Tuesday, May 5, 2009

Sunyi tanpa teman...

.

Tadi aku cuti. Aku duduk rumah sensorang. Bertemankan Jagad yang bila dia tengok aku baring atas 'kerusi malas', dia pun tidur kat lantai. Bila aku tengok dia, dia pun panggongkan kepalanya. Aku letakkan kepala, dia pun rebahkan kepalanya semula.


Badan aku masih tak selesa. Nak kata demam bukan, nak kata sihat tak juga. Tapi lemah. Sesekali, badan aku bergegar akibat batuk. Bila begitu, Jagad akan panggongkan kepalanya. Sunyi tanpa Paku Payung, sunyi tanpa Mama.

'Attention, SMS'
Bergegar handphone aku.


'... kasut terpijak najis anjing... busuk ... buanglah... boleh?'
Mesej panjang lebar dari Mama.

'Ok' jawab aku ringkas.


Dah sampai masanya kasut Mama ditukar agaknya...



.

11 comments:

ashley said...

he he he....
KALAU AKU, beli jer! tak yah BERKABAU!

AZANI said...

Nizam.Ariff:payah Malaysia ni kalau tak booby trap anjing,kucing, kalau kat kampung tu kambing, lembu, ayam, itik punya.Tapi kalau kat paya mengkuang yang bapak booby trap.payah-payah.

kakpah said...

Ceita: Aku baru beli vitara. Siang beli, malam pi dengar ceramah. Masa balik ada kawan suami numpang. Masa dia masuk busuk satu kereta dengan bau taik kucing. Rupanya kat tapak kasut dia berselepet dengan taik kucing. Habis kereta baru aku. Hangen gak lah.

Kau ni pulak hangen kus kus tak abis-abis lagi ke.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Alaaa...saja je dia nak manje-manje tu... hehehe

Azani,
Aku pun benci jugak kat najis lembu kat tengah jalan raya. Nak langgar karang habis terpalit-terpelanting. Nak elak karang langgar kereta depan...

Kakpah,
Bab tu yang aku pun menyampah. Aku pernah jugak macam tu, cuma bukan najis kucing tapi air udang bocor dari plastik dan meresap ke karpet kereta. Sembur febreez pun tak jalan...

Hangin belum reda lagi. Pagi ni pun aku ambik cuti lagi. Bangun pagi tadi kepala masih pening lagi.

tasikmerah said...

ashley, tu maknanya mama beli nizam bayau! hehehehe...

mama, warna hitam satu... putih satu... cekelat satu... biru satu...

hehehehe....



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Maksud ko, kasut warna belang-belang sepasang yek?.. HAHAHAHA

AlamNasyrah said...

alahai...manjanya. nak buang kasut pun tanya husband dulu. comelnya isteri awk ek.

kalau saya, rasanya dah tak de dah nak tanya² dulu. buang and terus beli kasut baru, then baru bagi tahu kat husband. muahehehe... ;p

Nizam.Ariff said...

AlamNasyrah,
Dia nak tau hukum kasut terkena najis mughalazah...

addyaholix said...

cutenya mama. nak buang kasut pon tanya kau bang. haha!

ashley said...

TM,
kalau aku,sental credit card dia!
tapi....
alahai kasut aku bukan beli kat KLCC..
kasut cop cakwa..beli pun kat billion..
duit sendiri pun okay per..

Nizam.Ariff said...

Addy,
Org kata, aku pun cute juge... hehehe

Ashley,
Sental buleh tapi cukup bulan bayor sendiri... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com