Sunday, October 11, 2009

Absent Minded 1

.


Dua beradik kembar yang berdiri di depan aku itu adalah rakan sekelas. Dan mereka berdua itu kembar seiras. Aku tanya salah seorang dari mereka, berapa selang masa antara adik dan kakak (aku memang tak kenal siapa adik dan kakak). Dia kata, 18 minit.


Pensyarah masih berdiskusi dengan salah seorang pelajar. Agak dalam diskusi itu. Lama juga mereka berdua itu menunggunya. Aku tanya salah seorang dari mereka, kenapa nak jumpa pensyarah itu? Dia kata, dia nak beritahu pensyarah itu yang dia tak dapat hadir ke kelas esok. Aku tanya kenapa?

"Esok, anak saudara nak bertunang, ada majlis sikit" Kata dia.

Ooo... balas aku sambil mengangguk faham.



Aku toleh kepada seorang lagi perempuan yang berdiri di sebelahnya. Aku tanya dia pula, kenapa nak jumpa pensyarah?

"Esok, anak saudara nak bertunang, ada majlis sikit" Kata dia pula.

Ooo... kebetulan, kata aku.













Oooooooo.....!! kata aku,
kemudian kami ketawa berdekah-dekah!

.

11 comments:

xiiinam said...

Jawapan pun kembar seiras.....


Yang bertanya tu, 'bangeten tenan'!

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Spontan la cikgu... cepat sangat bertanya, maklumla pompuan.. hahaha.

tasikmerah said...

ada berapa org pompuan lagi yg kamu tanya....? 8? 14?

:P



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Aikk.. jeles nampak? Hahaha...
Ada lagi la... tungguuu...

xiiinam said...

Ada lagi?
Apa pula pertanyaan seterunya?

Nizam.Ariff said...

Cklah,
tunggu malam esok lak... hahaha

kucingorengemok said...

ooooo... kelakar! :)

Nizam.Ariff said...

KOG,
Ko mesti ketawa macam kucing.. manja.. hahaha

addyaholix said...

kak tasik macam jeles je tu bang. haha!

ada can la tu nampak gayanya hahaha!

aku ada kawan kembar laki pompuan. laki tu kawan aku. akak kembar dia cun gila.

Nizam.Ariff said...

Addy,
Eh, ko tak tau ke, kalau adiknya kawan ko, automatik kakak dia girlfren ko?

zannaz said...

hahahhahah... kau memang lawak ar.. kan mereka org yg serupa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com