Wednesday, June 17, 2009

Aku, wanita itu, katil kecil dan RM100...

.

Hari itu, jiwa aku sedikit gundah. Langit sedikit cerah namun cukup untuk aku rasa bahangnya. Atau mungkin bahang itu datang dari dalam hati. Keliru. Gelisah. Lalu, aku pacu kuda api aku ke ATM terdekat. Aku keluarkan sedikit wang. Aku belek-belek wang itu. Cukup rasanya, aku meneka.


Berbekalkan sedikit wang yang ada, aku menuju ke bangunan kedai 3 tingkat berderetan, yang kurang meriah. Kurang sambutan mungkin, menyebabkan sedikit sangat peniaga yang menyewa bangunan-bangunan di situ. Kurang terurus. Terbiar

Di satu lot perniagaan di situ, aku terus menuju ke kaunter. Ada seorang wanita bertanyakan hajat aku ke situ. Aku ceritakan hajat aku. Aku tanya jumlah bayarannya. RM100 sahaja. Semua sekali? Ya, semua sekali, tak mahal, katanya.



Wanita itu suruh aku ke bilik belakang. Nanti, dia akan suruh temannya menjemput aku masuk. Tapi sebelum itu, aku perlu ke tandas. Selang beberapa minit, pintu bilik itu terbuka. Seorang wanita muda menjengah keluar sambil tersenyum. Dia gamit aku agar cepat masuk ke bilik belakang itu. Aku berdebar-debar. Perlukah aku lakukan semua ini. Aku raba-raba kocek aku. Dompet duit aku membuatkan ianya sedikit terbonjol. Ah! Dah sampai ke sini, teruskan je lah.


Tanpa fikir panjang, aku masuk. Bilik itu sejuk. Ada sebuah katil kecil yang kemas di satu sudut bilik itu. Katil yang siap di alas dengan getah atau plastik. Mungkin wanita itu tak mahu katil itu comot nanti, aku agak. Wanita tadi entah menyelinap ke mana. Aku termanggu-manggu keseorangan. Takut ada, malu pun ada. Ah!


Kemudian, wanita tadi masuk dari pintu kecil dari bilik sebelah. Aku tak mahu tahu pasal pelanggan di bilik sebelah. Ah! Biarkanlah.


Aku disuruhnya tanggalkan baju. Aku akur. Aku gentel butang baju satu persatu mulai yang teratas. Aku teringat tasbih yang aku gentel. Ah! Tiba-tiba tasbih itu *plop* hilang. Tiba dibutang terakhir, rasa serba salah kembali menyucuk. Ah! Pedulikan, aku tak perlu malu. Bukan ada sesiapa di dalam bilik. Aku londehkan tali pinggang. Aku letak handphone, rokok dan dompet di atas meja kecil yang disediakan. Tali pinggang juga.

Aku sangkutkan baju aku di paku pada dinding. Kemudian, dia suruh aku berdiri tegak. Wow! Aksi jenis apa ni? Dia juga suruh aku letakkan tangan aku pada pinggang. Mungkin cara aku salah, aku akui dia lebih berpengalaman. Maklumlah, mungkin hari-hari dia buat. Dia pegang tangan aku dan tolong letakkannya pada tempat yang betul. Aku tersenyum.

Kemudian, wanita tadi suruh aku tarik nafas dalam-dalam dan berdiri rapat...... Ah!


Berdua-duaan di dalam bilik itu. Aku dan wanita itu. Dan katil sejuk di satu sudut. Kesemuanya hanya RM100!


Ah!
.

.

.

.

.

.

.




.


.

17 comments:

AZANI said...

Kau buat Xray ke bro?amacam result ok tak?Dalam bilik x ray pun ada katil, ini sure klinik 24 jam, tempat tidur nurse atau doktor shift malam.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Betul. Klinik 24jam. Aku tengok x-ray tu ok je. Tapi itu aku yg tengok... hehehe

ashley said...

Agak agak badan ko nak kena belah tak? tebuk lubang?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Tak perlu. Badan masih utuh... hahaha

SHIMI said...

ko pasal apa plak bro nak kena xray
ha..ha.. memang mengancam jiwa ko punya entri...

mesti si tasik rasa tercabar

ashley said...

TM,
Dak Nizam sengaja buat jejaka lain kecur air lior.. dan hati mereka debor debor..

ha ha ha..

aku dah ariff ngan aktiviti Dak Nizam nih.

Insyirah said...

Walaupun result x-ray tu ok...tapi saya rasa mcm nak belah je badan bro. Tak pun, tebuk lubang kat tengkorak kepala tu. Entri...kemain lagi ye.

tasikmerah said...

kak ashley, jejaka lain berdebor2 tu aku tak heran tapi aku yg berdebor2 nih.. apa jadahnya pulak. muahahahaha...

:p




.

tasikmerah said...

x-ray segala nih... mesti angkara nak sambung blajor ni kan...?

:)

ni la org laki... asal berdua2an je... mesti dapat ilham macam2. muahahaha...

:p



.

Water Lily said...

Aisseh berdebor ja. Ingat nak report ke mama je tdai haha!

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

buat medical check-up nak masuk U ke bang?..alahai, aku dah khabor ha, nanti kau pening2 senak pala, jgn salahkan aku, tak khabor..

ha ha ha....tahniah, selamat belajar semula.

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Aku ceritakan yg benar belaka. Tapi, gaya penulisan tu yg mendeborkan agaknya... haha

Ashley,
Alaa... shhh... jgn le citer kat org lain... hehehe

Insyirah,
Errr... anda tersipu-sipu menahan malu? welcome to men's world ...hahahaa

TM,
AKU DAH AGAK DAH!!!!
Ko memang senang berdebor, sikit-sikit berdebor! Hahaha

TM,
Ilham memang selalu datang semasa bersunyi-sunyian... hehehe

Waterlily,
Nak reportkan mendenya... no. hphone Mama tak ada... hahaha


Cikgooden,
Ya. Terima kasih, aku ingat amaran awal tsunami tu. Kawan aku pun berdebor jugak, macam tak jadi daftar je sabtu ni...
You jump, I jump, aku kata kat dia... hahahaha

Alina said...

erm.

paling tak suka buat medikal cek-ap

Nizam.Ariff said...

Alina,
Esp buat x-ray kan? kan? Aku paham...
Hahaha

addyaholix said...

cis dah agak dah bang!

mula-mula baca memang macam excited. tapi aku ingatkan diri sendiri yang ni blog bang nizam. jadi aku berlagak kool macam biasa. sebab aku tau dah gaya tulisan ko bang. buang karan kalau excited lebih-lebih pon. haha!

padelkopak said...

kami sudah tahu trick kamu.kalau yang tidak elok itu mana mungkin kamu mahu bercerita.hatta berkongsi pun tidak sanggup rasanya...

Nizam.Ariff said...

Addy,
Alamak. Kena tukar taktik le...

Padelkopak,
Hahahahaha... aku rasa, kalau aku tak letak gambar tu mungkin lain sikit ceritanya.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com