Wednesday, May 27, 2009

Masih kisah di asrama.... dulu

.

Masih kisah di asrama. Dulu-dulu. Lama dulu. Masa tu aku di tingkatan 2. Orang kata, kaki bukit Maxwell ni keras. Pakcik sekebun bunga pun kata memang keras sebab banyak batu. Aku selalu juga mimpi yang bukan-bukan. Salah satunya seperti ini (ini mimpi sebenar yang aku masih ingat hingga kini).



Pagi itu sudah tua. Matahari sudah segalah, aku agak, sebab terselindung di balik Maxwell Hill yang tersergam hijau. Pagi itu pagi sabtu dan ada kelas tambahan di satu-satunya dewan kuliah yang ada. Selainnya adalah kelas seperti biasa. Setelah tamat kelas tambahan, aku keluar ikut jalan belakang untuk ke sungai kecil yang mengalirkan air dari gunung. Banyak batu-batu besar di situ dan aku bercadang untuk duduk-duduk sambil berangan-angan...

Setelah sampai, aku perasan ada beberapa makhluk sedang terbongkok-bongkok di tepi sungai kecil tu. Mereka perasankan aku dan mereka semua menoleh ke arah aku. Aku lihat gigi mereka tajam-tajam. Aku pun terus cabut, langkah beribu-ribu.

Aku berlari ke arah Dewan Besar dan aku masuk ke bilik persalinan @ tandas di tepi tennis court. Tujuan aku untuk sembunyi. Aku masuk ke salah satu tandas dan kunci. Kemudian, aku terdengar seseorang tarik flush tandas, maknanya ada orang di sebelah. Aku pun buka pintu dan keluar dari tandas itu. Malang nya, tiada sesiapa pun.

Dan lebih malang lagi, aku lihat ada satu makhluk hodoh setinggi manusia sedang berdiri sambil tangannya memegang kepala orang yang terpenggal dari badan. Dia sedang makan daging pipi orang tu! Aku pun cabut lari, keluar dari bilik persalinan itu menuju ke asrama.


Sesampai di tangga asrama, aku dengar bunyi kecoh di tingkat atas, tingkat bilik aku. Aku pun naik cepat-cepat. Setibanya aku di pintu masuk tingkat atas (pintu surau. Sesape yang pernah ke MRSM, design asrama lebih kurang sama je) aku terkejut tapi aku dah agak semasa ke berlari ke sini tadi.



Darah tersimbah merata-rata. Lantai koridor penuh dengan darah merah yang masih cair. Sepanjang-panjang koridor itu! Dan beberapa cebisan tubuh manusia bersepah di sini-sana. Aku agak, semua warga sekolah telah mati dibunuh makhluk-makhluk ganas dan kejam tu.

Aku berjalan ke bilik aku namun langkah aku amat longlai kerana aku tahu harapan untuk aku selamat amat tipis. Jadi, aku pasrah. Aku menapak berhati-hati di koridor yang lantainya licin dek darah merah cair tu. Sesampai aku ke bilik, aku nampak roomate aku (masa form 2 aku ada roomate. Form 5 baru duduk sorang-sorang) yang pada masa tu form 3 (Sarawakian) sedang duduk di atas katilnya sambil berlunjur kaki. Dia tengok sahaja aku masuk dan letakkan buku. Matanya tak berkelip pun.

Aku biarkan sahaja. Aku pura-pura tak perasankan dia. Aku tarik selimut, aku tinggikan bantal dan aku labuhkan badan aku di atas katil, membelakangi roomate aku. Aku tarik selimut perlahan-lahan dari kaki sehingga menutup kepala aku. Aku tahu apa yang akan berlaku. Aku tahu itu bukan dia.

