Saturday, June 27, 2009

Satu Pagi Yang Bening...

.


Pagi tadi, di sekolah Paku Payung, aku bersembang dengan seorang rakan aku sementara menunggu giliran mengambil 'report card'.

' Aku tahu, ini cuma sekolah rendah setinggi 4 tingkat dengan laman ditengah-tengahnya. Tapi, kalaulah ini rumah kamu, apa perasaan kamu? '


Wuuiih! Jenuh nak menyapu! Aku kata.






.......


Beberapa ibu bapa Tahun 3 dan 4 ada menerima surat dari kementerian kesihatan. Anak mereka perlu berjumpa dengan wakil kementerian kesihatan di dewan. Itu pengumuman yang dibuat oleh seorang guru di situ.


Serta merta aku syak yang bukan-bukan. Pertama sekali ialah kes selsema babi. Kedua, kes periksa kesihatan gigi. Itu yang aku cakap kepada rakan aku sementara menunggu giliran mengambil 'report card'.


Ada seorang rakan lain menerima surat berkenaan. Dia bagi aku baca surat tersebut. Rupa-rupanya, kementerian kesihatan nak buat survey keberkesanan vaksin Hepatitis B, yang mana masa anaknya itu kecil dulu, telah disuntik dengannya. Nurse akan ambil 3-5ml darah dari anaknya.

Kesian. Suruh kementerian dapatkan perintah mahkamah, baru boleh ambil sampel darah, aku kata. Beberapa ibu bapa yang ada di situ ketawa.

Aku serius sebenarnya sebab sampel itu akan disimpan untuk selama 20 tahun!



....


Selepas ambil 'report card', aku dan Paku Payung pergi ke kantin untuk minum-minum untuk 'meraikan' kejayaannya. Kantin pun jadi la.


Tadi, masa berjumpa dengan guru kelasnya, ada seorang kerani duduk di sebelah gurunya sambil menulis resit-resit tertentu. Aku tanya, resit apa? Dia kata, itu untuk yuran PIBG, RM68. Alamak, aku tak tahu kena bayar hari ini. Aku cuma ada RM40 je dalam dompet!


Dia kata ada ditulis dalam surat pekeliling tapi tak apa, boleh bayar kemudian. Aku tarik muka bersalah, muka miskin. Serta merta aku teringat kisah Awisul Islah. Aku minta tangguh dan cuba pinjam dari Along.


..........


Semasa di kantin untuk minum-minum dengan Paku Payung, aku ambil satu gelas kosong dan aku isikannya dengan beberapa ketul ais. Semasa aku nak tuangkan air kopi dari jag, seorang budak perempuan berusia mungkin 3 tahun merengek-rengek sambil memandang aku. Aku cuak.


Aku tanya pembantu kantin, siapa budak tu? Dia kata, itu anak towkey kantin. Kemudian, dia minta gelas aku itu. Aku serahkan kepadanya. Aku ingat, pembantu itu nak tolong isikan air kopi yang aku minta tadi. Rupa-rupanya, dia berikan gelas itu kepada budak yang merengek-rengek tadi.


Dia kata, gelas yang aku pegang itu sebenarnya gelas 'kegemaran' budak itu. Aku cakap kat budak itu, aku pun nak pakai gelas tu. Mana aci, aku pegang dulu!

Tanpa disangka, pembantu kantin tadi ambil semula gelas dari budak itu lantas serahkannya kepada aku. Tengok pakcik tu dah marah, katanya. Budak itu terkedu seketika.


Terfikirkan yang budak itu masih kecil, aku serahkan balik gelas itu kepadanya. Kalaulah dia dah Tahun 1 nanti, jangan harap aku nak kasi balik, huh!






.

11 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

paku payung mesti hebat macam pak dia jugak...

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Aku harapkan dia menjadi lebih hebat dunia dan akhirat...

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Eh, apsal skema semacam je komen ko nih? Cuak gak aku...

AZANI said...

tahniah paku payung, tahniah mak dan bapa paku payung.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Terima kasih.
Eh, aku tak cerita pun Paku payung dapat no. berapa, kan?

tasikmerah said...

tak cerita dapat no berapa pun kitorang tau nizam.... he he. kitorangkan budak pandai! muahahaha... :p





.

tasikmerah said...

tahniah ye paku payung! :)


.

Insyirah said...

Paku payung mesti genius macam bapak dia juga. Hehehe..

Wehh...malu beb berebut gelas dgn budak umur 3 tahun.


:p

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku kasi target kat dia. Minimum setiap subjek mesti >85% . Purata mesti >90%. Dia capai ke2-2 target tu... KPI beb, KPI. Pak menteri pun dah ada KPI.

TM
Tahniah untuk Paku Payung. Tapi dia ni malas nak ulangkaji. Bila dah disuruh pun malas juga, aku lagi la malas nak suruh lepas tu... hahaha


Insyirah,
Justice 4 all...
Aku pun suka kat gelas warna merah tu. Aku cerita kat Mama pasal insiden tu dan dia kat aku patutnya mengalah sebab dah tua. Hahaha.
Tapi, asyik orang tua je mengalah, bila lagi bebudak nak mengalah kat orang tua? Aku masa kecik dulu, sekali kena jegil, kelam kabut aku lari... budak-budak sekarang dah berani.

ashley said...

Kalau anak SEORANG tak hebat..tak tau laaaaaaa...
ha ha ha...
mau kena luku!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Tak boleh luku. Zaman sekarang main psiko-psiko kut... ceh!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com