Monday, April 20, 2009

Rintihan seorang [kononnya] bakal pelajar veteren

.


Aku rasa aku nak belajar lagi. Baru tergerak hati nak sambung. Itu pun bila kengkawan bagi semangat. Kawan kata ada course baru, baiiikkk punye.... Aku rasa pun mungkin setahun dua ni masa senggang tu ada atau boleh dibuat-buat ada.

Tapi, entah kenapa, aku nak register on-line tak dapat-dapat. Minggu lepas masih boleh lagi tapi aku tak pasti yang mana satu course yang kawan aku kata tu. Jadi, aku tutup balik nak tanya dia dulu. Bila dah konfem, aku cuba berkali-kali sehari dua ni tapi on-line application form tak keluar-keluar. Cis, download you-tube lagi cepat dari nak download application form tu.


Tak sudi nak terima aku ke? Aku ni dah tua sangat ke nak belajar balik?
Aku nak belajar pun tak kasi. Tapi, keluar iklan macam-macam.
Dah tutup new application ke?
Tapi sessi Julai lambat lagi, kalau aku hantar sekarang tak boleh ke?
Takkan nak register pun sampai 5 -6 bulan?
Course tu pun bukannya femes lagi, mesti tak ramai punye.
Takkan dia rela kelas dia cuma 5-6 orang je?
Kalau aku masuk lambat dan terlepas 2-3 kelas pun tak pe la...
Aku catch-up le nanti dan aku still bayar full punye...

Tak nak duit ke dia orang ni? Aparaa....


Ni yang luntur semangat nak sambung belajar balik ni...




.

10 comments:

SHIMI said...

go..go.go bro
tapi ko nak amik course ape eekkk

masak memasak

hegira said...

ok saya support!

boleh kita belajar samasama!

AZANI said...

teruskan perjuangan bro

AlamNasyrah said...

saya sokong!! belajar ni...sampai bila pun tak abis. So, belajar la selagi bleh belajar. Nnt otak dah karat mcm saya ni...nak belajar apapun dah tak masuk! Kuangkuangkuang...

Ermm...tapi saya rasa musykil, course apa tu sheikh nak amik? Course apa yg tak femes?

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Aku memang nak go-go-go, tapi dah tutup pencalonan bulan Feb hari tu. Masalahnya, aku baru tau bulan ni... takkan tak boleh masuk lagi?

Alina,
Kalau dapat masuk, aku nak duduk sebelah ko boleh? ... hik hik hik

Azani,
Berjuang terus berjuang, tapi sebab aku dah kerja lama, dah stable, aku belajar sebab minat je... dan nak isi masa lapang. Kalau pasal kerja, tempat aku ni tak recognise sangat walau ada PhD. Yang penting, boleh buat keje ke tak...

AlamNasyrah,
Alaaa... apa ke namanya tu...
Engineering Management by coursework ... ke cursed work.. hahaha

tasikmerah said...

kalau dah tutup tak pe. tunggu next intake pulak ok. tak kan lari gunung di kejar. he he.

go bro!

.

AZANI said...

ye betul takkan lari gunung dikejar hilang jkabus tampaklah ia, itu dulu,
sekarang ni tak boleh, hilang aja kabus gunung pun gondol kena tarah

Nizam.Ariff said...

TM,
Nak jadik pioneer...
Analoginya, nak jadi bini pertama... hahaha

Azani,
Aku sokong. Hilang kabus terbit terang... kene tarah. hahaha..

ashley said...

alahai...alahai..
umur ko berapa? 37?
hmmmmmm..okay la tu. dah la anak sorang.

Ada makcik jiran rumah aku ni, bila anak anak dah habis keluar dari rumah, dia mendalami bahasa Arab sampai pergi ke SYRIA.

Pergi suami isteri pulak tu..
hah! amacam?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ok. tambah semangat ni. Kalau terlepas pun julai intake, aku nak ambik januari intake pulak...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com