Monday, August 3, 2009

Simpulan bahasa: tersenyum simpul biawak.

.

Biawak masih bertenggek di urat belikat. Dia punya simpul... perghh!

Nak angkat tangan kanan pun kena mintak kebenaran tangan kiri, ye lah, kalau cubit peha kiri, yang kanan pun terasa juga.

Dan 2-3 hari ini aku menjadi lelaki yang syumul bila ditegur orang. Aku pasti akan menoleh dengan mendadakan sekali ke arah orang itu. Macam leher Bumblebee yang telah karat skrunya. Nasib baik aku lelaki, bolehlah mendadakan orang itu. Kalau perempuan?



Tadi, aku ambik kesempatan ke rumah adik ipar aku. Minta dia sentuh itu-ini, mana-mana yang patut. Sembur itu-ini mana-mana yang patut. Minta urut itu-ini.

Dia punya picit... perghh!
Aku seolah-olah boleh nampak langit ke-7 dibuatnya. Sedara-sedara lain mengekek ketawa. Tak boleh jadi ni. Aku perlu lakukan sesuatu.

Pabila dia picit lagi lengan aku. Serta merta aku berteriak:

'Aduh!

Aku tak nak keluar...! Aku tak nak balik ke kubur!'

Hahaha





Aku pesan kat dia, lain kali kalau ada orang minta tolong, jangan lokek minta upah sebab banyak tenaga yang hilang masa mengurut. Kata orang tua-tua, tenaga tukang urut itu akan meresap ke badan pesakit. Entah ye atau tak, aku tak tau.

Tapi, aku suruh dia minta upah. Paling kurang boleh pekena Kopi Janda!
Kalau tak pun, Kopi Janggut!

Untuk mengembalikan tenaga...







.

8 comments:

ashley said...

"beralih secara SYUMUL?"

syumul tu apa ek?
macam aku pernah dongar perkataan tu..tapi di mana ya..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku pun rasa-rasa macam pernah dengar, kat mana yek...?

tasikmerah said...

aku syak habis separuh nyawa dia mengurut ko bang. hehehe...

:p


.

kucingorengemok said...

haha mcm slot misteri nusantara pulak jadiknya

Alina said...

:)

selalu gak teman orang gi mengurut...

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku pun syak begitu. Dia punya nafas dah bunyi macam kerbau balar lepas uh-uh-uh je... hahaha

Kucingorengemok,
Entah macam mana, dia orang tengah bercerita pasal Kliwon... tu yang aku naik syeh tu... hehehe

Alina,
takkan temankan je kut?
Rugi la... badan, seperti motokar, perlu selalu check urat-urat yang tersimpul. Kata tukang urut. Tapi, itu bukan iklan sebenarnya... hahaha

ashley said...

Tu baru MENGURUT sebab tersimpul bewak.
kalau....hmmm....kalau....
ko sambunglah ayat kalau aku tu..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Takpe aku sambung..

Kalau mlekat maut tarik nyawa, jeritan pun mungkin sama..
'Aku tak nak ke kubur!' hahahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com