Sunday, June 28, 2009

Sekitar Pekan Frinjan 3.0, versi aku...

.
Usai urusan di bank, setelah usai nasi sepinggan, aku menunggu malam yang penuh harapan. Aku terlepas untuk memilikinya sepekan yang lalu. Malam ini harapan itu kembali membusut.

Jam 8.45pm, kami telah pun menjamu selera di restoran mamak WiFi di Alam Sentral. Tidak jauh dari situ, kedengaran lolongan dan gemerincing muzik liar dan 'raw'. Berseli dengan suara-suara halus gadis malam minggu bermikrofon. Aku biarkan dulu. Aku penuhkan kantung perut dan tembolok, mana-mana yang patut. Maksud aku, mana yang patut-patut. Patut ikut ukuran tebal dompet aku.

Jam 9.30pm, kami bergerak ke arah suara lolongan itu. Terfikir untuk baca doa tapi aku tak jadi baca. Biarlah, kalau ada pun tak apa. Kalau tak ada pun tak mengapa. Kami terus ke toko buku. Aku belek-belek satu -satu. Paku Payung dah kata 'wah' beberapa kali. Tak jumpa. Tapi aku malu nak bertanya kepada lelaki berbaju hitam berambut panjang bertopi dan berkamera mahal itu. Hanya bertentang mata tapi lidah kelu untuk berkata.


Aku buat-buat macho, jalan terus ke meja sebelah. Tak jumpa juga. Mana dia? Akhirnya, bila orang dah kurang aku beranikan diri bertanya kepada brader yang berjual di situ.


Soljah punya ada ka?
Ada satu ja, Kacip. Kat meja hujung yang jual baju-baju.
Yezzzz!


.............

Aku tau dia ada di situ. Ada sekitar situ tapi aku kurang pasti yang mana satu.


Aku tau dia ada di situ kerana namanya ada dalam poster itu tapi aku keliru. Aku rabun malam samar-samar begitu. Tapi aku tau dia ada, tapi yang mana satu?


Aku teringatkan Tasek Merah. Aku lepaskan satu das sms pembangkit selera perang malam minggu, kerana aku tau dia berkubu dengan darlingnya: Aku dapat Kacip. Dua Lauk pun ada. Dia tahu yang aku ada di pekan Frinjan 3.0. Sehingga akhir persembahan aku telah lepaskan berdas-das sms kepada Tasek Merah. Dia juga membalas dengan beberapa butir bom sms.

Aku nampak cahaya berwarna hijau tersusun bertindihan. Aku ambil tiga cahaya hijau itu. Satu untuk Mama, satu untuk Paku Payung dan satu lagi untuk aku. Kami duduk di atas cahaya hijau itu, di bawah naungan menara jam. Paku Payung sekali-sekala mengekek ketawa semasa membaca Dua Lauk. Dia baca buku itu walau cahaya amat samar di situ. Biarkanlah.

Mata aku meliar mencari sesiapa yang aku kenal tapi maaf, aku rabun malam. Aku tak sanggup pula nak menerjah seorang demi seorang yang duduk-duduk di situ. Siapalah aku.


Tapi, aku perasankan seseorang itu. Antara blogger pertama yang singgah ke laman aku. Dari blog dia juga aku dapat pergi ke Tasek Merah, ke Waterlily dan lain-lain yang bersangkut paut sampailah ke Addyaholic, CkLah, Azani, Kakpah, Ashley, Insyirah dan Cikgooden, dan semua yang ada di paparan laman aku.


Alina Abdullah, di mana kamu? Mama tahu yang aku pergi mencari yang dua ini: Kacip dan Alina Abdullah. Mama turut serta mencarikannya untuk aku. Tapi maaf, aku rabun malam dan aku terlalu malu untuk bertanya walau Mama suruh berkali-kali.

