Thursday, June 11, 2009

Main kendara-kendara pulak...


Aku pastekan gambar pengantin.


.

Dalam pukul 10.30am itu, aku mendapat arahan dari bonda mertua. Aku kena tolong abang ipar aku memasak masakan pengantin. Mama sedang bedah udang galah yang diterbangkan khas dari Sabah bersama-sama salah seorang adik ipar aku yang bekerja di sana, manakala abang ipar aku pula, seorang chef di hotel, sedang sibuk bedah ikan siakap dan jenahak. Dia buang tulang ikan.

Aku pilih untuk masak sayur je la. Aku unjukkan brocoli, putik jagung, bunga kobis, sweet pea, capsicum dan lobak merah. Aku tanya dia, resepi apa? Dia kata, buat sayur campur je la. Orait chef. Serta merta aku teringatkan Astro 703.

Makcik-makcik kupas bawang dan kentang menawarkan diri untuk potongkan sayur-sayuran tadi. Ah, senang sikit kerja aku. Jadi, aku unjukkan semua sayuran itu dalam dua bekas; satu bekas ada lobak, putik jagung dan satu lagi bekas untuk yang lain-lainnya. Makcik-makcik situ tanya aku, nak masak apa? Aku cakap, nak masak sayur campur je.

Sehari sebelum itu semasa di majlis sebelah pengantin perempuan, antara masakan pengantin ialah sayur campur juga tapi brocoli dan capsicum dah lecur. Mesti dia orang masak sekali rap tu. Jadi, kali ni aku rebus asing-asing sayuran campuran itu dan kuah aku curah kemudian. Aku tanya chef, nak kuah apa. Dia kata, oyster sauce sudahlah, orang bukan suka makan sayur sangat. Orait chef!


Bila dah siap, makcik tu unjukkan semula sayur-sayuran yang dah siap dipotong. Dalam satu bekas! Alamak. Aku ajak makcik sorang tu asing-asingkan balik. Dia kata, tadi aku cakap nak masak sayur campur jadi dia orang campurkan je la dalam satu bekas. Tak pe la...

Masa tangan-tangan kami sibuk memilih brocoli dan capsicum, aku berseloroh yang kami ni macam cerita 'musang berjanggut'. Makcik tu ketawa terbahak-bahak.





Sedang pengantin bersiap, aku perahkan sebiji lemon dalam satu mangkuk. Oleh kerana aku tak jumpa gula ising, aku tumbuk gula dalam lesung batu dan aku ayak dalam piring. Makcik-makcik kupas bawang dan kentang sambil fitnah itu-ini pandang aku agak pelik. Dia orang hairan sebab aku tumbuk gula. Aku nak buat sedikit kelainan.


Aku pergi ke meja makan pengantin. Aku ambil sebiji gelas minuman. Aku celupkan bibir gelas itu ke dalam air lemon. Kemudian aku celupkan pula bibir gelas tu ke dalam serbuk gula. Gula itu melekat pada bibir gelas. Kalau meleleh, gula itu akan turut meleleh sikit. Aku buat perkara yang sama kepada gelas-gelas yang lain.


Chef tengok aku. Dia tersenyum. Ceh, dia kata. Setakat nak isi air sirap tak payah la nak buat segala bagai macam tu. Aku kata, aku peduli apa. Janji ada kelainan...





.

17 comments:

AZANI said...

awak meamang dashat la,apa nama minuman yang awat buat tu,boleh juga kami cuba kalau resepinya mudah.

Insyirah said...

Bro mmg sempoi la. Haha. Chef pun kena tabik spring kat bro. Lain kali masak je air gula, tak payah susah²kan diri utk menumbuk gula.

I'm wondering, kepala otak injinyor² ni mmg complicated. Complicated with a lot of idea and knowledge. Maybe bukan semua injinyor yg begitu. Tu haa...ada sorg lagi yg mcm bro gak.

addyaholix said...

ada je idea ko bang. aku langsung tak pandai masak. plus buat air pelik-pelik. ajari aku bang!

ashley said...

Bro..
ko masak tak sayur tu?
..cam tak habis cerita ko tentang sayur!!

ko hiaskan gelas?
airnya mana??

dah..
yang ni TM boleh sambung..

ashley said...

Jap jap..aki baca sekali lagi..

cam konpius ngan komen orang lain..

sayur campur..
ko rebus sayur sayur..
mengikut jenis sayur..
pastu ko buat kuah ape oyster sos gitu..
kemedian ko curah jer atas sayur? Gitu cara ko masak..

cam gitu ek orang masak sayur pengantin?

air sirap jer???
yang gelasnya ko hias gula keliling bibir tu??
uukk alahai..

tasikmerah said...

muahahaha... jahat ko ashley.

bang, kalau ko tak postkan n3 ni pun aku percaya yg ko masak lauk pengantin tu bang... he he.




