Thursday, May 28, 2009

Cahaya lagi... dan lagi

.

Salah satu bab dalam fizika moden, masa sekolah menengah dulu, ialah cahaya. Biasan, serakkan, pantulan, spektrum dan macam macam lagi yang aku dah pun lupa.


Suatu pagi tu agak panas. Bukan cuaca tetapi suasananya. Pagi itu, cikgu tu bercerita tentang cahaya lagi. Kali ini tentang spektrum cahaya. Aku mengaku, aku minat sangat lebih-lebih lagi aku pernah baca terjemahan Surah An-Nur.

Cikgu kata, dalam spektrum cahaya tampak, jarak gelombang paling pendek dan paling panjang yang boleh dilihat oleh mata kasar ialah warna merah dan warna biru.

Gelombang cahaya kalau bertemu dengan gelombang lain akan berubah ciri-cirinya, dari segi jarak dan halajunya. Seperti gelombang pembina dan gelombang pembinasa kut. Tak kisahlah apa pun tapi cikgu cakap, cahaya yang putih itu bukan putih sebenarnya. Mata kita yang tak dapat mentafsirkan atau membezakan beza gelombang-gelombang yang ada menyebabkan mata kita nampak cahaya itu putih. Sedangkan, cahaya putih itu terdiri dari pelbagai warna. Cikgu pun ambil prisma dan letakkan depan satu lampu sorot. Terbentanglah cahaya pelangi. Nah! Cikgu kata. Prisma ini memberikan contrast gelombang, kini mata kita boleh nampak kepelbagaian warna di dalamnya. Maknanya selama ini mata kita menipu?


Kemudian, kalau kita campurkan warna, akan wujud warna lain. Warna asas adalah biru, merah dan kuning. Kalau campur ketiga-tiga warna asas itu akan wujud warna putih. Tambah cikgu tu lagi.

Kemudian, aku tanya cikgu tu, kalau salah satu warna itu dicampur dengan warna putih, apa akan jadi? Cikgu kata, warna putih akan dominan. Yang kelihatan tetap putih.

Aku fikir sekejap. Kemudian aku cakap, tak mungkin jadi putih.

Kali ini cikgu tu pulak yang berfikir sejenak. Kemudian dia kata, memang akan jadi putih. Cikgu tu tanya aku balik, kenapa aku cakap tak jadi warna putih.


Aku kata, kalau macam tu kenapa aku nampak cikgu pakai baju warna merah? Kenapa aku nampak rumput warna hijau? Dan yang terpenting, kenapa lampu isyarat menunjukkan 3 warna? Bukankah hukum fizik sepatutnya setuju dengan aturan alam?

Cikgu tu diam sejenak. Lepas tu baru dia sedar. Ianya tentang intensity. Kalau warna hijau lebih intense, hijau lah jadinya. Akhirnya dia setuju dengan aku.



Kesimpulannya, jangan percaya dengan mata zahir kita ini. Kerana apa pun yang kita nampak, akhirnya otaklah yang mentafsirkannya. Dan kita hanya nampak apa yang otak kita mahu kita nampak.





.

17 comments:

xiiinam said...

Aku suka imbasan cahaya pelangi.........

xiiinam said...

Aku suka cahaya permata....

xiiinam said...

.....dan berlian juga!!!

xiiinam said...

....setakat suka ajelah....
baik pelangi...
baik permata....
baik berlian...



semua aku tak punya...

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Diamonds are forever...
Impian setiap wanita.
Tapi, kalau difikirkan secara mendalam, berlian tu bukan ada apa-apa. Ia serakkan cahaya sahaja dan dari situ kita nampak kilauannya. Sedangkan cahaya kilauan itu itu bersumber dari tempat lain.

