku kena outstation seharian, balik mesti penat...esok pulak, giliran ko ponteng...
CkLah,
Tingkap bukak, langsir je yang tutup. Malu orang tengok kite tlanjang... hahaha.
Aku ponteng sebab si Paku Payung ni cirit-birit. Semalam dia makan chicken rice claypot kat Giant Shah Alam. Kesian kat dia, aku pun tumpang lepak sekali, memandangkan ada alasan yang kukuh, lagi pun cuti byk lagi....
Post a Comment