Aku rasa aku tahu dia di situ, sedang duduk bersimpuh bersama-sama teman-temannya yang lain. Dan kami duduk di belakangnya, tidak jauh dari situ. Ya, kami cuma 15 kaki dari gadis berbaju kemeja kotak. Adakalanya, aku ke depan untuk snap beberapa foto. Masa itu, jarak kami mungkin cuma 5 kaki. Tapi, aku kurang pasti, kurang berani untuk bertegur. Siapalah aku.

Seterusnya, aku menikmati malam Frinjan 3.0 itu dengan puas. Dalam pada itu, berdas-das sms aku hantar ke kubu pertahanan Tasek Merah. Antaranya, ada dua puisi spontan yang aku tujukan kepadanya:



Puisi Malam Frinjan 3.0 Spontan 1

Dia ada di situ
Tapi jauh dalam kelam

Kamu nun di sana
Tapi dekat
di dalam kocekku

Magis malam Frinjan!

[Nizam.Ariff 27.6.09]




Puisi Malam Frinjan 3.0 Spontan 2

Gegar malam Frinjan

Di depan sana ada bintang
Di atas juga ada bintang
Tapi di sini ada binatang
Merayap jadi jalang
Berembun jantan
Goyang-goyang.


[Nizam.Ariff 27.6.09]


Bab 'dalam kocekku' dan 'goyang-goyang' menjadi bom jeritan carut yang dihantar dari kubu Tasek Merah. Aku sambut bom itu dengan ketawa berdekah-dekah...





Malam pekan Frinjan 3.0, Shah Alam



.

18 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

cis...kak lily pegi, hang pegi...apasal aku je tercicir....tak pueh ati tul...

Tasekkkk....depa pi tak ajak.

ntah2 hang pun pi sama?....

Nizam.Ariff said...

Cikgooden,
Hahaha..
Cepat balik Bangi.

ashley said...

Nizam,
Aku cam blur blur bab ni.

Tapi untuk cikgooden tau...

Tumpang hang nak balik BANGI dah..
jangan lupa la buah derian.
Kempunan weii..
Nak buat seghawa derian!

sampai BANGI... hang sms la..
err nombog telepon aku ada kat Lukmanw..
he he he.

(JOM KITA LAK SMS...TAYaNG pi kat depa ni pulak..)
ha ha ha

nizam..bagi laluan na...

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Takpa takpa. Tapi tang seghawa tu tak boleh tak tumpang...

Alina said...

alaaaaaaaaaaaaaaaa apsal tak tegur!!!!!!!!!!!!

saya pun rabun malam gak.
abg kaklily pun yang mula2 tegur saya...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Allina:

abg kak lily..cuuuukup peramah punya..ha ha ha.

sori nizam, tumpang lalu.

meo188 said...

wah... hebatlah ah ding dong

Water Lily said...

Akak cari gak kacip,tak nampak pulak. Beli aje buku puisi
shaira amira.

Insyaallah, lain kali kita jumpa.

pst..st..akak pemalu hehe..

Anonymous said...

Aii cikgu,hang ngumpat laki aku ka? hahaha!

Peramah giler laki aku. Kadang2 aku naik geram semua cakap aku,dia potong hahaha!

Water Lily

Nizam.Ariff said...

Alinaaaaaa...!
Aku laaagi sayu, bila aku tau kamu ada depan mata aku tapi aku tak pasti kamu yang mana satu.

Lagi pun, aku masih teringat pesan A.Idham: Jangan Tegur! Aku takut malam-malam gitu... hahaha


Cikgooden,
Aikkk? Macam nak report kat Kak Lily jer... ala, kasi la laluan. Kita kan sesama lelaki... hehehe


Meo188,
Salam. ;)

Waterlily,
Kita doakan akan ada kesempatan. Aku pun laaaagi pemalu. Maklumlah, aku kan lelaki.... hehehe

Anon@Kak Lily,
Peramah itu bagus sebenarnya. Tapi bagus untuk pihak yang mana satu, tang tu aku tak nak komen... hehehe

addyaholix said...

satu,
aku tak sempat pegi. banyak agenda. pukul 930 malam masih di selayang. agak-agak kalau tembak ke shah alam sempat ke? sebab tak dapat jawapan pasti, aku kuburkan niat. tapi pekan frinjan sebelum ni aku dah pergi.