Hah! baik kita beli matahari kerana ia yang berikan cahaya siang. Ok. Aku akan belikan cahaya matahari buat cikgu... hehehe

ashley said...

pembetulan..
warna primer ialah merah, biru, kuning.
sekunder pula
1)hijau : biru yang dicampur kuning
2)oren : merah yang ditambah kuning
3)ungu : merah yang ditambah biru
50/50

terdapat 7 warna pelangi
merah,oren,kuning,hijau,biru,indigo dan ungu..
putih terdiri daripada semua gabungan 7 warna ini..

he he he sekadar tambahan

sebab itu apabila ianya diserakkan oleh prisma itu maka cahaya putih tadi akan mengeluarkan sekurang kurangnya 7 warna pelangi ini..

he he he..juga sekadar tambahan

kalau dalam campuran warna..
guna water colour..
ambik hijau tambah putih..maka akan cair lah hijau itu jadi hijau muda..tambah lagi putih makin cair..jadi lite lite gitu hijaunya..tambah lagi dan tambah lagi dan tambah lagi warna putih..maka hijau akan hilang dan yang tinggal hanyalah putih..

BETUI GAK LA cikgu kamu cakap..sebab puth telah menelan HIJAU..
ha ha ha..BERSATU hijau dalam pekatnya putih itu maka menjadilah ianya putih....

macamana wujudnya hitam lak?
he he he..
kita tanya cikgooden.

AZANI said...

aku ingat lagi cikgu aku suruh ingat warna pelangi dengan sebut satu frasa.
Richard red
of orange
york yellow
goes green
to turqoise
battle blue
in indigo
vain violet

arsaili said...

salam...sungguh tak minat physic ahahaha

Insyirah said...

Errr...pening kejap. Sapu minyak angin dulu.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku pun tak sure, tu sebab aku letak (?). Aku tanya Paku Payung malam tadi, dia dah kata Kuning. Tapi aku was-was sebab aku merujuk kepada TV warna, dia guna warna hijau sbg warna asas ke tiga. Thanks for sharing.

Warna hitam tak de cahaya la kut. Tapi, kalau water color nak dapat warna hitam camne yek?

Azani,
aku dah tak ingat. Tak silap aku, dulu aku guna huruf pertama setiap perkataan dan bina ayat lain, macam Jadual Berkala Kimia moden tu..

Arsaili,
Salam.
Fizik ni sebenarnya ilmu mengetahui seni bina dan hukum-hukum alam. Lebih kurang macam nak memahami alam ciptaan Tuhan je. Tapi masalahnya, kalau manusia dah dapat tahu rahsia alam, dia selalunya akan guna ke arah kemusnahan '... melakukan kerosakan di muka bumi ini dgn tangan-tangan kamu sendiri...'(dan seterusnya).


Insyirah,
Bau minyak hangen tu tembus sampai sini la... hahaha

tasikmerah said...

err... cahaya mata masuk dalam senarai tak? muahahaha...


:p



.

Princess Liyana said...

Suka tgk pelangi!ahaks.me?btol 2.otak yg tafsirkn smua.huhu.kna fikr dlm2la g2.ahaha

Nizam.Ariff said...

TM,
Mata bercahaya pun boleh masuk gak...


Princess,
Jangan fikir dalam sangat...

Pyanhabib said...

selamat hari jumaat.

Nizam.Ariff said...

Pyanhabib,
Salam Hari Jumaat juga... ;)

ashley said...

Walaupun dalam fizik kita ada dok bincang bagaimana terjadinya warna warna pada pelangi..tapi yang pasti dan best dia tetap indah. dan kalau tengok pelangi dari kaki langit tu,dia tetap melengkung..tak pernah aku tengok pelangi cam zig zag ker..

he he he..

Apakah itu lengkungan itu bukti kukuh mengatakan matahari itu juga sfera?

Kilat jadi zig zag ..kenapa lak ye?
errr..amende yang lompat lompat?

ohhh dah terang dulu rasanya kan..
cam lupo ler...

Nizam.Ariff said...

ashley,
Matahari sfera, rintik-rintik air yang jatuh pun sfera. biasannya sfera. maka melengkung lah ia. Tapi kat, kenapa ia melengkung separuh je? mana pegi separuh lagi? kecuali dalam kes Halo, pelanginya sfera..

Kilat menjamah apa yang dia nak jamah. Kilat ada makanannya. Tak boleh nak agak dia nak jamah apa, Tuhan je yang tahu....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com