Saturday, June 27, 2009

Satu Petang Yang Kalut ...

.


Lepas zuhur tadi aku ke pekan S.Alam. Nak buat buku bank. Hari ini, bank tu dibuka khas untuk pelajar-pelajar macam aku untuk buat buku bank. Aku sengaja tak nak pergi sebelah pagi sebab aku syak tentu ramai. Rupa-rupanya, lepas zuhur tadi lengang. Aku seorang je yang melanggani pegawai kaunter di situ.

Santai. Memang santai. Aku terdengar kakak-kakak belakang kaunter bercerita pasal 'report card' juga.

'Aku dapat giliran no. 11 tapi aku tunggu lebih sejam! Aku bengang kat mak-bapak bebudak tu. Bila dapat 'report card' , masa tu lah tanya anak belajar ke tak, marah anak sebab main-main di kelas. Tu yang buat lambat tu. Habis selama ni, dia tak tanya anak dia kat rumah ke?'

Aku diam. Ada betulnya. Nasib baik aku datang awal. Aku punya no. 3. Jadi, aku tak kena tunggu lama-lama

Dan aku boleh tanya itu ini kat cikgu dan anak aku dekat setengah jam... hehehe


...............


Kemudian, nama aku di panggil ke depan kaunter. Kerani bank tu unjukkan kad ATM baru dan sekeping kertas. Siap, katanya. Aku belek-belek kertas tu.

Aku tanya dia, mana buku bank? Kat mana aku nak tahu nombor akaun aku?

Dia kata, nombor akaun ada dalam kertas sekeping tu. Sekarang dah tak pakai buku lagi. Kalau nak berurusan dengan EPF atau U nanti, buat salinan dari kertas tu.

Aku terasa dah macam tua sangat bila dia cakap macam tu. Semuanya elektronik. Aku cakap kat dia, aku rindukan bunyi hentakkan chop atas dakwat India yang pekat. Macam di pejabat pos dulu-dulu...


................


Nak kejar waktu bank, kononnya, aku skip makan tengah hari. Aku tinggalkan Mama dan Paku Payung makan di rumah.


Usai perkara di bank itu, baru aku terasa lapar. Aku pusing-pusing di pekan S.Alam. Aku pasang niat nak pekena Ani Sup Utara. Bila hampir ke simpang itu di seks 9, aku kilas balik steering. Tak jadi masuk walau aku dah beri lampu isyarat!


Aku batalkan niat nak pekena Ani Sup Utara. Aku perlu jimatkan duit. Baik aku makan di rumah je. Lagi pun, Mama dah siap masak tadi lagi.


Aku pecut menuju ke rumah. Tapi, dalam perjalanan pulang, ada sedikit kesesakkan lalu lintas di simpang 3 depan kilang F&N. Aku perasankan sesuatu. Sesuatu yang biasa aku lakukan sebelum-sebelum ini. Ada tiang iklan McD drive thru. Di kiri jalan ada simpang menuju ke situ.


Hati aku pujuk supaya singgah. Maklumlah, perut dah lapar. Lagi pun, burger BigMac sebiji berapalah sangat. Kecur air liur terkenangkan cheese. Hati aku pujuk lagi, orang gemuk lambat mati, kata Tasek Merah.

Ahhhhhhh!!!!!!!! Dugaan apakah semua ini!


Dalam aku berperang, kereta di depan dah mula bergerak. Dan aku teruskan pecut ke rumah. Sesampai di rumah, aku senduk nasi penuh pinggan dan aku tuangkan sayur Labu. Aku bayangkan aku makan BigMac dengan cheese yang meleleh-leleh keluar dari bun....


Ahhhhhhhh!!!!!!!





.

11 comments:

ijad said...

boleh buat cerpen

AZANI said...

ok apa makan kat rumah, lagi puas hatikan.

Nizam.Ariff said...

Ijad,
Salam. nantilah, buat blook ok gak... hehehe


Azani,
Memang pun. Air tangan Mama, meskipun air paip, akan terasa kesegarannya...

ashley said...

aku syak la kan..
ko ni ada galstone?
..orang ada galstone kena tahan makan MCD..
kolesterollll...

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Galstone? Camne nak tau tanpa bedah belah seanika ek?

ashley said...

aku tak tau..
aku takut hospital.

galstone tu aku syak jer.
tengok cam ko ada simptom simptom nye..

antara simptomnya:-
TAKUT KOLESTEROL

he he

betui ke ko ada batu dalam hempedu ni?

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Org kata kalau ada galstone selalu senak perut. Aku tak ada pulak. Aku selalu pedih ulu hati je... especially dah masuk bulan Rajab ni.... hehehe

tasikmerah said...

sayur labu tu lg sedap dr bigmek ok!





.

tasikmerah said...

ko ada batu dalam hempedu....?

Insyirah said...

Pedih ulu hati? Kalau mcm tu, jgn makan big mac, makan asap sudah! Muahaha :p

Nizam.Ariff said...

TM,
Sayur labu memang kegemaran aku.

TM,
Tak de lah. Kalau ada pun, mana aku nak tau. Symptomnya pun tak tau..


Insyirah,
Ye ke? Nanti aku cuba banyakkan dos asap aku.. hahahha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com