dua,
aku dah dapat kacip. dan dah dapat dua lauk di pekan frinjan dulu. siap tandatangan taf teh. dia lawa bang!

tiga,
kau taip nama aku silap. bukan addyaholic, tapi addyaholix. tapi aku maafkan ko bang nizam!

empat,
aku pon rabun malam. ayah bising suruh pakai spek, tapi nanti tak macho kata aku. ayah kata aku berlagak.

lima,
gila pemalu ko bang. lelaki melayu terakhir. kalau nak jadi hang tuah mesti berani. dulu aku tegur kak alina. cantik kecil molek. peramah. senyum dia manis. masa tu dia dengan baju bunga-bunganya. rugi wooo ko tak tegur dia bang.

enam,
Merayap jadi jalang
Berembun jantan
Goyang-goyang.
kool!

tujuh,
aku teringin jumpa kak lily dan kak tasek. haha!

tasikmerah said...

cekguden, jom la kita merajuk. depa pi tak habaq kita. den, lain kali kita pi dua no... tak payah la ajak depa. terutamanya kak lily tu.... kita ajak abg razak sudah!

muahahaha.... :p




.

tasikmerah said...

Puisi Malam Frinjan 3.0 Spontan 1



Dia ada di situ
Tapi jauh dalam kelam
Kamu nun di sana
Tapi dekat
di dalam kocekku
Magis malam Frinjan! <--- magis malam edan la yg ko bg kat aku...

[Nizam.Ariff 27.6.09]

:)

[you all, aku tanya bergegar2kah kocekmu...? lain yg dijawabnya! haih.....]

muahahahaha... :p






Puisi Malam Frinjan 3.0 Spontan 2


Gegar malam Frinjan
Di depan sana ada bintang
Di atas juga ada bintang
Tapi di sini ada binatang
Merayap jadi jalang
Berembun jantan
Goyang-goyang.


[Nizam.Ariff 27.6.09]


puisi ni yg paling tak boleh blah sekali. binatang apa yang goyang2 tu hah...?

muahahahaha...

:p

Nizam.Ariff said...

Addyaholix,
Kalau pecut sempat lagi tu... dia orang habis pukul 11.30. Aku pun sampai situ pukul 9.15pm. Tapi, kalau jem malam minggu, aku tak pasti lak.
Dan aku jeles sebab ko dapat tandatangan Taf Teh.
Dan aku minta maaf sebab salah tulis, selalunya aku tulis Addy je.
Dan aku pun sama macam ko, takut kurang macho kalau pakai spec. Org lain mungkin macho kalau pakai spec.
Dan aku memang terasa bebal sebab tak tegur Alina. (sebenarnya, Mama ada kat sebelah.. HAHHAHA)
Dan merayap jadi jalang, goyang-goyang tu mengundang carutan TM... hahaha
Dan aku juga nak jumpa semua.

TM,
Merajuk konon... dia dulu dating senyap-senyap, tak kira rajuk kita... heheheh


TM,
Spontan 1: malam edan ke frinjan? aku tukarlah jadi frinjan, sebab edan dalam bahasa jawe maksudnya sial / mati.

Eh, kamu sms gegar-gegar 'kocek aku' ke atau 'ko*ek aku' ??? MuAHAHAA... aku salah anggap kut.

Spontan 2:
HAHHAHAHA.... aku dah agak, mesti lari maksud.
Binatang jalang = sana ada banyak nyamuk! tak tenteram aku asyik kena kacau dek nyamuk.
Goyang-goyang= kaki aku kena goyang sebab nak halau nyamuk. Kaki dan yang diantaranya juga bergoyang... kut... HAHHAHAHHA

addyaholix said...

fuh!
komen balas ko bang... haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Kena hormati tetamu... hahahaa

tasikmerah said...

muahahaha.... kocek ok! KOCEK!





.

Nizam.Ariff said...

TM,
YA KE?!!
Laaaaa.... malam itu sungguh suram, sebenarnya... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com