Thursday, June 25, 2009

Terkenang semasa dulu, hati ku...

.

Entah macam mana, secara teknikalnya aku teringat kawan-kawan asrama, secara taktikalnya sejak aku jumpa doktor minggu lalu, lalu aku terfikir untuk tulis ini. Mungkin sebagai motivasi, mungkin juga sebagai peringatan diri.


MRSM pada asalnya adalah untuk anak-anak Melayu yang susah, Melayu kampung macam aku ni. Jadi sebahagian besar pelajar-pelajarnya adalah dari kampung atau pekan kecil. Mungkin dalam 20% adalah anak-anak dari golongan pertengahan seperti pegawai kerajaan dan cikgu-cikgu. Paling ramai dari golongan ini adalah anak-anak pegawai MARA. Ada juga anak duta dan ahli politik terselit sorang dua. Tapi, rata-rata adalah anak kampung seperti aku yang diberi peluang untuk belajar.


Pada masa aku dulu, penerapan nilai-nilai keMelayuan dan kenegaraan amat tebal. Pada masa itu hanya ada 11 MRSM, setiap negeri ada satu kecuali Melaka ada dua (Jasin dan Terendak) dan kecuali Selangor yang tak ada. Saingan kepada MRSM ialah Sekolah Sains dan beberapa sekolah ternama individu seperti Takyah, Izuddin (di Perak) dan lain lain negeri, yang tak ada rangkaian setiap negeri macam MRSM atau sekolah Sains.


Dan waktu itu, MRSM menggunakan sistem semester. Ada Dean List, ada minggu aktiviti, ada graduasi. Cikgu kata sebab nak terapkan sebagai-mana sistem Universiti atau kolej. Cikgu-cikgu semuanya berijazah. Mana yang Master menjadi ketua Jabatan. Itulah peluang yang MARA beri kepada anak kampung seperti aku. Dan aku dapat biasiswa dari form 1, sampai matriks, sampai ke U tapi satu sen pun aku tak perlu bayar.


Cikgu bahasa inggerisnya memang panas-panas diterbangkan dari UK atau US tapi orang Melayu, cakap Melayu pun masih pelat-pelat kelat. Nafas masih berbau keju dan bawang putih. Dekat 6 bulan baru nafas berbau belacan keluar balik.



Antara anak kampung yang belajar saing aku ialah Awisul. Aku ingatkan akulah anak kampung yang paling susah sampai menjadi inferiti-kompleks. Rupa-rupanya dia lebih susah daripada aku. Tapi, dia tak ada perasaan macasm aku, perasaan anti-sosial. Dia berkawan seperti biasa dengan semua orang dan orang lain pun begitu. Tapi, aku ni kawan-kawan pandang macam pelik semacam tapi aku tak tau apa yang peliknya. Aku kawan dengan semua tapi bila dah melepak 5-6 orang aku jadi tak selesa dan aku blah cari port lain.


Pada mulanya, aku tak tahu Awisul itu orang yang susah jadi kadang-kadang aku ajak outing ke pekan Taiping. Selalunya dia tolak, dia nak ulangkaji katanya. Akhirnya ada kawan lain yang lebih rapat dengannya ceritakan, baru aku terkedu. Bila dah tahu, aku lebih berhati-hati kalau bersembang. Ada juga aku bagi buku dan beberapa helai baju untuk dia pakai. Baju-baju yang aku dah tak nak pakai. Dan dia terima dengan gembira dan mengucap syukur. Itu membuatkan aku terkesima dan aku jadikan dia sebagai idola pemberi semangat untuk aku.


Sebelum itu, dalam minggu orientasi form 1, aku kenali apa itu homesick. Selama seminggu itu, aku tulis cerpen pertama bertajuk 'Hujan Malam' dalam buku tulis Yayasan Sabah pemberian abang aku yang pada masa itu dia mengajar di Pamol, Sabah. Aku ingat itu.


Dan pada akhir form 1, aku berikan cerpen itu kepada Awisul. Sebelum kami berpisah selepas form 5, dia masih teringatkan cerpen 'Hujan Malam' tulisan aku tu. Memang kuat ingatannya.


Dan sekarang? Dia adalah seorang Doktor dan kalau tak silap aku, sekarang ni dia dah jadi specialist. Itulah, tuah ayam nampak di kepak, untung nasib orang cuma Tuhan yang tahu.







.

20 comments:

ASH said...

Syabas awisol dan kawannnya Dak Nizam.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Dia antara org yang berhati cekal yang aku kenali...

Kak, bila nak kasi kunci pagar? atau tak nak kasi aku masuk blog akak?

Cikgooden said...

hang pun seorang budak yang cekal dan tabah....tabik, brader.

Bila nak mai balik Taiping...jika ke sana, sungguh, hang ada sorang lagi kawan yang duk di batu Kurau, tgh melangut jaga derian, yg minggu depan nak balik bangi, dan senakkan kepala dia semula..nak mai mesej na..

Ashley:..aku pun nak tanya...bila pandai kunci2 pintu rumah?..nak masuk jengok pun tak leh..

