Monday, July 13, 2009

Subsidi untuk semua...

.


Semalam, menjelang seminggu pemilihan ketua kampung yang baru.
Tok Ketua beri ceramah di Kampung Bendang Raya. 2 -3 ahli tertinggi kelab pun turut turun padang menyokong kempen Tok Ketua. Seperti biasalah, semasa ber'ceramah-mesra' ahli-ahli tertinggi kelab pun turut berikan insentif itu dan ini. Orang Kampung Bendang Raya bersorak-sorai, maklum lah. Duit free....


Malam tadi, Tok Ketua dan 2-3 ahli tertinggi kelab itu pergi ke mesin ATM, keluarkan saki baki duit kelab + duit mak mnertua + duit bini + duit atok tiri masing-masing. Serdak serdak yang ada habis dikorek tapi duit sendiri masih utuh dalam kantung. Itu untuk kempen tahun depan, kata mereka.


Tengah hari tadi, Tok Ketua dan 2-3 ahli tertinggi kelab melawat Kampung Batas Senget pula untuk ber'ceramah-mesra'.

'Kami sanggup bantu orang-orang kampung. Malah, memang ini lah yang kami lakukan kepada seluruh warga negeri, malah negara. Kami mampu.' Tok Ketua.

'Kami akan berikan insentif kemajuan SERIBU ringgit seorang!' Ahli tertinggi 1.

'Kami prihatin. Kelab kami memang begitu!' Ahli tertinggi 2.

'Hanya kelab kami yang mampu melakukannya!' Ahli tertinggi 3.



Dari jauh, kelihatan bersusun-susun kereta. Tiba-tiba, satu bas sekolah ber'plet' BHA121 muncul dari kejauhan. Dari bas itu, turun Makcik Wok sambil mengibas-ngibas borang ntah-apa-ntah. Tok Ketua mula resah!

Kemudian, muncul pula bas kilang ber'plet' AFC342. Dari bas itu, turun Man RELA sambil tersenyum menyeringai sambil mengibas-ngibas salinan kad pengenalan. Ahli-ahli tertinggi mula berpeluh, mereka raba-raba kocek seluar!

Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan sapu tangan lalu mengelap dahinya yang mula mencair...








.

12 comments:

Water Lily said...

Kesian kau Labu hahaha!

ckLah @xiiinam said...

Errr....BHA121 tu plat bas sekolah ke?


Macam kenaaal je lah...



He..he..

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Hahaha...
Kalau nak kasi, biar semua dapat, betul tak kak?

CkLah,
Tak de kena mengena dengan aku sebab aku tak de bas sekolah... hahaha

tasekM said...

merasa le sorang singgit. hehehe...

:p

Yana Ismail said...

err...jap jap..cuba faham ;P

ibundo said...

aku nyer bahagian ada ke tak de.

Insyirah said...

Err...bro, dah beberapa hari saya masuk rumah ni. Tapi setiap kali masuk tu jadi pening-pening lalat, sebab tak paham! Salah saya ke atau salah bro? Muehehe.. :p

Nizam.Ariff said...

TM,
Ok le tu... apam balik nipis baru 50sen sekeping.

Princess,
Ok.Aku tunggu.. hehhe

Kakpah,
Tu kakpah kena le pegi pantai timur... Opps! kempen dah tamat daa..

Insyirah,
Tak pe. Lama -lama nanti faham le tu. Aku doakan kamu faham.. hahahaa

Nanti aku tulis yg menarik sikit...

SHIMI said...

salam bro,
singgah sebentar kat sini melawat kawan2.

Gua tak nak komen apa2. Just nak wish jer

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Thank you. Jenguk sini pun dah kira berbesar hati sebab aku boleh tau kamu masih mengikuti perjalanan aku, sama seperti aku mengikuti perjalan kamu...

ASH said...

Sketsa ni kalau dikarikaturkan mesti BEST!

tapi..cikgooden mesti sibuknya.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Dia dok tengah serabut ni....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com