Saturday, June 20, 2009

Layan baaeeekkk punya!

.


Chasiman. Pertemuan kami tak berakhir di restoran itu, pada malam itu.

Entah macam mana, kami bertiga (nama kawan ketiga tak boleh didedah dan nama timangannya pula boleh menyentuh sensitiviti perkauman, maaf) mengimbau insiden-insiden silam yang kebanyakkannya lawak-lawak belaka.

Lawak sekarang ni tapi pada masa tu amat serius dan 'berdebor-debor', bak kata Tasek Merah dan Alina Abdullah.




Lebih kurang pukul 10.30pm, masing-masing hantar isteri dan anak pulang. Malam Jumaat tu kami bertiga ada misi yang perlu dijalankan. Ya, malam Jumaat yang sungguh-sungguh Jumaat!

Malam Jumaat itu, pada pukul 11.30pm, kami bertiga berjumpa semula untuk ini:





Kata Tok Guru Nik Aziz, bersnooker adalah riadhah. Kata Chasiman, kita patut buat kelainan kali ini ' kita tujah benda lain pulak ' katanya. Maka, kami beriadhah malam-malam Jumaat itu, hingga pukul 2.00am, tujah menujah bola-bola warna-warni.


Aku cuak juga bila kawan ketiga itu cakap, dalam tempat snooker itu ada 'mesin kuda'. Karang tak pasal-pasal kena cekup masuk Black Maria, muka masuk Harian Metro dengan mata yang diblind-hitamkan. Kes naya tu.


Aku tak faham dengan mereka yang main judi kuda tu. Dia orang ingat semuanya 'random' padahal semuanya dah 'pre-programmed'. Ma'lumlah, bukan kuda betul-betul pun, kuda dalam komputer. Komputer mestilah boleh diprogramkan. Tu sebab tak pernah towkey judi kuda bankrap kecuali kalau kena serbu dek polis.





Kemudian, Chasiman kata dia perlukan sepasang pakaian untuk dia dan isterinya sebab sepatutnya dia balik hari tapi kena tangguh sehari. Untuk itu, kami ke sini pula:




Pukul 3.00am, kami beransur. Itu pun sebab Chasiman kasihankan kami berdua yang kerja esok pagi.




Dan malam Jumaat itu yang sepatutnya menjadi sungguh-sungguh Jumaat bertukar hawanya dari dari panas-lembab kepada dingin-kering. Ya, sungguh kering!






.

11 comments:

Nizam.Ariff said...

Yay.. first!

Water Lily said...

seken

Water Lily said...

Malam Jumaat akak layan keliwon je hehehe

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Blogger Nizam.Ariff said...

Yay.. first!

June 20, 2009 6:07 PM
.
.
.
.
sendiri komen, mmg la first..lawak la bro..aku gelak guling2 nih..
jom main snuker...tunggu, bulan 7 aku sampai sana...

Nizam.Ariff said...

Nizam.Ariff,
Tahniah! Hahaha... lasyat lu bro!

Waterlily,
Seken pun lasyat jugak lu sis! Hahaha

Waterlily,
Mula-mula layanlah keliwon... lepas tu laen citer.

Cikgooden,
Gua tunggu luuuu....! (sambil asah kayu pakai chalk).

ashley said...

Tu guli ke tu?
BESOOORR nye..main guli memalam?

Udah udah..ape ker khorje main guli memalam pulokkkk..

aku tak paham bebenor demer ni..

ye ler..zaman aku tak ader guli beso mater kobou tu..gherti ke kome neget nyer?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Tu guli besau main atas meja hijau. Tujah guli putih bagi masuk guli warna lainnya... hehehe. Memalam main guli le best, tak panas...

tasikmerah said...

kak ashley bab2 main guli mmg terer.





err... nizam pun main guli...? laaaaaaa.....



:p

tasikmerah said...

eh! silap.



mat dino pun main guli...? laaaaaaaa......



:p

ashley said...

Tm,
idakkk le terer. Aku main batu seghemban..

Nizam.Ariff said...

TM,
Masa kecik dulu kita orang panggil guli pitek. Aku tak tau apa maksudnya tapi gulinya sebesar limau kasturi dari batu, bukan kaca. Cara mainnya, tuju atau lontar ke guli lawan. Sape punya pecah dulu dia kalah... ganas tak?

TM,
Wooitt... woooit.(Shhh... takut Naga Chen cari aku suruh reform balik group, aku malas nak bunuh org lagi... tu keje zaman dulu-dulu).

Ashley,
Batu seremban tu apsal namanya batu seremban hah? Aku sampai sekrang tak tau asal-usul namanya..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com