Kemudian, aku terasa sesuatu menusuk dari belakang bahagian toraks (aku mengiring). Mula-mula tu terasa sejuk. Tak lama kemudian, rasa sejuk itu menjadi pedih, dan bertambah pedih. Nafas aku tarik semakin panjang, tak puas bernafas. Aku tarik nafas lebih panjang tapi masih tak puas, macam lelah. Kemudian aku terasa pening dan sedikit khayal. Pedih mula menjalar ke seluruh tubuh. Dan aku rasakan selimut aku semakin berat, basah.

Kemudian, selimut aku direntap ganas. Tapi aku tak mampu buka mata aku seluas yang mungkin. Aku terlalu lemah, terlalu sakit. Tiada suara untuk menjerit atau apa pun. Aku tahu, inilah masanya...






Dan aku terjaga. Aku rasa aku terpengaruh dengan cerita 'House Beside Cemetery'. Ada sesapa yang ingat lagi filem tu?




.

9 comments:

ashley said...

Ni cerita Stephen King versi Melayu ke Nizam?

errr aku tak tau pilem tu..

Time aku, ada cerita 'Happy Birthday to Me'..'Phantazm'..'Omen'..
itu cerita cerita thriller dan spooky yang biasa ditayangkan di sekolah aku..

"WAYANG PACAK"

kakpah said...

aku tabik spring la dengan mimpi2 ko. Semua jalan cerita baagus je. Tak de simpang sior langsung.

Insyirah said...

Saya tak pernah lagi jumpa org yg bleh mimpi detail gila seperti bro. Jalan citer, mak aihhh...mengalahkan filem-filem box-office. Salute betul la.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
House Beside Cemetery tu dia orang tayang kat sekolah, pakai TV besau. Masuk kena bayar 50sen. Biasanya, persatuan-persatuan pelajar yang buat untuk kutip duit tabung persatuan.


Kakpah,
Aku masih boleh terbau hanyir darah di dorm tu kak.... eeee...
Ada simpang siur. Mimpi tu panjang tapi tak le tulis semua. Aku ambik scene yang utama je. Ada 3: di tepi sungai, di dalam tandas dan di dorm. Then aku buat connections. In between tu ada scene aku jumpa kawan-kawan dan aweks-aweks tapi dah lupa apa perbualannya, ada juga aku nampak orang luar yang aku tak kenal, mungkin mak-bapak budak-budak tu kut...


Insyirah,
Detailing up tu bukan seperti mimpi. Itu dramatisasi. Aku cuma ingat gambaran dalam mimpi tu. Aku bayangkan dan aku ceritakan apa yag aku nampak. Kalau kamu suruh aku ceritakan balik gambaran tu, sure detail dia lain sikit. Tapi, gambaran itu tetap sama: Makhluk pelik, darah, hanyir, kalut dan pasrah, sesak nafas, sakit dan...

tasikmerah said...

apa jadah pulak aku yg dub-dab dub-dab nih... haih...

bang, apa kata ko jadi pengarah filem pulak lepas nih...

he he.



.

AZANI said...

Nizam.A:baca entri kau ni banyak mencetuskan inspirasi dan ingatan kepada apa yang pernah aku alami juga mimpi,kadang kadang rasa macam apa kau mimpi tu macam dejavu bagi aku, walaupun tak sebiji tapi iras irasnya ada.Bertuah siapa yang mengenali engkau.

Nizam.Ariff said...

TM,
Dub dab Dub Dab...
Ada lagi mimpi-mimpi yang pelik-pelik tapi tak sepanjang yang ini. Nanti aku ceritakan satu-satu...


Azani,
Ntah le. Apa yang dapat feedback, orang yang kenal aku kata aku pelik. Yang menyesal kenal aku pun ada... hahaha

ashley said...

Kisah kisah mimpi ko ni buat aku terpikir..

apakah mungkin....??
.
.
aaahhhh
.
.
'Mungkin nanti...'

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Cakap separuh ni la yang laaaaagi seram... aku rasa apa yang akak fikir tu betul jugak. Atau mungkin juga ..... ahhhh!

'mungkin nanti...'





.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com