Sunday, June 21, 2009

Biarkan towgeh itu bercambah, jangan disekat.

.


Kalaulah minda kita bercambah macam Towgeh kacang hijau, tentu macam-macam yang kita boleh buat dalam dunia ni.


Aku minta kawan@anak buah aku fikirkan elemen-elemen yang mungkin boleh kurangkan kos untuk Plastic Molding sementara aku pula fikirkan untuk Metal Stamping. Aku kata, jangan bataskan fikiran. Segala apa yang terhunus dalam minda jangan ditahan-tahani, biarkan semuanya keluar. Tak elok tahan-tahan, nanti boleh sembelit minda!


Logik atau tak itu perkara kedua. Boleh atau tak itu perkara ketiga. Semua itu adalah subsequent problems, dan untuk mengatasinya adalah perkara ke empat!





Ada teknik tertentu untuk jadikan minda bercambah dengan cepat. Ada tonik-tonik tertentu perlu 'diminum'. Teknik aku?


Aku pasang pendingin hawa 'full blast' dalam bilik tertutup sebesar 12m x 12m. Kemudian aku pasangkan lagu-lagu heavy metal dengan agak kuat. Hanya 15 minit je untuk brainstorming, sejam lagi aku terhangguk-hangguk ikut muzik keras itu.


Tetiba pintu bilik dibuka orang. Ada kakak dari ofis sebelah berdiri di muka pintu sambil geleng-geleng kepala.


Spoil la... habis bantut pokok Towgeh minda aku!






.

17 comments:

SHIMI said...

apa kata gua suggest lu untuk buat solat hajat dan solat istikharah. pahala pun dapat beb...
(gua macam bagus menasihat lu kan)

tapi gua respek dgn teknik tulang ikan lu.. ikan apa agaknya yang bercabang-cabang cam tu..
terubuk kot?

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Weh,lu dah terbang ke belum? Minggu depan ke? Kami dok tertanya-tanya, dah ke sana ke masih di sini...

Aku pun tanya jugak kat dia, apa jenis cabang-cabang tu. Katanya itu daun nyior! sukahati dia je hahaha.
Kalau aku, aku guna teknik Tony Buzan - neoron dan dendrit sbg cabangnya. Aku pernah tanya cikgu apsal kena macam tu? Dia kata nak gambarkan otak. Ceh! Laen kali aku nak guna cabang-dahan pokok ketum la... hahaha

aza ni said...

aku selalu pakai 3 masalah
kenali masalah,
punca masalah,
atasi masalah,
kalau setakat nak settle problem kat boiler dan mesin, so far berhasil, tak pasti kalau apply untuk yang lain.

tasekM said...

maleh la nk ambik tau masalah2 enjinyor nih....

hehehehe...

:p




.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Konsep tu dah betul. Tapi, untuk manufacturing, konsep tu kena kembangkan sikit. Ada setengah pakai 8D problem solving (google: 8D Problem Solving Method) sebab bila dah jumpa root couse, kena pastikan next batch tak berlaku semula dan eliminated, juga nak recall semua batch yang terlepas. Itu extension kepada konsep tu. Selain 8D ada Why-Why, Ishikawa, Trouble shooting tree dll...

TM,
Ko kena ambik tau sebab bende-bende ni buleh menolong kembangkan business. Mana tau satu hari nanti kamu nak buat decission sama ada nak bukak 3 lagi cawangan atau besarkan cawangan yg ada. Atau bende tu boleh digunakan untuk increase profit by eliminating/reducing cost. Salah satu termudah ialah Toyota concept of eliminating 7 wastes. Mana tau boleh increase 15% revenue bukan depan... hahaha... makcik kayo...makcik kayo!

Nizam.Ariff said...

* khilaf: "... 15% revenue BULAN depan..."

mroslij said...

aku jangkakan model terbaru proton tentu ada element thrash metal, bonet depan ada tetulang rangka mcm megadeth, lampu depan mcm eddie hantu iron maiden.cayalah mat dino. jgn lupa sayap blakang mcm kelawar king diamond. tentu rakyat msia sokong product proton
ulik mayang

Insyirah said...
This comment has been removed by the author.
Insyirah said...

Errr...yang bukan injinyor boleh duduk di tepi.


:p

Yana Ismail said...

hehe..kreatif je tgk..huu

aza ni said...

Tumpang lalu Nizam
TM:kau patut pun belajar dari Nizam ni, boleh settle masalah kau kena tindih tindih tu...ini juga masalah produksi , kalau tak cukup tidur kerjapun tak boleh tumpu.

Nizam.Ariff said...

Ulik,
Tak nak la... aku nak buat kete terbang! hahaha

Insyirah,
Ni tak de kene mengena dgn injinyor. Boleh dipakai buat basahan sehari-hari. Ini adalah cabang creative thinking atau lateral thinking. It's just a thinking method. Boleh cuba.

Princess,
Amacam jadi tunangan org? Darah manis tu ... hehehe


Azani,
Bab tindih-menindih ni aku tak pasti la sebab, kalau aku nak ajar, kena tunjuk praktikal sekali... MUAHAHAHAHA...

tasekM said...

tak payah tunggu nizam... ko pun bulih ajor ye tak...?

kikikiki...

:p

Nizam.Ariff said...

TM,
Oooo...ko pandang kat Azani rupanya...
Azani, bak pinjam rubber mallet jap...

ckLah @xiiinam said...

akak suka togeh orang Jawa taruk dalam pecal tu....buat sendiri...

ASH said...

ha ha ha..
nizam..hari tu punya towgeh dah cambah dah ke?

dah boleh tuai..
cklah nak buat pecal..
wa ka ka...

TM,
hang sanggup ke nak tengok demer makan...
RECYCLE weh..selamatkan bumi kita!!

err...
bercambahnya minda macam pokok toegeh tu bercambah dah cukup bagus tu!

sapa design kereta lak tu..
bunyi macam nak gi angkasa lepas jer..
fuyooo.

Nizam.Ariff said...

CkLah!
Aku pun suka yang tu. Pecal jawe ada taruk kencur. Tu yang sedap tu. Tauge tu yang baru pecah tunas kan? Itu memang sedap... masih rasa kekacangnya, manis...

Ashley,
Taugeh hari tu dah jadi pokok!
Kalau dak TM nak rasa lemak masin taugeh, disyorkan taugeh yang 'recycle' tu, tapi kena tapis betui-betui.. hahaha.

Bab kereta boleh terbang tu, nanti aku syorkan kat org proton, kalau dia org giler dia org terima. Kalau cukup cerdiknya, dia tolak...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com