Thursday, June 11, 2009

Limau nipis

.

Masa senggang selepas kenduri kawen tak banyak. Jadi, semasa tangan-tangan sibuk menyental periuk belanga segala, itulah masanya untuk bersembang.


Ayah mertua aku cerita, ada orang kampung pergi berubat jauh sampai ke negeri lain. Perubatan alternatif. Aku tanya balik, takkan kat Melaka tak ada orang boleh ubatkan?

Dia kata, memang ada seorang yang pandai kat kampung tu tapi barang-barang yang dia suruh bawak tu susah sangat nak dicari.

Aku tanya balik, barang amenda yang susah sangat nak dicari tu? Dia kata, sekapur sirih, 5 keping duit syiling 1 sen bulat dan limau nipis 5 biji.

Ah, senang je tu. Kat dapur pun boleh dapat. Dia kata, kalau setakat sekapur sirih tu memang senang. Tapi, duit syiling 1 sen bulat dan limau nipis yang susah nak cari.

Ye la, mana ada duit syiling bulat macam guli? Mana ada limau yang nipis?


Ceh, kena lagi aku....






.

14 comments:

addyaholix said...

ko memang selalu camtu bang. ko kenakan orang bila ko dah terkena dulu. haha!

addyaholix said...

ok. aku buat perangai lagi nak komen sampai dua tiga kali ni.

sekapur sirih? maksud sekapur sirih tu camne bang? aku ilmu kurang. maklumlah muda.

haha!

dan sekarang aku komen ni sambil dengar lagu rakyat -lemak manis nyanyian roslan madun. sedap la pulak!

addyaholix said...

haha. lagi satu bang!

selamat hari lahir yang ke... moga terus sukses bang. moga tulisannya terus bagus. moga hidup terus indah. moga terus bagi paku payung adik yang ramai. dan mamanya tetap satu, tidak dua, tidak tiga, tidak empat.

terharu tak bang? haha!

addyaholix said...

lupa nak mention, aku yang 1st, 2nd, 3rd dan 4th.

hebat!!

ok. tido dulu bang!

ASH said...

Ceh..
aku agak Dak addy ni patutnya 'dikenduri'kan..

Nizam,
sila ambik kek kat blog CIK ASHLEY..

aza ni said...

Nizam.A:semasa berbual dengan otai ketika menaggah,memasak,cuci pinggan,buat bangsal time kenduri kahwin, memang cam gitu,cakap deme nak kena tafsir habis habis,aku dulu terkena,pasal sodok kawah gulai dengan sudip, itupun depa kenen,deme cakap aku rodok kuali macam malam pertama,aku mula blur juga,depa pakat gelak guling guling ,sambil tepuk tepuk meja,depa sambung lagi,la kalau gini punya rodok, bontot pun tembus,lucah habis.

Cikgooden said...

aku dah agak dah...

ha ha ha...

aza ni said...

Atas maklumat yang baru diterima, aku ucapkan selamat ulang tahun untuk kau moga bertambah rezeki,bertambah bahagia, bertambah makmur dan sejahtera.

Insyirah said...

Pak mertua mesti kena lagi hebat dari menantu, kalau tidak...tak macho la kan. Haha.

Sebelum terlupa, Selamat Hari Ulangtahun. Moga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmati ALLAH...Amin!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Oleh kerana ko rajin tulis, sempena menghormati kamu, aku akan tulis yang sama banyak jugak... Telahan kamu betul. Aku dah terkena, tu yang aku buat kat org... hahaha

Addy,
Sekapur sireh = sehelai daun sireh yang dicalit kapur sekali sahaja. Kapur tu diperbuat dari kulit kerang yang direbus dibakar...bukan dari bukit batu kapur di Ipoh tu tau.

Addy,
Terima kasih. Aku sendiri pun tak ingat besday aku sebenarnya. Aku tak pernah sambut pun. Tak ada org nak tolong sambut pun ... isk...isk..isk tak ada sape-sape sudi sambutkan pun.. isk... isk..isk kecuali selepas ada Mama. Dialah yang selalu ingatkan besday aku, dan aku dah semakin tua ...hahaha

Addy,
Kamu pun hebat jugak. Dengan cerita cinta kamu yang agung itu.. hehehe



Ashley,
Terima kasih... terima kasih.
NAnti aku ambik..


Azani,
Org-org lama memang banyak idea. Aku rasa sebab dia orang suka sembang kat kedai kopi....


Cikgooden,
Maknanya, ko pun pernah kena cam aku jugak le...


Azani,
Terima kasih. Mari kita doa sama-sama...


Insyirah,
Terima kasih. Doa yang baik-baik juga buat mu, cik dik...

tasekM said...

hahahahaha.... ko mmg jadi bahan la dgn apak mertua ko bang. hahaha...

:p

addy, tak takut kena rogol ke hah...? muahahaha...

:p


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Addy tu takut kat pompuan garang macam ko... hahaha

addyaholix said...

alah aku nagn kak tasik tu laga-laga pipi je bang.

Nizam.Ariff said...

Addy,
Oh mak kau...eh eh!
Terkejut aku!

Kena bagi tau Azani berita duka ni...



HAHAHHAHA

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com