.

addyaholix said...

terharu aku baca komen cik ashley tu bang!

aku kompius nk sokong dia ke tak. haha!

tasikmerah said...

ashley, ko tengok. dak nizam dah sentap. tak balas2 komen dah dekat 5 setengah ni hah....

kikikikiki....

:p

ashley said...

AMPUNNNN kan aku
duhai adikkk..
ampuuuunn...
aku percaya..

ye ko masak sedapppp..

ampuuunnn..

ala ala pilem IBU MERTUAKU.
waaaaaaaa waaaaaaa

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku tak buat air minuman tu. Aku cuma buat hiasan je. Air tu mertua aku yang bancuhkan. Oren sunquick+sirap+soda. Air soda juga dikenali sbg 'air hikmat' pada sesetengah tukang bancuh air koktail buah-buahan... tak caya cuba la...


Insyirah,
Gula tu bukan untuk pemanis. Sebenarnya, gula itu akan melekat pada air lemon pada bibir gelas. Jadi, bila nak minum air, bibir dan lidah akan sentuh lemon+gula. Masam+manis akan create 'zest effect', juga membangkitkan selera...

Addy,
Musim panas macam ni buat air lemonade madu, sedap woo... letak garam sikit. Sebenarnya, teh tarik yang sedap dia letak garam sikit. Gula pun pakai brown sugar, baru kaw...

Ashley,
Aku cuma hias bibir gelas sebab dia orang nak hidang air koktail tu. Aku dah siap beli lemon tapi chef kata, tak payah. Air koktail tu dah ok.

Ashley,
Kalau setakat masak semangkuk sayur campur tu, boleh la kontrol cooking time utk setiap sayur tu dgn cara masukkan sayuran ikut jenis. Setiap sayur dia punya cooking time lain-lain. Macam brocoli dan capsicum, celup 10 saat dah kira ok. Tapi lobak + jagung kena lama sikit. Tapi, kalau dah masak untuk 15 orang, tak boleh la kontrol masa dalam kuali. Kena la pre-cook dulu. Rebus siap-siap.
Aku cadang nak gaul balik lepas rebus tapi chef kata elok tuang kuah asing. Sebabnya, dia nak aku buat presentation sikit, maknanya, setiap sayur tu kena susun satu-satu! Color of food is important. Kalau dah masak gaul, mana nak susunnya?

Jadi, aku susun dalam 5 mangkuk. Bila nak serve, aku tuangkan kuah panas-panas.


TM,
Aku tak kira, aku paste gambar lauk tu...hahahhaha


Addy,
Ko kena sokong aku le.. kita kan jantan.



TM+Ashley,
Aku conduct woksyop tadi la. Entry ni aku buat malam tadi, aku schedulekan. Pukul 7pm tadi baru balik.....

Aku tak pandai merajuk... Rock mana buleh merajuk.. HAHHAHA

ashley said...

TM,
..jom sambung kutuk dak Nizam..

err..dia dah gabung ngan Addy tu.

jap dak addy tu pangge aku CIK ASHLEY..tiba tiba aku rasa muda 20 tahun

Nizam.Ariff said...

Cik Ashley,
TM dah nak masuk tidur dah. Malam jumaat dia selalu tertidur awal.

Hahahaa...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

punya detail hang buat air tu?..

tapi kenapa pengantin pompuan makan guna tangan.tapi yg lelaki guna sudu ngan garfu?...

misteri nih..

addyaholix said...

bukan tanak sokong ko bang, tapi....

aah oklah oklah aku sokong kau bang. tapi cik ashley tu camne bang? berbelah bagi dah aku ni bang. adehh!

adakah ini yang dinamakan cinta?

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Pengantin pompuan tu practice suap pakai tangan kut... hehehe


Addy,
Addy, ingat. CInta lelaki bukan murah... jangan cepat sangat jatuh cinta, jual mahal sikit... hehehe.

ko sokong je aku.

tasikmerah said...

muahahaha.... tak pe. aku sambung kutuk hari nih. mlm tadi ada tugasan. muahahaha...

bang, tak payah celur segala la kalau nk masak sayur campur tu... cuma sayur yang keras tu kita masuk dulu, sayur yang lembut sikit masuk la kendian. ikut urutan. cara ko memasak tu leceh la bang. tak praktikal utk wanita bekerjaya.

kalau ikut cara ko bang... aku balik sampai rumah 6.30. pukul berapa nk siap masak...? hihi.

tak gitu kak ashley...? hihihihi...

hidup org pompuan! hhihihi...


:p


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Eh, kan aku dah cakap, kalau masak semangkuk, boleh le buat macam tu. Kalau dah 15~20 org nak makan, buleh jugak, tapi layu le..

Atau, kalau bawah masak, atas tak masak

Atau kena bubuh kuah banyak-banyak sampai semua tenggelam.

Atau, aku syorkan, makan mentah colet sambal tempoyak... lagi sedap hahahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com