Tuesday, July 14, 2009

Kalau dah buat salah, buatlah cara orang salah

.

Osman Gagap masih terkial-kial di atas motor, nak tempuh atau tak? Di depan sana ada brader-brader berpakaian seragam biru, putih dan ada juga yang celoreng-celoreng. Itu Osman Gagap tak kisah, tak takut. Dia takutkan menatang yang tersandang pada bahu-bahu sesetengah mereka itu. Itu yang dia terasa ngeri.


Matahari dah tegak. Dah panas. Perut pun dah terasa perit. Dia perlu segera balik ke rumah. Dia pun bertawakkal dan memiuh motorsikalnya ke depan. Seperti yang dijangkakan, brader-brader itu suruh dia berhenti ke tepi.

'Kenapa lama sangat di sana tadi?'
- diam -

'Kenapa takut-takut nak lintas kami?'
- diam -

Brader tadi mula menyelak-nyelak barang-barang yang ada di dalam raga motorsikal Osman Gagap. Tersentak dengan apa yang dilihat, brader itu undur.

'ini .. err... da.. da.. daun ke .. ke.. ke'
-haih-

'da.. da.. daun ketum...'


Serentak dengan itu, semua brader meluru ke arahnya sambil mengacukan menatang yang paling digeruni oleh Osman Gagap. Dia segera bangun dan melompat dari motorsikalnya. Motorsikalnya mereng ke sisi, barang-barang di dalam raga habis berselerak!

'da.. daun ketum..bar.. ja, encik...'







.

20 comments:

xiiinam said...

Isk..isk...

nasib baik bukan makcik Kelthum....

ashley said...

daun ketum dan daun ketumbar bezanya besar walaupun 3 huruf..

...manakala daun ketumbar dan daun sup bezanya ada walaupun seakan serupa

smile..

kali ni pandai hang buat LAWAK ..biarpun cam bodo bodo gitu..

addyaholix said...

aku tak faham. tapi aku cuba buat-buat faham bang. sebabnya dauh ketumbar pon aku tak tau rupanya.

lama aku tak lepak blog. rindu aku bang? haha!

Insyirah said...

Kalau brader-brader tu shoot, mati sia-sia jelah gamaknya..

kakpah said...

aku suruh anak aku beli daun sup tapi dibelinya daun ketumbar.
Aku suruh beli daun kesum dijawabnya "Ha?.. mak suruh beli daum ketum?".

bukan salah ibu mengandung..keh..keh..

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Nasib nya baik ... hahaha

Ashley,
Dah di ada kekurangan camtu, nak buat camne... Aku pun kena la reka watak yang macam tu,baru realistik.

Addy,
Ko gi mane?

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Jangan percaya, ni cuma khayalan je... hehehe


Kakpah,
Itu pun satu hal jugak tu.. hehehe

addyaholix said...

tak kemana. aku ada cuma kamu yang tak nampak bang. haha!

sibuk sikit!

ashley said...

kakpah..
bukan ko berkebun ke..takkan daun kesum nak beli?!
( nizam,....as usual kena bagi laluan kat akak akak)

addy,
kat akak ko tak rindu ke?
ha ha ha

Nizam.Ariff said...

Addy,
Rileks, ambik nafas... huuuhhh hahhhh huuuhhhh hhaaaaah... ambik oksigen.

Ashley,
Silakan-silakan. Daun kesum asyik kena ambik buat masam asam pedas je, tak sempat tumbuh kut... hahaha

addyaholix said...

kak ashley,
kat akak seribu kali rindu. kalau mampu terjemah, mungkin ibaratnya udara milik tuhan. tak bertepi. telus. ada. walau nampaknya bukan dengan mata kasar.

ashley said...

addy,
he he he..ni terharuuu ni!
(kasi laluan lagi ye Nizam kat adik addy ko yang dirindui tuu)

secangkir madu merah said...

yang dia bawak tu daun kesum ke daun ketum? bunyi seakan sama tapi rupa serupa ker? akak konpius aarr..

Nizam.Ariff said...

Addy,
Aku dah mula nak merajuk nih...


Ashley,
Aku dah mula nak jeles nih...


SecangkirMaduLebah,
Kalau ikut versi aku, daun ketumbar.
Kalau ikut versi Kakpah, daun kesum.
Tak kisah lah, janji kedua-duanya pasal daun ketum. hahaha

addyaholix said...

ececeh. haha!

sayang aku sama untuk kak ashley dengan kau bang nizam. muahaha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Haaaa... baru lega.

addyaholix said...

macam syiallll. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,

HAHHAHHAHAHHAA.....HAHHAHA

Baru kau tau perangai abang kamu yang ini..


HAHHAHHAHAHAHHAHA

addyaholix said...

aku tahu, tapi selalu aku malas nak layan. aku buat-buat tak tahu je. haha!

Nizam.Ariff said...

Addy,
Alaaa... layan la.. hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com