Wednesday, July 1, 2009

Pilihan yang sukar

.


Umur kucing rata-rata sehingga 9 tahun. Mungkin kurang dari itu kalau dilanggar lori atau kereta. Kucing ialah binatang yang manja tapi bukan menurut cakap macam anjing.


3hb July ni, genap umur Jagad 6 bulan. Dah 4 bulan dia bersama kami.


Aku sembang dengan Mama malam tadi. Satu hari nanti, jagad akan tua dan mati. Adakah kita sanggup melihat dia tua dan tak berdaya? Aku bagi pillihan, sama ada lepaskan dia pergi keluar untuk bebas, kalau dia masih ingin dengan kami, dia akan pulang dan kalau dia mati pun biarlah secara alami ATAU kurung dia dalam sangkar khas supaya ia rehat dan mati di situ, lepas tu kita tanam bangkainya.


* diam *

ATAU kita boleh hantar ke klinik haiwan dan bagi suntikan maut supaya deritanya berakhir dengan cepat dan tenang. Lepas tu kita tanam bangkainya.


* pun diam *

OK lah. Kalau dah tak sanggup, bila dia mati nanti, kita AWET kan badan dia. Kita buang semua isi dan gantikan kekabu. Bila rindu, boleh pegang-pegang dan cakap-cakap dengannya. Bila masuk tidur, boleh dibuat bantal peluk.

Amacam?









.

12 comments:

Insyirah said...

Kalau dah awet badan kucing tu, masukkan kekabu dlm badan dia dan jadikan sebagai bantal peluk...hishhhh...saya plak yg serammmm nak pegang. Gila menakutkan!

tasikmerah said...

lebih2 tau ko ni bang. ha ha.

kalau aku senang. aku bela pesen tak kurung punya. macam aku bela kucing sekarang ni lah. aku lepas bebaskan mereka. tapi dia tak pernah lari jauh. time makan dia balik. time tidur pun dia balik.

kalau mati aku tanam. walau jasad tiada. ingatan tetap tersemat erat.



.

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Sebab matanya tak berkelip-kelip lagi, kan?

TM,
Ko nangis tak bila dia mati? Aku belum pernah alaminya lagi. Kat kampung dulu, kami anggap dah mati bila kucing tu dah tak balik-balik lagi ke rumah...

hairul said...

biar kite jer yang jaga si jagad tuee...

AZANI said...

menitik air mataku mengenangkan seekor kucing pecah kepala kena gilis dengan tayar keretaku secara tak sengaja,dan dan aku korek lubang,aku angkat dan letakkan di pembaringan, aku tunggu sampai ketar dan geliatnya dah takda lagi,perlahan lahan aku baringkan ke dalam lubang,aku kambus liang tadi,lepas tu aku spray baygon, supaya anjing tak boleh hidu baunya.Semoga dia maafkan aku.Semoga Allah ampunkan aku.

Nizam.Ariff said...

hairul,
aku rasa, kalau awetkan baan dia pun kira ok tu...hahaha

Azani,
pasti kamu teringat sampai bila-bila tu... trauma. Orang melayu kata, badi.

ashley said...

Kalau orang pulak kena awet dan masuk dalam balang kacaa..kira ok tak?

hmmmmmm..teringat aaa segala awet awet katak,ulor,tupai,tikus kat lab bio time sekolah dulu..

AWET tau..bukan awekkk.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Kalau orang kita panggil mumia, cam firaun tu... hahahahhaa

addyaholix said...

nampak sangat cemburu kau tu bang nizam. kau sedar tak yang jagad tu cuma kucing? kucing bang. bukan jantan hot pon. apa la yang nak cemburu kalau mama peluk dan gomol jagad pon. makin menjadik kau ni bang. haha!

kucingorengemok said...

salam... tiba sini dari blog insyirah. saya pencinta kucing juga & pd semua soalan tu saya pun *diam* :|

m.saffuan said...

hantar balik kampung melaka jer...
boleh atuk leh jaga jagad...leh die kwn dgn kincan.hahahahahaha

Nizam.Ariff said...

Addy,
Kat nyamuk jantan pun aku jeles tau, sebab Mama cantik.. hahaha

Kucingorengemok,
Salam. Dari nama itu, aku faham situasi tu... hehehe
Thanks for coming.


Dak An,
Nanti dia gaduh dgn Kincan, mesti kalah punya dengan kucing kampung.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com