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Hang dah nak mai sini, baik aku tunggu hang kat sini ja...

Kak Ashley tengah renovate rumah dia kut... Aku ingat aku sorang ja yg tak bleh masuk, hang pun ropanya. Sebelum tu asyik ada error ja tapi boleh masuk lagi...

ASH said...

Nizam dan cikgooden,
Aku tengah sedih..
Biarlah aku lepaskan kemurungan aku ni dulu.

RASAnya cam nak masuk dalam washing mesin pun ada gak.
ha ha ha..

penyakit orang tua kut..

sebenarnya aku buka gak pintu pagar sekali sekala..time aku depan komputer..
pastu aku kunci balik..

sekarang ni banyak kawag!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Maih citer kat aku. Boleh kita nangis sama-sama kalau perlu. Kalau tak, kita boleh ketawakan atas kemurungan itu, juga sama-sama...

ASH said...

Kesakitan aku tidak ada apa apa jika dibandingkan dengan sakit ko tu, Dik.

Aku sebenarnya risau juga ngan diri engko..

tiba tiba entah kenapa aku jadi manusia penyayang pulak...

aku sepatutnya manusia KEJAM, dik!
ha ha ha..

ASH said...

pssstt..
apasal ada orang panggel ko DINO?
cam dinosour lak..

banyak nye komen aku..
mesti dak addy jeles ni!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Panjang ceritanya...
Ada sipi-sipi gengsterisme sikit... hahaha

Tak de lah. Senior yg kasik nama. Nama senior tu Rino. Dulu, zaman asrama. Lekat sampai U.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Yey! kak ashley sayang kat kite!
Addy musti jeles.... hahaha

ASH said...

ha ha ha..
memang le Dak Nizam ni perasan!

okay dah..
aku nak chow dulu..
apehal memalam Jumaat dok depan laptop pulak kan?!!

errr..
BTW antibiotik ko dah telan ke belum tu??

...musti Dak Azani pun jeles ni..

sebab tak tanya dia dah telan antibiotik ke tidak..

aza ni said...

sedih juga aku baca ni,terkenang kawan kawan yang berjaya,aku sorang saja dak..

ashley aku tak telan antibiotik aku telan coversyl..

ASH said...

azani,
selamat bangun pagi dan tela pills lagi!

Insyirah said...

Alhamdulilah.

Bro pun berjaya juga seperti kawan bro. Injinyor...kategori bidang profesional seperti doktor juga :)

ibundo said...

cerita ko ni mengingatkan akak pada cerita husband. dia pun orang susah sesangat. masuk mckk baru tahu apa itu tissue. mula-mula tengok siap tanya lagi tisu tu untuk apa. lagi, bila ada kawan ofer mertabak dilahapnya sungguh-sungguh sebab tak pernah tengok dan tak pernah rasa.

ashley, aku rasa macam nak ketuk-ketuk pala hang sebab tak bagi masuk rumah.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku telan 'antibiotik' cap Orang Kampung' je. Jadilah, asal ada...

Azani,
Semua org boleh panjat gunung tapi tak semua dapat sampai ke puncak!
Semua yang dipuncak gunung boleh turun tapi tak semua boleh turun dengan selamat!

Ashley,
Aik? Awal pagi dah ngadap komputer?

Insyirah,
Kejayaan bukan sahaja diukur dari situ. Banyak lagi kayu ukur lain dari itu yang perlu dilihat.

Kakpah,
Ashley tengah Uzlah kat gua.
Sebab dia kata ada banyak 'kawag'..

mroslij said...

mat dino, awat nama&crita aku tak masok? aku pun org susah jugak. ayah aku&family timba telaga bendang, dapat ikan keli,haruan,sepat,puyu & jual dapat $100..duit tu la dia bg kat aku utk bayar yuran kat mrsm taiping tu. awisul tu aku tak tau pulak dia org susah, susah sangat ka? aku masih menuntut gambar hang lani. mai la sent kat aku...kalau pun hang malu attach kat blog hang. apala..

tasekM said...

ppsttt... korang. aku terlepas juga masuk rumah kak ashley smlm. he he.



.

tasekM said...

nizam, rino tu badak yek...? hi hi. patut panggil la pussy cat ke. baru la kiut, kan...?

kikiki...

:p

Nizam.Ariff said...

Ulik,
Awisul tu lebih susah dari kita berdua, itu aku pasti. Asalnya, aku ada citer pasal hang tapi aku padam balik. Tak dak cerita yg baik-baik, asyik cerita koleksi lagu-lagu hantu hang, itu pun bukannya ori. Semuanya rakan kat kompleks, lepas tu suruh aku main gitar... hahaha. Gambar? ko pejamkan mata ko rapat-rpat, ko ingat balik rupa aku masa form 5. Camtu la, aku tak berubah... caye? hahaha


TM,
Camne boleh lepas? kamu ada VIP pass kut...

TM,
Shhh... Rino tu suka tikam org. Kalau cakap kuat-kat nanti dia dengor... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com