Wednesday, April 2, 2014

Hikayat Terung Pipit

.

Kenal pokok ini? Aku panggil Terung Pipit. Ada juga yang panggil Terung Belanda.





Amat jarang-jarang orang menanamnya. Apatah lagi jika mahu dibuat sayur.

Walau pun keluarga aku diantara orang-orang yang gemar memakannya, aku tak pernah nampak Emak atau Bapak menyemai dan menanamnya di rumah. Semuanya tumbuh sendiri. Mungkin dengan bantuan burung yang memencarkan biji benihnya.

Ramai yang kata buahnya digunakan sebagai peluru pistol mainan semasa kecil-kecil dulu tapi walau pun aku pernah bermain pistol-pistol semasa kecil-kecil dulu, aku tak ingat aku pernah gunakan buah sebagai peluru. Aku guna peluru lain... biasanya tangkai daun ubi kayu.

Dalam menerapkan nilai gizi-gizi pemakanan semasa aku masih kanak-kanak riang yang comel dulu, Emak pernah kata bahawa Terung Pipit itu mampu merawat kecacingan. Entah iya entah tidak tapi aku memakannya kerana semasa bermain-main biasanya aku tak berkasut...orang kata anak cacing masuk ikut kaki. Demi menyayangi perut yang tidak mahu kelihatan buncit akibat cacing, aku memakannya walau pun rasanya bukanlah sesedap mana pun.


Kini...

Sehingga kini aku tidak pernah menanam pokok Terung Pipit tapi aku masih memakannya. Satu resepi sahaja yang aku tahu, dan ianya resepi keluarga, iaitu Sambal Tahun. Terung pipit ini dimasak Towchoo yang dicampurkan dengan cili burung yang teramat banyak. Kadang-kadang dimasukkan juga ikan pari masin. Kenapa namanya Sambal Tahun? Kerana untuk menghabiskannya memakan masa (walau pun tidak setahun)...sebab kepedasannya yang melampaui batas keazaman manusia normal. Sebenarnya, Terung Pipit itu masih tidak sesedap mana pun.

Itulah dia...

Walau pun kita suka memakannya tapi tidak pernah pula menanamnya. Namun apabila tiada, dicari pula. Kalaulah aku jadi Terung Pipit, aku ajak semua teman-teman agar pupuskan diri dari persada dunia agar tiada manusia dapat menikmati lagi...sambil mengatakan " padan dengan muka mereka ".




.




13 comments:

Irfa said...

kg akak pggil 'terung manggo'
dan ia adalah feveret kami adik beradik, mak buat sambal pakai cili padi campur budu,daun kesum, bunga kantan..perghhhhhhhhhhh layan

Unknown said...

aku memang buat peluru pistol kayu masa kecik dulu..hahaha.. along yg ajar.. tak pernah tau pun orang makan buah tu.. teruk gila..haha

tasekM said...

aku tak pernah masak.
makan pernah kot..?


.

Nizam.Ariff said...

irfa.
Haaaa? complete recipe tuuu... hahaha


Rai,
Paling tidak pun direbus untuk diulamkan dengan sambal belacan.... cer cuba.


TasekM,
Ah.. ko! Nak kata beranak kat KLCC, tak juga...
Takkan tak tau? Dulu kita pernah main kejar2 masa kecik.. ingat tak dulu aku pernah lastik ko? Aku guna buah itu la... takkanlah aku guna putik deroyan... keh keh keh

Dr K said...

so, rumusannya..terung ni mmg bukan utk masakan? cuma orang2 yang rare aja yg makan? :P

Nizam.Ariff said...

DaddyZ,
Nampak gayanya macam itulah... hanya utk orang yang 'rare' dan 'dare' je...

Kniedaz said...

kalau mak aku masak, samada wat sambal macam ko cakap tu, atau buat sambal macam ko cakap tu tapi buh santan..
skang betul rare...susah nak cari...

Nizam.Ariff said...

Ahmad Izuddin,
wuih... senang je...

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
kat pasar-pasar kampong masih ada... tapi kalau ada Tanah, elok ditanam sepokok...

LydSunshine said...

sbb tu la ko bukan terung pipit. ko ada plan jahat terhadap selera manusia.

Nizam.Ariff said...

LyDS,
hahaha.. tuduhannnnn....

Su @ Aya said...

aku rasa org teganu tak reti mkn terung pipit ni. aku tgk berlambk ada tumbuh merata tepi jalan. aku pernh mkn dulu, masa gi lumut, mak kawan aku celur dan mkn ngan nasi cicah sambal.

aku ingt, nak ajar la org teganu mkn terung pipit ni. hehe..

Nizam.Ariff said...

SU,
kena gaya masaknya, dia org akan makan.... cuba la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com