Friday, June 12, 2009

Rumah Tangga dan keranda




Kalaulah aku punyai tangga yang bergulung macam itu, rumah aku pasti besar dan tinggi.
Kalaulah rumah aku besar dan tinggi, tentu kereta aku juga besar dan menjalar.
Tentu juga emas urai berantai-rantai panjangnya, terbelit pada leher dan lengan Mama.
Paling kurang, depan rumah ada lagi satu ekar tanah kebun bunga, baru sampai ke pintu rumah.


Kalaulah aku punyai tangga bergulung macam itu, tentu bilik aku berpuluh banyaknya.
Kalaulah bilik aku banyak, aku boleh decorate setiap satu bilik untuk tema yang berlainan.
Ada musim sejuk, ada musim panas, ada padang pasir, ada kutub utara.
Aku boleh tidur setiap malam di dalam bilik yang lain-lain.


Tapi...


Kalaulah aku punyai tangga bergulung macam tu, macam mana nak bawak turun jenazah aku?
Kalaulah tanah sekeliling rumah berekar-ekar luasnya, siapa yang akan tahu aku dah tiada?
Entah-entah, pintu masuk terlalu kecil untuk keranda boleh diusung masuk.
Entah-entah, kering mayat aku di dalam salah satu bilik, orang tak jumpa.


Hah, cepat!
Ukur pintu utama rumah masing-masing, agak-agak boleh muat keranda atau tak.
Sementara ada ni, boleh ubahsuai mana yang patut... hahaha.





.

13 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

kullu nafsin jaa ei katulll mauutttttt!!!..
ya, saudara nizammmm...

arsaili said...

salam..wahh kalau tak leh kuar ikut tangga..kuar ikut tingkap jer la..ehehe

Insyirah said...

Saya belum ada rumah sendiri lagi. Kalau dah ada rumah nanti, saya buat sliding door. Luas skit, senang orang nak usung keluar. Huhuhu..

kakpah said...

Aku selalu berangan nak buat english garden. Kalau ada laman luas, aku bena satu taman yang cantik yang boleh aku ronda dan lepak petang-petang. Tapi kau dah potong stim angan-angan aku tu. Tak leh jadi.. Mesti jejakkan kaki ke alam nyata.
Tadi dah ukur dah.. pintu rumah aku muat.

Water Lily said...

Ni, akak yang dok tingkat 3 ni,susah juga orang nak usung jenazah weh!

Kalaulah boleh pilih tempat untuk mati ish..malangnya tak boleh.

addyaholix said...

pintu rumah sekarang memang muat bang. besar. kalau tak muat boleh buka sliding door.

tapi aku nomad bang. akan pindah lagi. hidup bujang macam ni la. aku harap rumah nanti pintunya besar.

tasikmerah said...

rumah aku pintu sliding. 2 keranda sekali gus pun bulih lepas. he he.



.

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Err... ustaz, aku dah sedar nih..isk..isk.. tapi rock tak salah kan? hehehe

Arsaili,
Salam dari jauh ni.
Bayangkan kalau keluar ikut tingkap, siksa orang yang nak angkatnya. Lagi satu, kalau badan dah besar sangat, kesian orang yang nak usung... berat.

Insyirah,
Ya, sliding door antara penyelesaiannya... tapi rumah aku 5 tingkat tingginya. Aku mula masuk sini bulan puasa tahun lepas. Perkara pertama aku tengok, pintu rumah ni cuma 2kaki setengah je! Kalaulah aku mati, tentu kena siapkan kat masjid, tak boleh masuk. Kalau mati kat dalam rumah kena tarik keluar dulu baru boleh uruskan... haih.

Kakpah,
Hahaha... kesian akak. Takpe, aku cakap yang betul. Sebenarnya, ada seorang kawan cerita kat aku masa buat rumah. Seorang pakciknya yang tua dan alim komen rumahnya yang pintunya kecil sangat. Dia tak faham tapi dia besarkan juga. Bila pakciknya meninggal tak lama lepas rumahnya siap, baru dia tahu kenapa...

Waterlily,
Kita senasib le kak... ni yang susahnya kalau duduk rumah tinggi-tinggi ni... hehehe

Addy,
Kalau pintunya tak besar, pastikan badan kita kecil molek... hehehe


TM,
2 keranda sekaligus?!!!
Ko memang advance tu.... selebihnya, aku tak nak sambung komen aku, sesitip hahhahahha.

AZANI said...

kalau aku siap pasang sliding chute,macam emergency exut kapaltebang tu, tarik je picu dia , terus inflate.

addyaholix said...

kau perli aku ni bang. aku kurus ok. pinggang 24. haha!

Nizam.Ariff said...

Azani,
Bagus gak idea tu. Tapi, kalau guna chute, sape yang berani sambut kat bawah? aku tak nak... hahaha


Addy,
24??? Weh, itu lilitan peha je tu... hahaha

ashley said...

Nizam,
aku sokong kak water lily..kita tak tahu kat mana kita akan mati..
Tak semestinya kat rumah.
kat spital ke..
pasti orang uruskan semuanya kat hospital..
last last tak dibawa balik ke rumah pun...terus ke surau..dan terus ke 'banglo' seven-feet under!

ko sihat tak ni?
seiusly tanya ni..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku sihat.
Cuma,bila hari lahir ni, aku terasa umur dah naik setingkat. Teringat pulak mati-mati ni...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com