Wednesday, June 24, 2009

Ustazah kata, cakap bohong berdosa

.


Pagi tadi ada woksyop di Kota Permai. Malam semalam aku balik pukul 10pm untuk bantu buat persiapan mana yang patut. Pagi tadi, aturcara bermula seawal 8.30am, dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh MD.


Pagi tadi aku bersiap lebih cepat, lebih awal. Selepas hantar Paku Payung ke sekolah awam, aku bergegas ke rumah untuk bersarapan. Roti dan telur separa masak. Aku perlu keluar awal sikit. Kuda api aku perlu berlari pantas ke Kota Permai. Tak jauh, 15 minit kuda berlari je.


Semasa nak tutup pintu, aku terlihat Jagad sedang lepak di tubir luar tingkap cermin (window panes). Alamak! Aku tak mahu peristiwa Jagad jatuh setinggi 23 kaki berulang. Aku masuk semula. Aku panggil namanya. Aku pujuk supaya dia masuk.


Dulu, aku pegang kakinya menyebabkan jagad terkejut dan jatuh. Jadi, aku tak berani nak pegang dia. Aku baling permainannya atas lantai supaya dia kejar tapi tak ada respons. Jagad lebih suka dibuai angin pagi yang bertiup nyaman sambil melihat matahari pagi yang merah-kuning dibalik pucuk pokok. Jagad lebih suka itu.


Dah dekat 15 minit mencuba segala pujuk rayu, aku kehabisan ihktiar. Telefon berdecit-decit. Mama kata, ambik bungkusan makanannya dan goncang-goncang kemudian panggil namanya. Ah! Mama memang seorang yang benar-benar memahami kami!

Aku buat seperti yang di suruh. Ada respons tapi Jagad U-turn kat tubir selebar tapak tangan itu! Siap menari tango lagi tu. Rasa nak luruh semua bulu kaki aku dibuatnya. Jagad oh Jagad. Seperti kata Mama, Jagad akhirnya turun dari tingkap dan meluru ke arah aku. Cepat-cepat aku tutup tingkap. Tapi, jam dah menunjukkan 8.00am!


Aku cambuk kuda api aku sampai mengerang kepanasan. Sesampai di Kota Permai, jam menunjukkan 8.20am. Masih berbaki 10 minit lagi tapi para peserta dan MD sedang minum jamuan awal pagi. Aku tarik nafas lega.


'Semalam kata nak datang awal, kenapa baru sampai?'
Program Manager tegur aku. Apa aku nak jawab????




" Kucing tak nak masuk rumah. Kena pujuk dia masuk dulu. "


Boleh ke dia percaya?







.

13 comments:

Alina said...

First!

Tak apa kucing jatuh tempat tinggi. dia kan ada 9 nyawa.

ke, dia dah 9 kali jatuh??

AZANI said...

aku teringat kisah Saidina Ali, semasa ditanya pleh kepala penyamun, mana harta yang disembunyikan ketua kabilah,Saidina Ali kata, ini di bawah jerami ni,tapi ketua penyamun tak percaya, maka selamatlah harta ketua kabilah itu.

kakpah said...

cakap yang benar. terpulanglah orang nak percaya ke tidak. kadang orang lebih suka mendengar cerita rekaan walaupun tak benar.

Insyirah said...

Percaya atau tidak, tu citer lain. Takut kena gelak je kalau bagi alasan itu. Muahaha. Padahal memang itupun sebabnya sampai lewat.

Nizam.Ariff said...

Alina,
Tahniah!
Dia baru jatuh sekali. Masih ada 8 nyawa lagi. Tapi, aku tak pasti cukup ke tak sebab dia masih budak lagi. Bila dah meningkat remaja, mungkin tak cukup untuk menampung 10 kali jatuh cinta....


Azani,
Sebenarnya, aku tak jawab pertanyaan manager tu. Aku senyum je. Aku tak tahu apa nak cakap... hehehe


Kakpah,
Kalau aku cerita pun macam tak logik. Aku diam je...


Insyirah,
Aku pun syak macam tu. Lebih-lebih lagi orang ramai kat situ. Takut dia orang gelak kat aku secara berjemaah, mana aku nak letak muka...

tasikmerah said...

aku pun setuju dgn semua. cakap je yg betul. nk percaya atau tidak belakang kira. :)



.

tasikmerah said...

ooo... takut kena gelak... tapi kalu kitorg yg gelak ko tak kisah, kan...?

kikiki...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku tak kisah kerana korang semua memahami aku... hehehe

addyaholix said...

kau kan biasa menipu bang. jadi menipu atau tak, rasanya takde beza. dia tetap takkan percaya. haha!

kau memang biasa menipu kan bang nizam? =)

addyaholix said...

dan aku mula bayang jagad menari tango. komfem cun!

ROSA said...

hi there..
nice story..

ashley said...

pstt..
gamaknya kalau Ustazah ko tu menghadapi situasi yang sama..
cam mana le dia cakap kan..

ustaz lak cakap bohomng sunat tk per..especially kalau nak dirikan mesejid satu lagi..ha ha ha

Nizam.Ariff said...

Addy,
Aku tak tipu, aku bermuslihat je... hahaha

Addy,
Menari tanggo satu kaki, kejap undur kejap ke depan... tergeliat buku lali wooo

Rosa,
hi there too

Ashley,
Aku rasa ustazah tu pun terkulat-kulat kalau nak jawab hahaha...

Kak Ashley, apasal blog akak dah ada pintu pagar lak? Aku nak masuk tak boleh sebab tak jadi quorum blog akak lagi.... kasi le kunci pagar tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com