Friday, May 1, 2009

Zaman siber yang begitu-begini...

.

~ panas petang + traffic yang lesu = bosan ~
~ masing-masing melayan perasaan, kami diam, topik dah abis masa di Senawang tadi ~
~ kami membisu sehingga susur keluar Simpang Ampat ~




"Abah tau tak, tak boleh makan seafood kalau ambil vitamin C "
Kata Paku Payung sambil jarinya mengetuk-ngetuk dashboard, tanda bosan.
~ diam ~

"Abah tau tak, seafood bagus untuk sperma"
~ diam ~

"Abah tau tak, ular taipan adalah antara ular yang paling berbisa di dunia"
~ diam ~

" Abah tau tak, jenama Colgate berasal dari cerita lucah ... Cue"
~ diam ~

"Abah tau tak, Orang Parsi kuno anggap mayat itu tak suci, najis"
~ diam ~

"Abah tau tak, Orang Parsi kuno tak tanam mayat"
~ diam ~

"Abah tau tak, penganut agama Sikh percaya tak ada syurga, tak ada neraka"
~ diam ~
........... sepi lagi...
..... ???


" Lagi ? " tetiba Mama bersuara.
"Sekejap, tengah SEARCH dalam kepala ni..." kata Paku Payung. Aku tersenyum.

"Abah tau tak, air panas lebih berat dari air sejuk"
"Terbalik dari udara pulak? " kata Mama.
~ diam ~

"Lagi? " Mama
"Sekejap, tengah search... "

"Abah tau tak, ada satu mesin memasak burger yang boleh diletak kat ekzos kereta"

Hah!??? Tang ni aku dah blur. Aku kata, ekzos kereta mana cukup panas nak masak daging burger. Letak kat down-pipe pulak tak praktikal. Kalau letak kat dalam engine room pun cuma boleh panaskan sayur dan hotdog je. Nak masak burger?? Walau pun suhu dalam enjin boleh cecah 700 Celcius tapi suhu dalam engine room tak boleh cecah 100 Celcius. Kalau tak, abih la air kat washer tank dan condenser tank menggelegak, kering.

"Hahahahahaaaa...." tetiba Paku Payung ketawa mengekek. Aku toleh ke sebelah. Aku tengok tangan Mama cuba nak tarik telinga Paku Payung. Aku tanya Mama, kenapa pulak tu?

"Nak scan otaknya dengan antivirus. Kalau tak worm, mesti ada trojan nih..."







Kami selamat sampai di Nyalas pukul 4.30pm.

.

16 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

selamat bercuti...


virus ka spam dok dalam pala paku payung?..ahakkks!

AZANI said...

selamat bercuti: jangan lupa kena ikan bakar serkam.

SHIMI said...

tu la pasal
apasal lu pakai antivirus pirate

gua syak lu kena reformat balik beb

tasikmerah said...

pandai paku payung nih.... :)

jom kita pergi zoo! hehehehe... menarik tak ajakan aku ni bang....? hehehehe...

:p



.

prettyrain said...

bijak la paku payung ni.
rajin membaca ke atau tgk kt astro?
tp cmne dpt idea pasl ekzos tu?

mushkil.
hehe.

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Salam. Aku syak spyware dah menusuk masuk. Masa Mama dia nak kutil telinganya, dia kata 'disconnected... disconnected'... hahaha

Azani,
Menu pertama tengah hari di sini... dua ekor ayam kampung muda belia, buat sup dan digoreng panas-panas... peehhhh! Kalau setakat ayam kampung di restoran Bukit Puchong tu, berbelas tiang tepon aku tinggalkan la... hahaha

Shimi,
Shhh... pirate pun pirate la... hahaha

TM,
Zoo???
Ko nak intai badak beromen lagi yek? Hari tu ko tak puas tengok ke? hahaha. Aku tak plan apa-apa lagi. Kalau ada pun nak g ke Koboi, beli barang persiapan kawen... adik ipar aku...

Prettyrain,
Salam. Fakta-fakta tu diambil dari Mastika, majalah-majalah misteri, majalah-majalah mama dia, selebihnya dari Astro Discovery. Tu sebab aku diam je bila dia cakap. Tapi, bab ekzos tu aku pun musykil... mungkin dari mythbusters kot.

Precious said...

budak2 zaman cyber. pandai banget ... cute!

Nizam.Ariff said...

Precious,
Tak sama dengan zaman bapaknya...segala-galanya tenang dan lambet...

alang said...

hahaha. Adoiya. Sempoi artikel ni. Cuma, abahnya hanya diam membisu je?

kakpah said...

abah diam membisu sebab berangan. Perlukan sesuatu untuk memecahkan angan-angan itu. pandai paku payung bagi statement yang membuka mata abah.. hehe..

addyaholix said...

entri ni buat aku gelak sorang-sorang time tengah-tengah malam macam ni bang. untuk makluman sekarang jam 415 pagi. haha!

paku payung ikut jejak kamu bang? bijak bijak. kita minum dulu!! =)

mama scan jumpa virus apa dalam kepala paku payung? haha!

Nizam.Ariff said...

Alang,
Salam. Mata aku fokus kat jalan raya. Aku diam sebab ayat tu ayat pernyataan, bukan ayat tanya.. hahaha

Kakpah,
Ye la tu... hehehe

Addy,
Tak sempat nak scan. CPU lari sana-sini... hahaha
415??? Isnin syif malam ke hape ni?

xiiinam said...

...kena update antivirus ni...he..eh...he...eh....

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Nak hapdet virus selsema khinzir, ada tak? hehehe

addyaholix said...

saya bukan kerja shif. titik!

Nizam.Ariff said...

addy,
Hahahaha...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com