Wednesday, July 8, 2009

Juliet semakin kuat mendesah...

.


Terngiang-ngiang desah nafas Juliet di telinga kiri Malim. Desah yang sekejap-kejap perlahan, sekejap-sekejap bingit melampau. Terlalu nyaring bagi kuping senipis kertas litmus yang sekejap merah dan sekejap kuning. Sukar bagi Malim meneka apa maksud desah Juliet itu.


Malim terus-terusan memandang langit malam yang kosong. Hitam yang kosong. Bulan yang kosong. Bintang yang juga kosong. Tiada kerdipan apa-apa pun . Tiada sumber cahaya apa-apa pun. Kalau pun ada, bagi Malim, ia tetap kosong. Desah Juliet siang tadi memang benar-benar menggugat imannya. Desah yang mencabar kelakiannya, sebenarnya.


Malim keliru. Dalam kekosongan itu, Malim gagal membuang kelirunya pada dada malam yang bidang. Terlalu melekat pada lipatan-lipatan hatinya. Direntap pasti sakit.


Malim lontarkan pula pandangannya ke tanah yang legap . Tiada cacing, tiada anai-anai. Tanah legap itu juga kosong. Batu-batu juga kosong, pokok-pokok juga kosong.


Badi Juliet benar-benar pekat. Sepekat kekosongan itu. Ke mana-mana arah Malim toleh sekali pun, wajah Juliet tetap menjelma, desah suaranya tetap kedengaran.


'Juliet.........'

Gumam Malim perlahan. Nama itu hilang dalam kosong langit malam, dalam kosong tanah legap. Haruskah Malim kembali kepada Juliet?


Malim menoleh ke arah Juliet yang berdiri di belakangnya. Juliet masih menguntum senyuman, masih mendesah-desah manja. Haruskah Malim berundur dan tenggelam dalam pelukan desah Juliet?


Juliet mendepakan tangannya, terungkailah rindu nafsu dan haruman narawastu semerbak dibawa angin malam. Malam yang kosong bintang, yang kosong bulan. Malim pun terdorong ke arahnya. Seakan-akan terpukau dengan keindahan yang Juliet berikan.


'Oh Juliet... '

Gumam Malim perlahan. Teramat-amat perlahan. Hanya kuping senipis kertas litmus kepunyaan Malim yang boleh mendengarnya. Selebihnya, hanya desah Juliet yang kedengaran. Desah yang semakin banter ke kuping telinga Malim.

Dan Malim akhirnya tenggelam hilang dalam pelukan Juliet. Alam kembali kosong. Tiada lagi Juliet, tiada lagi desah-desahnya. Segala-galanya menjadi kosong yang nyata. Hilang dalam lipatan alam. Segala-galanya menjadi kosong dan kosong. Dan kosong.







.

12 comments:

xiiinam said...

Ke mana pula perginya si Juliet itu?



Err...nanti nak baca lagi sekali.....

NADIAH said...

salam..
penulisan yg bagus..
teruskan menulis!

AZANI said...

Jagad mana?

Insyirah said...

Errr...siapa Juliet? Siapa Malim?

Nanti nak baca lagi sekali. Haha.

kakpah said...

Bagus mimpi kau kali ni. Kerja dah beres ke sebab dah boleh bermimpi dah!!!!! keh..keh..

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Juliet dan Malimn bersatu. Bila bersatu, kedua duanya lenyap...

Nadiah,
Terima kasih.

Azani,
Jagad dah transform.
Juliet ni bukan Juliet semalam. Bukan kucing... hahaha

Insyirah,
Juliet dan Malim mewakili manusia sekerdil aku dalam dunia ni..

Kakpah,
Bukan beres cuma buying time. Dah boleh atur masa sikit-sikit...

tasikmerah said...

kejap. malim tu pun kucing yek...?

hihihi....


:p

Nizam.Ariff said...

TM,
Malim bukan kucen... hahaha
Teka lagi.

tasikmerah said...

aku syak ni n3 mencarut nih...

hihihihi... :p




.

Nizam.Ariff said...

TM,
Mana ada mencarut.
Penuh dengan dignity.. 13PG je..

ashley said...

cerita malim kundang versi Nizam..
he he he

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Hahaha... malim kundang pegi Sepanyol jumpa Juliet

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com