Tuesday, April 21, 2009

Trying to be nice...

Dua hari ni aku training/lepak kat Kota Permai yang permai. Angin menghembus agak kencang dan tak henti-henti, tapi kering. Aku cuba terima realiti musim kering dah tiba, walau malam tadi ribut menguak daun tingkap bilik aku luas-luas, angin menderu, sungguh gemuruh.



Lepas lunch, aku menapak pulang ke training room yang terletak di tingkat atas di Kota Permai Golf & Country Club itu. Dalam perjalan itu, aku disapa oleh seorang makcik yang berumur, aku agak, dalam lingkungan 60an. Dia menjinjing satu beg kertas yang sederhana besar.

Dia tanya aku, kat mana bilik WAGA? Aku tak faham pelat dia. Dia ulang 2-3 kali tapi aku masih tak faham. Oleh kerana waktu lunch, aku syak dia dah tersesat dari group dia, jadi aku tanya sama ada dia nak cari tempat makan. Dia kata ya, jadi aku tunjukkan restoran yang banyak meja bulat tu. Dia tengok tapi dia kata tak ada perkataan WAGA. Aku masih tak faham WAGA tu amenda. Aku tanya dia datang dari mana, dia kata dari Australia.

kemudian aku teringat, di sebelah bilik training aku ada satu bilik yang penuh dengan meja bulat yang diatur macam meja makan. Jadi, aku ajak dia naik ke atas. Aku terus berjalan tapi beberapa langkah lepas tu aku berhenti. Aku tunggu makcik Australia tu. Walau dia jalan terkedek-kedek, tak manis tinggalkan orang tua yang kelaparan berjalan sorang, nanti kalau dia ragut rumput kat tepi kaki lima, nyesal pulak aku...


Dalam terkedek-kedek tu, aku sempat bersembang sedikit sebanyak, saja melayan kerenah makcik tua. Dia tanya, kat situ ada bilik untuk bermalam? Aku cakap aku tak tau sebab aku datang training, aku tak keje kat situ. Dia tanya lagi, dah berapa lama kelab ni wujud? Aku pun tak tau jugak. Kemudian, hati aku terfikir, inilah agaknya akibat terlalu anti-sosial...



Semasa mendaki tangga, aku sebagai lelaki macho, offer untuk angkat beg dia yang nampak agak berat, jadi dia boleh gunakan kedua-dua tangannya untuk pegang handrail. Aku ada terfikir nak pimpin tangan dia tapi aku takut dia ingat aku nak ambik kesempatan pulak...

Dia kata tak perlu angkatkan beg dia. Aku rasa mungkin beg duit dia ada dalam tu, serta merta tumbuh tanduk kat kepala sekejap. Kemudian dia kata " ...but it would be nice if you could carry me upstair. Bla... bla...bla..."

Mak aiii... walau badan makcik tu pendek tapi dia gempal. Boleh rebeh lutut aku. Kalau aku cerita kat mama yang lutut aku rebeh sebab dukung makcik tua kat Kelab Golf tu, sampai kiamat pun dia akan percaya! Mesti dia ingat aku dah 'tet-tet' dengan pelayan fitness center ...



Aku ketawa buat-buat, anggap yang dia cuba melawak tapi dalam hati aku cuak jugak kalau-kalau dia minta betul-betul dukung dia...

Jadi, aku temankan dia mendaki tangga, setapak demi setapak. Bila sampai di atas, ada dua orang pakcik saleh sambut tangan makcik tu. Makcik tu ceritakan offer aku tadi kat dua orang pakcik tu. Dia orang ketawa berdekah-dekah!


'Setan betul...' , dalam hati aku...




.

12 comments:

Yana Ismail said...

ceh sabo jelah..apa lah depa ni ;P

aza ni said...

Mungkin dia kata Vangge kot, kah kah kah

tasekM said...

kih kih kih kih...

eleh.... dah makcik tu tua. ko tak nk la dukung dia. cuba ank dara. sampai bilik pun ko sanggup dukung, kan?

hehehehehehehe...

:p




.

Nizam.Ariff said...

Princess,
Dia nyakat aku kut.... tapi, kerlingan pakcik-pakcik saleh tu yang tak tahan. Dia ketawakan aku semacam, seolah-olah aku ni lelaki tak berguna yang tak nak tolong wanita warga tua...

Azani,
WAGA tu nama tour group dia, dia datang satu bas... dia tercicir kut sebab teran lama kat tandas kut... hahaha

TM,
Eh, apsal ko tau nih?
Kamu buleh hidu hati aku ye...
Kalau anak dara, aku bukan gendong darling. Aku peluk dia depan-berdepan.. Muaaaahahahahhaaks..

Anonymous said...

ha..ha..ha..
kan dah terkena.. kena ngumpat depen2 lagi...

ASH said...

You were trying to be nice, my dear..
then it was good enough..
ngeh ngeh ngeh ngeh..
but i still bersubahat meng gelak kan ko..

Nizam.Ariff said...

Anon,
Tak pe, dia ngumpat aku dapat pahla...

Ashley,
Kesian le kat aku kak...
Tapi kan, kalau aku angkat makcik tu lagi kesian kat aku... bayangkan tangan aku yang mulus ni terpaksa menyentuh dan menolak bon*** makcik tu yang penuih berlemak dan menggelebeh... ternoda i tau... hahaha

Insyirah said...

aiii...dah tolong org pun still nak ungkit². udah² le tu. buat susut pahala je... ;p

Yana Ismail said...

ish ish..tk baik kan..sabar ek!

haha komen kak tasik tak blh blah;P

Nizam.Ariff said...

AlamNasyrah,
Aku tak tolong apa-apa pun. Aku cuma layan sembang dia je, tentang cuaca, tentang angin, tentang panas, tentang kelab tu... kalau aku nak dapat pahala pun sebab dia orang kutuk aku....

Princess,
Kak Tasek memang camtu... dia memang boleh baca hati orang.
Psstt... aku balas komen kamu ni pun nanti dia komen yang ntah-hape-hape-ntah... hahaha

addyaholix said...

sejuk perot ibu mengandung. ke makcik tu ada anak dara lawa? haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Ntah le, tak nampak pulak.
Tapi, kalau ada mesti cun melecun punye... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com