Tuesday, June 23, 2009

Ustazah kata, menolong orang dapat pahala...

.


Aku hentikan kereta di simpang tiga. Lampu isyarat merah menyala macam mata jin beragas. Aku dan Mama dalam perjalanan pulang setelah usai urusan di pekan S.Alam. Siang itu cerah, panas.


Seketika kemudian, aku lihat 2 orang aweks ayu berbaju kurung hijau dan merah ranggi memberhentikan keretanya di sebelah. Tak lama kemudian, wanita yang memandu itu londehkan cermin tingkapnya lantas melambai-lambai ke arah kami. Aku pun suruh Mama londehkan cermin.

'Tumpang tanya, seksyen 19 kat mana ye?'

Kat belakang sana, kena 'U-turn', aku kata sambil aku pusingkan tangan dan tunjal-tunjalkan angin ke arah belakang. Aku suruh dia ambil lorong kanan untuk 'U-turn'.


Lampu merah pun bertukar hijau. Aku perlahankan kereta untuk beri ruang aweks berdua itu mencelah ke depan kereta aku. Kemudian, aku pun gerakkan kereta mengikut arus...

'Eh..eh! Kenapa himpit ke kanan? Nak U-turn jugak ke?'

Serentak dengan itu, satu cubitan vorteks singgah di peha kiri. Cepat-cepat aku betulkan haluan yang tadi sedikit ke kanan.

* plop *
.
.
.
.
.
.
* Ding! *

Ingat tadi nak tunjukkan jalan, takut dia tersesat. Ustazah kata, menunjukkan jalan bagi orang yang sesat dapat pahala...







.

15 comments:

kakpah said...

pandailah ko. Tu ada mama kat sebelah ko dah berani nak tunjuk belang. kalau ko sengsorang mesti ko dah ikut awek tu sampai ke hujung kan? wakaka.. ko patut kena tujal je bukan kena cubit.

kakpah said...

yei.. aku fes dan aku seken

Nizam.Ariff said...

kakpah,
aku baik kak. aku ikut pesan ustazah.

kakpah,
tahniah! hahaha

addyaholix said...

kalau bab melibatkan perempaun cantik nak saja ko ikut kata ustazah ye bang nizam.

Nizam.Ariff said...

addy,
daripada tak ada langsung, baik ada sikit-sikit, jadilah... hahaha

Insyirah said...

Nasib baik la dua orang aweks tu bawa kereta sendiri. Kalau diorg tu tak ada kereta, mahunya bro nak hantar sendiri sampai seksyen 19 kan?..kan?

Kalau saya berada di tempat mama, bukan setakat cubit. Saya piat-piat telinga sekali. Gatai sangat ye nak kaco aweks-aweks lain.

mroslij said...

korang pompan mana tau, cuma laki2 yg faham. tak caya tanya normah hakim. lelaki ni hati dia ada bahagian bahagian. satu bah utk bini, bahagian lain utk org lain. kalau tak..camne ugama bg kawen 4. logiknya hati laki2 dlm satu masa hati boleh bahagi kasih sayang kpd 4. aku pun kdg2 tengok awek cun/seksi..jelin2 jugak. tapi bila ingat anak2 aku..tak brani la lebih drpd tu.

tasikmerah said...

muahahahaha... terang-terangan ingin berbuat onar.

mama, aku ada sabit. kamu nak ....? hahaha..


:p

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Aku cuma nak tolong orang dgn cara yg sempurna.... hehehhe. Caye?

Ulik,
Hang brani ka?
Aku tak mampu bahagi hati aku dan HARTA aku kepada 4. Aku kedekut, aku kongsi kami 2 org je... hahaha

TM,
Sabit?
Sabit kesalahan, maka boleh dihukum pancung mandatori... hahaha

mroslij said...

dino, apa maksud hang dgn HARTA tu? harta yg mana??

ashley said...

Betui ke aweks tu cantik? aku cam doubtful jer ngan taste Dak nizam ni..

ada cam claudia schiffer tak?
ha ha ha

ada taik lalat gak tuuu..

ashley said...

apasal Claudia schiffer lak aihhh..
aku nak cakap cam Cindy Crawford..

tapi kalau aweks berdua tu cam claudia ngan cindy...

agak agak la kan, Nizam ni jadi cam mana?

Nizam.Ariff said...

Ulik,
Kamu ingat kena bahagi masa dgn hati je ka? Itu semua org pun bulih.
Rumah pun kena ada 4, kereta ada 4, serba-serbi ada 4. Walau pun duduk serumah, paling kurang bilik kena ada 4, dapur pun kena ada 4. Power pun kena kali 4. Hah, tang ni yg tak katam-katam nih... hahaha

Ashley,
Wuiiihh... taste aku high class walau aku cuma low class.... hahaha.

Tak de la, aku cuma minat kat baju kurung dia orang tu je. Aku tak perasan muka dia camne. Kalau jumpa lagi pun aku tak kenal...

Water Lily said...

"Tak lama kemudian, wanita yang memandu itu londehkan cermin tingkapnya lantas melambai-lambai ke arah kami. Aku pun suruh Mama londehkan cermin."

Wow!seksi la ayat ni haha!

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Sengaja nak naikkan berahi para pembaca... hahaha.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com