.
Cahaya
Kata empunya kalam
Indah malam kerana bulan
Terang cahaya empunya bukan
Cahaya indah cuma pinjaman
Kata mentari
Terang cahaya bukan kupunya
Terangnya ia silaukan mata
Sembunyilah cahaya atas cahaya
Cahaya rahsia di balik rahsia.
[12 /3 / 2002]
Selagi Bernama Manusia
Namanya saja manusia
Tak sudah-sudah menyoal
Ghairah mencari jawapan
Berahi menyelak akal apa
yang telah ditabirkan
Dan berahi ghairah itu musnah
apabila akhirnya temui kebenaran.
Di sinilah
Apabila nyata itu mendakap sukma
resah berselangan rindu
Ketahuilah
inilah perjalanannya yang akhir.
Di sinilah
Apabila nyata cinta itu menjelma
perindu dan dirindui bersatu
Ketahuilah
perjalanannya pun berakhir.
[4/2/2003]
.
7 comments:
fuiyo...
lu pandai bersajak rupanya beb..
sikit punya lama lu simpan lu punya karya
tak faham...sori naa..
Shimi,
Tu sajak ke? bukanla... itu catatan dalam diari elektronik...
Cikgooden,
Ooo... fikiran konsentret nak blajar balik kan? aku faham, aku faham ... hehehe
jenuh nak faham.
errr... kalau aku tanya je terus apa maksudnya bulih tak....? he he.
.
TM,
Tak boleh sebab jawapannya aku kena terangkan secara bersemuka dgn kamu paling kurang 5 jam! Percayalah, penerangan itu lebih panjang dari ini. Aku dah ringkaskan penerangan menjadi bait-bait tu...
Ko nak aku terangkan ke?(alasan) hehehe
5 jam terus menerus ke bulih stop stop. kalau 5 jam straight payah juga sebab aku 2 jam sekali nk terkencing! (alasan juga)
hahahaha....
:p
TM,
Tak stop-stop nanti hilang momentum. Nak mula balik, dah lupa lak... (alasan) hehehe
Post a Comment